10

385 61 21
                                    

"Jadi nanti aku double check untuk ukuran banggunan tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi nanti aku double check untuk ukuran banggunan tu. Jangan tersilap." Dahyun hanya mengangguk mendengar penerangan Jeno. Memandangkan Jeno lebih mahir dalam bidang architecture ini, jadi dia lebih banyak bergantung pada Jeno.

"Hari Khamis nanti kita pergi tempat perumahan lama tu kan?" Jeno mengangguk, menjawab persoalan Dahyun itu.

Dahyun menolak sedikit bukunya kearah Jeno, ingin bertanya dengan lebih terperinci pada lelaki itu. Tetapi percakapannya terhenti apabila dia sedar Jeno tidak henti asyik menelek pada jam tangannya.

Jeno kelihatan jelas tidak senang duduk sekarang. Dia seperti risau dengan sesuatu. Dahyun tahu hal ini pasti berkaitan dengan Heejin. Dia dapat mendengar sedikit perbualan mereka tadi, Heejin meminta Jeno untuk menemaninya.

Dahyun mengemam bibirnya dan menunduk sedikit kebawah. Perlahan-lahan dia menarik semula bukunya dan menyebabkan Jeno terus memandangkan kearahnya pelik.

Dahyun mengangkat semula wajahnya dengan senyuman paksa yang diukir pada bibirnya untuk memandang kearah Jeno.

"Kau boleh pergi." kata Dahyun perlahan. Dia kembali menutup bukunya tadi. Kata-kata Dahyun itu membuatkan Jeno terkejut. Kelakuannya tadi terlalu jelas ke?

"Tak- kita boleh teruskan-"

"Tak apa Jeno. Kita boleh sambung lain kali." Dahyun bangun daripada duduknya dan kembali menyimpan bukunya ke dalam beg. Sebelum Dahyun ingin melangkah pergi, Jeno terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Dahyun dan membuatkan Dahyun menoleh.

"Aku minta maaf. Lain kali aku akan fokus." kata Jeno dengan perasaan bersalah sambil tersenyum kecil. Dia melepaskan pegangan tangan Dahyun dan terus berlari keluar daripada perpustakaan.

Dahyun memandang pergelangan tangannya yang dipegang oleh Jeno tadi. Dia mengeluh perlahan dan melangkah keluar daripada perpustakaan itu.

Kakinya terhenti di hadapan perpustakaan itu dan memerhati figura Jeno yang semakin hilang di sebalik banggunan itu.

"Kau lepaskan dia pergi ke?" suara teguran daripada belakang itu membuatkan Dahyun terkejut. Dia mengurut dada sebelum menoleh kebelakang.

Haechan sedang bersandar pada dinding, sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil tersenyum sinis.

Dahyun terkejut apabila melihat Haechan, kakinya melangkah beberapa tapak ke belakang.

Jantungnya makin berdegup kencang apabila Haechan mula berjalan mendekatinya.

"Kau taknak cakap pasal ni ke?" Haechan menyengetkan wajahnya sambil tersenyum. Dahyun terdiam, bibirnya digigit resah.

--

Dengan cemas, Jeno mencabut helmetnya dan diletakkan diatas motornya. Kakinya melangkah laju kearah stadium itu. Matanya meliar ke sekeliling untuk mencari gadis itu.

Matanya terhenti pada seorang gadis yang berpakaian tshirt berwarna peach dan dikenakan bersama seluar jeans. Dia pasti itu ialah Heejin.

Jeno terus berlari kearah Heejin yang berada di bawah pokok itu, melindungi dirinya daripada terkena cahaya matahari terik.

"Heejin..." Jeno memegang bahu gadis itu dengan senyuman lebar yang terukir pada bibirnya. Heejin berpaling kebelakang. Terkejut dirinya apabila melihat Jeno.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Heejin tidak percaya. Padahal tadi lelaki ini menolak tawarannya untuk pergi bersama dan sekarang dia berada di hadapan matanya.

"Aku-"

"Kau buat apa dekat sini Jeno?" Serentak mereka berdua menoleh kearah suara garau yang menegur mereka itu. Senyuman lebar tadi mulai pudar daripada bibirnya sebaik sahaja dia melihat lelaki itu mendekati mereka berdua.

Choi Bomin.

"Kau buat apa dekat sini?" dia mengabaikan pertanyaan Bomin, dan kembali bertanya kepada lelaki itu semula. Soalan dibalas soalan.

"Aku keluar dengan Heejin." jawab Bomin sambil melirikkan matanya pada Heejin. Jeno terdiam. Dia memandang kearah Heejin yang sedang memandangnya dengan penuh perasaan bersalah.

"Aku ingatkan kau tak boleh, jadi aku ajak Bomin-"

"Tak apa." Jeno memotong percakapan Heejin. Dia memaksakan dirinya untuk tersenyum. Dia memegang bahu Heejin.

"Aku pergi dulu. Jumpa esok." Jeno mengusap kepala Heejin sebelum dia mula melangkah pergi meninggalkan Bomin dan Heejin di belakang.

Tangannya digenggam erat bagi menahan amarah dan berjalan mendekati motornya semula. Helmetnya dipakai.

Manakala Heejin masih memerhati figura Jeno yang sudah berlalu pergi daripada kawasan itu. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya apabila dia melihat raut wajah Jeno yang kecewa tadi.

"Heejin, perlawanan dah nak mula." Bomin memecahkan kesunyian di antara mereka. Heejin mengangguk perlahan. Dia memegang lengan gadis itu dan menarik lembut tangannya untuk mengikutinya.

 Dia memegang lengan gadis itu dan menarik lembut tangannya untuk mengikutinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now