31

372 52 21
                                    

Jeno memerhatikan satu figura yang sedang duduk di hadapan tasik itu daripada jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeno memerhatikan satu figura yang sedang duduk di hadapan tasik itu daripada jauh.

Dia memandang kearah sekelilingnya, memerhatikan keadaan tempat yang sering menjadi tujuannya itu dulu. Dahyun mengajaknya untuk berjumpa dengannya disini.

Pastilah dia terkejut apabila Dahyun mengenali tempat ini, biasanya hanya orang yang tinggal berdekatan kawasan ini sahaja yang biasa pergi ke sini memandangkan tempat ini bagai sudah ditinggalkan orang.

Kakinya melangkah mendekati Dahyun yang sedang duduk sambil memeluk lututnya itu. Jeno memegang bahu gadis itu sebelum melabuhkan punggung disebelahnya.

"Dah sampai." terhincut bahu Dahyun apabila dia dapat merasakan seseorang yang memegang bahunya. Apabila wajah Jeno yang memenuhi pandangan matanya, dia melepaskan nafas lega. Jeno hanya mengangguk.

"Nah." Dahyun menghulurkan tin minuman epal itu di hadapan wajah Jeno. Jeno mengangkat keningnya pelik. Lambat-lambat dia menerima huluran daripada Dahyun itu. Dia melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.

Ingatannya kembali memikirkan kejadian empat tahun lepas. Kali terakhir dia duduk disini ialah pada hari dia putus dengan Kim Ahreum.

"Jeno." Dahyun memanggil. Jeno memalingkan wajahnya supaya menghadap Dahyun.

"Kalau aku cakap ni kau marah tak?" tanya Dahyun ragu-ragu. Serentak dengan itu, dia memusingkan tubuhnya supaya menghadap Jeno. Jeno mengangkat kening pelik.

"Kau tak cakap lagi macam mana aku nak marah." Jeno tertawa kecil. Rambut gadis itu diusap lembut. Dahyun terdiam seketika, dia betul-betul nampak serius pada kali ini.

"Kau jangan marah tau." kata Dahyun lagi.

"Kau janji jangan marah baru aku cakap." matanya memandang Jeno dengan penuh berharap membuatkan lelaki itu tertawa halus. Dia mengangguk setuju.

"Aku pernah nampak kau menangis dekat sini dulu." kata Dahyun laju. Kalau diikutkan dia tidak mahu memberitahu Jeno tentang hal ini. Tetapi hatinya memberontak supaya lelaki ini mrngetahuinya.

Jeno mengerutkan dahinya. Wajahnya terus berubah, memandang Dahyun pelik. Dia menangis? Pastilah empat tahun lepas. Hari itu masih segar di dalam ingatannya.

"Aku tak ada niat nak ikut kau, cuma aku ternampak kau pergi ke sini. Jadi aku cuma nak tahu apa yang kau buat dekat sini. Tak sangka kau menangis..." gelabah gadis itu menerangkan apa yang terjadi apabila dia perasan raut wajah Jeno yang sudah bertukar itu. Dia tidak mahu Jeno menganggapnya stalker secara tiba-tiba.

"Macam mana kau ada dekat situ?" soal Jeno serius. Senyuman pada wajahnya juga sudah hilang. Pastilah dia terkejut mendengarkan hal ini. Padahal dia pasti dia hanya keseorangan pada malam itu-

Tidak. Jika difikirkan semula, dia tidak keseorangan pada malam itu. Air tin minuman epal itu...

"Kau!" Jeno membuntangkan matanyandan memandang Dahyun dengan terkejut. Terhincut bahu gadis itu disebabkan sergahan Jeno secara tiba-tiba itu.

"Kau yang bagi air tin tu?" Jarinya menunjuk kearah Dahyun. Jeno menyengetkan wajahnya, dia masih terkejut. Dahyun mengemamkan bibirnya sebelum dia mengangguk perlahan.

Jeno terdiam. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong. Sangkaan yang selama ini yang dia fikirkan adalah salah. Selama ini dia ingatkan Heejinlah yang meninggalkan air tin itu untuknya. Sekarang dia sudah tahu tentang kebenarannya. Bukan Heejin tetapi Dahyun...

"Terima kasih..." ucap Jeno perlahan. Sedikit sebanyak hatinya berasa lega apabila Dahyun memberitahunya tentang perkara itu. Pada waktu itu, dia selalu tertanya-tanya tentang orang yang memberikannya air tin itu. Dia cuma berasa sedikit lega selepas mendapat pemberian itu.

Dahyun tersenyum lebar apabila melihat raut wajah Jeno yang sudah tersenyum. Dia melepaskan nafas lega. Kata hatinya betul!

"Rumah kau jauh, jadi apa kau buat dekat sini?" tanya Jeno.

"Aku pergi rumah Chani." jawab Dahyun ringkas.

--

"Ya hyung, nanti aku beli." Jeno meletakkan panggilan telefonnya dengan Jaehyun. Telefonnya kembali diletakkan di dalam poket seluarnya. Kakinya kembali melangkah mendekati kelasnya.

Matanya fokus memandang ke hadapan. Jaket kulitnya dibetulkan semula. Kakinya berhenti melangkah sebaik sahaja matanya menangkap figura seorang gadis yang sedang bersandar di hadapan pintu kelasnya sambil memeluk tubuh.

Jeno melepaskan keluhan berat. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa lagi dengan gadis itu. Ya, Heejin yang menunggunya di hadapan kelasnya itu.

Jeno mengambil nafas dalam dan meneruskan langkahnya, dia akan cuba mengabaikan kehadiran Heejin di situ.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah masuk ke dalam kelas tetapi Heejin terlebih dahulu menahan pergelangan tangan lelaki itu, menghalang lelaki itu daripada terus masuk ke dalam kelas.

Jeno menoleh ke belakang terkejut, wajah Heejin yang dingin itu dipandangnya kosong. Mereka berdua  sekarang seakan-akan orang yang tidak mengenali antara satu sama lain.

"Aku nak bercakap dengan kau." kata Heejin mendatar dan terus melepaskan pegangannya daripada pergelangan tangan Jeno sebelum melangkah pergi menjauhi kelasnya.

Jeno mengeluh perlahan dan mengikuti langkah Heejin daripada belakang. Tanpa dia sedari, Dahyun memerhatikan  mereka berdua daripada dalam kelas.

 Tanpa dia sedari, Dahyun memerhatikan  mereka berdua daripada dalam kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] I Don't Need You | LJNWhere stories live. Discover now