SETIBANYA aku di hadapan bilik pengetua, aku mengetuk muka pintu kayu itu beberapa kali sebelum kedengaran suara dari dalam memberi izin aku memasuki bilik itu.
"Tuk. Tuk. Tuk."
"Masuk."
Tombol pintu besi itu aku pulas perlahan. Dengar suara saja aku sudah dapat mengenali siapa gerangannya. Dia adalah orang yang asing dengan aku tetapi dekat bagai isi dan kuku dengan papa aku.
"Assalamualaikum Tuan Syafiq." Aku tersengih tanda bergurau memanggil seorang lelaki yang tegap duduk di atas sofa yang ada di dalam bilik itu.
Itulah perjumpaan pertama mereka setelah sudah 9 tahun tidak bersua. Namun wajah itu masih lagi tidak berubah. Tetap tampan dan nampak sangat matang.
Tengku Syafiq terus bangkit lalu menghampiri Asya. "Wah, dah besarlah Asya. Kali terakhir uncle jumpa Asya waktu kamu umur 8 tahun kan? Dah tumbuh besar sekarang. Makin cantik."
Aku bersalaman dengan Tengku Syafiq lalu menunjukkan senyuman aku yang paling manis. "Ada-ada jelah uncle ni. Uncle pun tak berubah. Tambah hensem." Puji aku ikhlas namun terselit unsur gurauan.
Tengku Syafiq ketawa. Dia duduk di kerusinya. "Mulut kamu pun bertambah manis ya Asya."
Aku senyum sahaja. Aku mengambil tempat duduk di hadapan mejanya. Tengku Syafiq melihat fail-fail pemindahan sekolah, sijil-sijil dan laporan aku ketika aku di sekolah lama. "Sebelum uncle mula ni, uncle nak ucap takziah ya Asya. Semoga arwah tok ma kamu ditempatkan di dalam kalangan mereka yang beriman."
Aku mengangguk. "Amin.." Aminku perlahan.
"Yang kedua, erm..uncle sangat terkejut selepas buat penelitian ni." Ujar Tengku Syafiq. Raut wajahnya kelihatan serius sambil matanya setia meneliti dan membelek laporan di tangan.
Serta-merta aku jadi panik. "Kenapa uncle? Asya tak layak nak masuk sekolah uncle ke? Teruk sangat ke keputusan ujian Asya?" Tanya aku tidak sabar-sabar hendak mendengar penjelasan lanjut daripada Tengku Syafiq.
Risau dibuatnya apabila wajah Tengku Syafiq seperti tidak berpuas hati dengan penilaannya.
Pantas Tengku Syafiq menggeleng.
"Bukan. Asya layak masuk sekolah ni. Cuma..uncle tak tahu pulak yang selama ni Asya belajar banyak bidang. Bidang masakan, bisnes, court law, martial arts, bahasa asing dan banyak lagi. Asya belajar dekat mana? Tak silap uncle, sekolah lama Asya tak sediakan pun bidang ni kan?"
Nafas lega aku hela bebas. Lega mendengar kata-kata Tengku Syafiq. Ingatkan aku tak layak masuk sekolah elit ni. "Papa dan mamalah. Sejak Asya umur 5 tahun lagi diorang hantar ke bermacam-macam kelas. Kenapa uncle?"
Tengku Syafiq mengangguk faham. "Kalau semua bidang ni Asya dah kuasai, Asya sesuailah dapat 6 bintang.."
"APA?" Terbutang mata aku mendengar kenyataan itu.
"Kenapa? Asya tahu kan yang sekolah ni pakai sistem bintang 1 sampai 6 untuk menentukan kelas. Asya tak suka ke?" Tanya Tengku Syafiq hairan dengan reaksi terkejut Asya.
Patutnya gadis itu gembira dan teruja kerana ditempatkan di dalam kalangan pelajar 6 bintang yang sememangnya bijak-bijak belaka.
Aku pantas menggeleng. Wajah aku mulai keruh.
"Kenapa? Banyak kelebihan tau kalau Asya dapat 6 bintang. Asya dapat masuk kelas khas 6 bintang. Kawan dengan pelajar-pelajar pandai. Kantin pun tak kongsi dengan pelajar-pelajar berbintang lain. Cikgu yang mengajar semuanya diambil dari peringkat antarabangsa."
Kepala aku menggeleng lagi. "Asya tak naklah uncle. Asya nak masuk kelas biasa je. Asya tak sukalah bercampur dengan pelajar pandai ni. Nanti kepala Asya meletup tahu tak. Asyik-asyik cerita pasal belajar. Stress." Aku meluahkan apa yang menghalang minda aku untuk mendapat 6 bintang.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...