SEBULAN kemudian...
Lebar senyuman yang terlakar di bibirku saat membuat video call bersama Kak Leiya. Sesekali aku ketawa senang melihat pasangan baru menikah, Kak Leiya dan Abang Hakif mempamerkan kemesraan. Sungguh membuatkan aku iri!
"Jahatnya, akak dengan abang ni. Memang padan sangat jadi suami isteri!" Guraukan terus membuat riak wajah masam tatkala Kak Leiya dan Abang Hakif menunjukkan cincin nikah yang tersarung pada jari manis di tangan kiri masing-masing.
"Heheheh, janganlah cemburu. Kalau nak, cepat-cepatlah kahwin!" Kata Kak Leiya diikuti gelak tawanya yang mengusik.
Aku hanya mampu tersenyum kelat. Kalaulah dia tahu yang aku sudah berada di alam perkahwinan terlebih dahulu daripada dia, apalah reaksi akak nanti?
"Tak cemburulah! Wah! Meriahnya keadaan dekat sana. Ruginya Asya tak pergi.." Rungutku perlahan mengalihkan pandangan mata ke arah belakang pasangan pengantin itu.
Kelihatan begitu ramai orang yang datang ke majlis nikah pasangan itu sedang duduk bersila di lantai sambil menjamu selera. Kedengaran agak riuh dengan bunyi orang-orang sibuk bercerita.
"Urmm..tulah. Akak baru berangan nak ambil gambar dengan Asya hari ni. Tup, tup. Asya kata tak jadi datang pulak. Kaki Asya yang terseliuh tu, dah pulih ke belum?" Tanya Kak Leiya prihatin.
Ketika itu, kepalaku berat hendak mengangguk. Aduh..aku memang penipu besar!
"Ah, dah nak pulih dah kak. Akak jangan risau. Eh, akak dengan abang dah ada plan nak pergi honeymoon dekat mana ke?" Aku cepat-cepat ingin mengalih topik perbicaraan. Takut-takut sekiranya aku terlepas cakap, karang pecah tembelang.
"Entahlah.. Asya tanyalah abang kesayangan Asya ni. Entah-entah dia tak terfikir pun pasal honeymoon. Maklumlah, orang tu dah naik pangkat." Perli Kak Leiya seraya mencuit perlahan perut suaminya.
Abang Hakif kelihatan tersenyum tenang. "Apa pulak cakap macam tu, sayang? Mestilah saya dah prepair untuk honeymoon kita. Tinggal nak packing barang je tau."
Bola mata Kak Leiya terus bersinar-sinar mendengar ucapan Abang Hakif. "Yake, awak? Wah, best nya! Tak sabar pulak saya nak spent time dengan awak."
"Urm, awak sebenarnya bukan nak spent time dengan saya pun. Awak cuma suka bercuti kan?" Duga Abang Hakif tersenyum sinis. Kenal sangat dengan perangai suka melancong isterinya!
"Ahh..dua-dualah. Sejak buka klinik ni, saya tak ada masa langsung nak melancong tau!" Balas Kak Leiya tersenyum lebar.
"Yalah, yalah. Anything for you, sayang." Sambut Abang Hakif penuh romantis.
"Helo! Helo! Asya still dekat sini, okay? Hormat sikit." Tegurku terpaksa mencelah perbualan meloyakan di antara pasangan baru bernikah itu. Kalau diikutkan hati, sudah lama aku tamatkan panggilan.
"Eh, tak perasan pula Asya dekat situ. Sorry!" Ujar Kak Leiya tersenyum mengejek, aku hanya mampu tergeleng-geleng.
"Okay lah kak. Asya nak rehat. Akak dengan abang enjoy lah jadi raja sehari hari ni. Nanti tak dapat rasa lagi." Usikku menghadiahkan jelingan nakal kepada Kak Leiya.
Kak Leiya mengangguk-angguk penuh semangat. "Mesti! Akak nak ambil gambar banyak-banyak hari ni. Nanti akak hantar Asya, okay?"
"Okay! Janji tau!"
"Ermm! Nanti akak send!"
"Asya tunggu. Bye, assalamualaikum. By the way, selamat pengantin baru kakak dan abangku sayang. Semoga berbahagia, dah jangan gaduh-gaduh tau!"
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romansa[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...