"WEIH, korang. Aku rasa kan, Asya ada sembunyikan sesuatulah dari kita."
Kata-kata Mikhayla menarik perhatian Nuri, Nisa dan Shasha yang sedang khusyuk menelaah buku-buku masakan daripada pelbagai negara di dalam perpustakaan. Ketiga-tiga gadis itu lantas menutup buku masakan lalu mengubah posisi kedudukan untuk menghadap Mikhayla.
"Ermm..walaupun kita baru kenal dia tu beberapa bulan, aku rasa dah bertahun-tahun. Aku kenal sangat perangai Asya yang suka sangat pendam dan berahsia. Selagi kita tak tanya atau paksa dia cerita, manalah dia nak bagitahu kita." Balas Nuri meluahkan rasa kesalnya yang sudah lama dibuku di dadanya.
Shasha, Nisa dan Mikhayla mengangguk setuju.
"Kan? Ha, pasal dia tu Pelajar 6 Bintang tu. Kita buat-buat tak tahu, dia pun tak nak cerita. Sampai la ni pun, dia tak dak bukak mulut langsung pasai hal ni." Sampuk Shasha pula menyokong pendapat Nuri tadi.
"Alahai, mungkin memang macam tu perangai dia kot. Tak suka orang lain campur urusan dia. Kita pun tak payahlah nak kupas bawang sangat." Ujar Nisa pula bertindak tidak mahu memperbesarkan isu itu.
Shasha mengerutkan kening tidak puas hati. "Apahal pulak? Kita ni orang lain ke? Kawan baik dia jugak. Ni aku rasa kita ni macam tiang lampu je tahu tak? Kata kawan, tapi sikit pun pasal dia kita tak tahu." Balas Shasha di dalam nada sedih.
Mikhayla senyum tawar mendengar luahan hati Shasha. "Betul jugak tu. Semalam pun, kita tak sempat nak tanya apa masalah dia. Aku ingat lagi muka dia menangis bila buat video call semalam. Muka macam baru kena tinggal suami!" Tambah Mikhayla pula.
"Ah, guys. Pasal semalam tu kan, sorry lah aku bad mood sikit dengan korang. Jangan ambik hati na?" Kata Nuri serba salah apabila teringatkan layanannya yang agak kurang baik dengan kawan-kawannya semalam.
Mikhayla, Nisa dan Shasha tersenyum serentak. "No hal lah Nuri. Tak ambik hati pun. Tapi kau semalam kenapa? Aku nampak macam kau ni terlalu fikirkan sesuatu. Dan apahal kau.." Shasha menoleh ke kiri dan kanan memastikan tiada sesiapa di dalam perpustakaan itu sedang memasang telinga akan perbualan mereka.
...tanya yang sama ada Asya pernah ada penyakit mental atau tak?"
Nuri tersentak. Dia serta-merta teringatkan momen perbualannya dengan Zayyad sejurus sampai ke rumah dari hospital semalam. Keterangan Zayyad yang bersungguh-sungguh terhadapnya kembali teringiang-ngiang di gegendang telinganya.
Semalam...
"Awak tak silap ingat, kan? Betul ke..Asy yang cakap?"
"Eh, betul lah. Awak ingat saya ada masa nak karang cerita untuk awak? Eshal, Haff dan Aqlan pun dengar sekali. Tanyalah diorang, kalau awak tak percaya saya." Ujar Zayyad kedengaran bersungguh-sungguh ingin Nuri mempercayai kata-katanya tadi.
Nuri menghembus nafas perlahan. Berat hatinya hendak mempercayai apa yang dikatakan Zayyad tadi. Bukannya kerana dia tidak cukup percaya akan lelaki itu tetapi apa yang didengarnya terlalu berat untuk diterima.
"Okay. Saya percaya awak. Jadi, Asy cakap pada awak semua yang Asya pernah ada paranoid personality disorder?" Soal Nuri semula meminta kepastian.
"Hhmm..tapi Asy tak bagitahulah nama penuh penyakit tu. Dia just kata, Asya pernah ada paranoid dan dia kata lagi, Asya dah sihat lepas 2 tahun lepas tu." Kata Zayyad lagi.
"Jadi..umur Asya berapa waktu dia kena penyakit tu?" Tanya Nuri lagi. Dadanya berdebar-debar dilanda badai perasaan ingin tahu.
Selama ini, dia amat menggemari bidang psikologi. Dia telah menjalani pelbagai kelas dan kursus dalam bidang itu semata-mata ingin mendalami psikologi manusia. Tetapi dia tidak pernah menyangka, kawan baiknya pernah menderita gangguan kelainan kepribadian itu.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...