"DIORANG patah balik ke?"
"Eh, mustahil lah. Patutnya sekarang ni diorang dah ada dekat airport. Mana sempat nak patah balik?"
"Kau cakap macam yakin sangat. Kang bila tengok memang betul diorang, macam mana?"
"Kan aku teka je? Yang kau serius sangat ni kenapa? Tak puas hati?"
Aku mengerut dahi yang kepusingan melihat ketiga-tiga lelaki ini masih sempat bertegang urat di depanku. Tanpa mempedulikan mereka, aku mengambil tudung sarungku yang berwarna hitam tersangkut di dinding tepi ruangan dapur.
"Hei korang! Kalau nak berdebat sangat, pergi sidang parlimen sana! Jangan berdebat dekat sini boleh tak?" Marahku terus membidas sinis.
Asyad, Eshal dan Asy terus diam tidak berkutik. Masing-masing membuat raut wajah patuh terus berlari menghampiri Asya bagi menolong gadis itu.
"Alaa..janganlah marah. Birthday girl kan?" Pujuk Eshal mengambil tudung di tangan Asya untuk dipakaikan pada kepala gadis itu.
Aku memutarkan anak mata tanda menyampah. "Alih-alih, itu juga yang diulangnya." Bisikku perlahan.
"Asy. Pergi tengok siapa yang rajin sangat tekan loceng rumah orang tu." Arahku pada Asy pula.
Asy sempat membuat gaya tabik antara seorang tentera, dia dengan akur berlari ke arah muka pintu rumah yang tertutup rapat. Sebaik sahaja muka pintu dibuka luas, sebuah kejutan yang benar-benar tidak disangka menjelma.
"SUPRISE!!"
Aku dari kejauhan menghampiri ruang tamu. Suara teriakan gema penuh ceria serta-merta mengundang rasa sebakku. Eshal menolak kerusi rosaku sehingga tiba di ruang tamu.
"Asya..."
Aku menekup mulut tidak percaya. Tubir kelopak mataku terasa hangat ketika itu. "Korang..."
Aku mengalirkan air mata sambil bibirku tersenyum terharu. Ahh..tuhan betul-betul Maha Adil. DIA kirimkan satu lagi cahaya hangat buatku di saat aku amat perlukannya.
.
.
.
PETANG itu, mungkin adalah petang yang paling lama dalam hidup aku. Mungkin juga adalah petang yang paling aku tunggu selama ini. Umpama datangnya pelangi selepas hujan. Atau wujudnya manis di hujung kepahitan.
Ruang tamu di dalam rumah aku penuh ketika itu. Dipenuhi dengan kedatangan bidadari-bidadari yang lebih sebulan tidak bersua. Ditambah lagi dengan kedatangan The HBoys di situ amatlah mengejutkan aku.
"Asya..kau memang tak anggap kitorang kawan kan?"
Shasha menjadi orang pertama yang bersuara selepas aku, Asyad, Asy dan Eshal bergilir-gilir bercerita tentang segala apa yang cuba kami sembunyikan selama ini. Dari kejadiran tujuh tahun lalu ke insiden perkahwinan aku dan Eshal. Kemudian kemunculan ibu dan Asyad. Kematian dan kehilangan. Semuanya aku ceritakan.
Aku tersenyum nipis mendengar kata-kata Shasha. "Aku tak nak susahkan korang. Korang faham kan?"
Mikhayla, Nuri, Shasha dan Nisa memandangku renungan berkaca-kaca. Masing-masing mengetap bibir menahan diri daripada menangis. Sementara Haff, Aqlan dan Zayyad berdiam diri meskipun masing-masing dibelenggu berjuta persoalan. Namun mereke senyap sahaja.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...