BAB 83 : Perang Dingin

159 20 4
                                    

BERAT rasa kelopak mataku cuba dibuka namun beratnya hanya aku sahaja yang tahu. Seperti ditimpa dengan batu berkilo-kilo tan beratnya. Enggan hanyut lagi di dalam lena yang lebih panjang, dengan lafaz bismillah aku sekali lagi cuba membuka kelopak mata seluas-luasnya.

"Qaqa? Kau dah bangun?" Asyad meletakkan pisau dan buah epal yang telah dipotong di meja kecil di tepi katil. Risau di hati jejaka itu tidak terkira sejak Asya pengsan lewat malam semalam.

Aku diam membiarkan soalan itu berlalu pergi tanpa jawapan. Denyutan di kepalaku terasa bagai arus elektrik bervoltan tinggi merenjat kepalaku. Satu dengusan kasar aku lepaskan.

"Erghh..mana Eshal?" Soalku spontan melihat Eshal tiada di sisi. Ditoleh kiri dan kanan mencari susuk lelaki itu. Tiada. Tetapi tatapan mataku tertumpu ke arah sesusuk tubuh lain yang terbaring di atas katil hospital selang beberapa meter dari katilku. Aku tergamam buat beberapa saat.

"Seriously? Kau bangun-bangun tanya pasal lelaki tu dekat mana? Kau adik siapa sebenarnya ni?" Asyad mengomel dengan wajah berkerut menyambung mengupas kulit epal.

Aku tidak membalas sebaliknya memandang katil yang berada di sebelahku. 

"Asyad, is that...ibu?" Soal aku di dalam nada ketar yang cuba dikawal. Jariku menunjuk ke arah tubuh yang berbaring lemah di atas katil di sebelahku.

Asyad senyum nipis. Satu hembusan nafas lembut dihela lelaki itu. "Ya..itu ibu." Jawab lelaki itu tenang.

Aku senyum teruja. Pantas mencabut kasar jarum yang dicucuk pada tanganku sebagai sumber menyalurkan air, sebelum kakiku laju berlari ke arah katil di sebelah. Tidak aku pedulikan lagi sakitnya mengeluarkan mata jarum yang tajam itu keluar dari dalam kulit. Tetapi rasa bahagiaku melampaui segalanya. Pada saat itu, yang aku fikirkan adalah ingin memeluk tubuh itu sepuas-puasnya.

"Hei, Qaqa. Siapa bagi kau kebenaran bangun dari atas katil?" Asyad meninggalkan pisau dan buah epal yang belum siap dikupas bangkit mengampiri Asya. Asya terus berdiri kaku di tepi katil wanita yang sedang tidak sedarkan diri itu tidak mengendahkan langsung teguran si abang.

Jendela mataku sudah mulai berkaca. Ah, aku tak mahu menangis lagi. Rasanya dah cukup banyak air mata aku yang terbazir lewat malam semalam. Aku tak mahu ibu nampak anak perempuan dia ni murah dengan air mata. Aku kena kuat! Walaupun hakikatnya, aku tak cukup kuat..

Asyad berdiri di sampingku dengan wajah tenangnya. "Aku gembira kau ingat semua benda ni semula Qaqa. Maaf, aku lambat bagitahu. Tapi, bukannya aku sengaja. Aku ada sebab."

Aku diam. "Apa yang doktor kata tentang ibu? Ibu dah masuk kanser tahap 4. Does it means...?" Tidak sanggup aku menyambung ayat yang sengaja aku biar tergantung itu, takutnya ia jadi kenyataan. Sungguh, aku adalah orang yang paling malang di dunia!

Asyad senyum tawar. "Sorry to say Qaqa. But..apa yang kau fikirkan tu betul. Ibu dah tak lama. Doktor cakap, tumor tu dah merebak ke seluruh organ ibu. Peluang ibu untuk hidup lebih lama teramatlah nipis. Sekarang, ibu hanya menunggu saat.."

"Saat apa? Saat nak pergi?" Potongku laju dengan suara serak menahan tangis.

Asyad membisu. Kepalanya mengangguk kecil tanda jawapan. Berat hatinya hendak mengutarakan kebenaran yang terbukti. Tetapi, Asya berhak tahu yang ibu kandungnya bakal pergi tidak lama lagi.

Aku termempan. Itulah hakikat yang paling aku takut keluar dari mulut Asyad. Hakikat yang paling kejam bagi aku. Aku menatap lama wajah pucat ibu dengan bibir dia yang kering. Hidungku sudah merah menahan esak yang perit menyelubungi dadaku.

"Qiqi...kenapa? Kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang, Qiqi?" Aku menoleh memandang Asyad mengharapkan jawapan yang munasabah darinya. Jika tidak, aku tidak jamin dia masih boleh berdiri menggunakan sepasang kaki dia lagi.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now