BAB 24 : Hadiah Istimewa

242 27 3
                                    

SEPERTI biasa, The HBoys pasti akan masuk ke masuk ke dalam kelas beriringan. Lagak seperti sekumpulan putera raja berjumpa rakyat, kesemua pelajar kelas 5 Canggih memberikan laluan ketiga-tiga lelaki itu untuk berjalan ke tempat mereka. Ah, sesuai sangat dengan title gila kuasa dengan diorang tu!

"Eh? Siapa punya ni?" Aqlan orang yang pertama menegur sebuah kotak mini bercorak yang ada di atas meja Eshal. Haff, Eshal dan Zayyad yang dari tadi rancak berborak terus terhenti. Mereka serentak memandang kotak yang dimaksudkan Aqlan tadi.

"Bukan ke kau dah bagi amaran supaya jangan bagi kau apa-apa hadiah lagi? Siapa pulak yang berani sangat ni letak benda ni atas meja kau?" Soal Haff hairan. Masih segar ingatannya tentang keputusan Eshal beberapa tahun lepas melarang sesiapa sahaja meletakkan hadiah-hadiah mereka di atas meja Eshal.

Yalah, walaupun mereka berempat tu berperangai lagak gangster, tak dapat disangkal mereka mempunyai wajah yang tampan dan berketurunan orang berada. Lagi-lagi si Eshal. Maka bertimbunlah hadiah-hadiah dari peminat misteri di atas meja Asy pada setiap pagi. Disebabkan Eshal sudah rimas sangat, dia melarang keras sesiapa sahaja meletakkan apa-apa sahaja barang di atas mejanya.

Setakat ni, semuanya dengar cakap dan gerun berhadapan dengan Eshal. Beberapa tahun selepas itu, tiada pula yang gatal sangat bagi hadiah letak dekat atas meja Eshal. Kenapa sekarang ada?

Eshal diam. Dia mengambil sekeping kad kecil di atas kotak mini itu. Lihat sahaja tulisan di atas kad itu, dia terus mengukir senyuman.

Thank you Teacher. Maybe after this you can be a lecturer? Anyway..you're still my teacher. Thank you once again." 

To My Annoying Teacher

"Aku rasa budak ni salah letaklah hadiah ni. Patutnya letaklah dekat atas meja guru. Yang letak dekat atas meja kau buat apa?" Ulas Zayyad setelah membaca sekilas bait kata di atas kad itu.

Eshal senyum. Dia mengambil kotak mini itu lalu dibuka perlahan.

"Wow! Cantik gila sulaman ni!" Kata Haff kagum. Baru saja tangannya hendak mencapai sapu tangan itu, tangannya ditepuk kuat oleh Eshal. Dia mengaduh sakit.

Haff mencebik. "Eleh..bukan selalunya kau suruh aku buang ke semua hadiah-hadiah yang kau dapat? Kali ni kau pukul aku pulak. Dasar kawan." Ujar Haff dengan bibirnya dijuihkan panjang sedepa.

"Ha'ahlah Eshal. Kan kau biasanya suruh Haff buang. Biasanya kau tak bukak pun hadiah-hadiah yang kau dapat. Kenapa kali ni lain pulak?" Tanya Aqlan pula.

Eshal mengukir senyuman yang sudak diungkapkan lelaki-lelaki itu. Itu seperti seukir senyuman bahagia mungkin? "Ini lain. Ini istimewa.." Ujarnya sambil mengerluarkan sapu tangan itu dari kotak itu dengan berhati-hati.

Lelaki itu senyum lagi membuka kain itu melihat huruf E besar di tengah-tengah kain itu. Cantik sungguh hasil sulaman budak ni. Aku tak sangka pulak dia pandai menyulam. Macam profesional punya hasil pun ada.

"Uwek! Uwek! Istimewa konon. Ha puih!" Ejek Haff sambil membuat muka loya. Gaya Eshal menyebut perkataan istimewa itu dengan wajah penuh perasaan. Tiba-tiba je rasa geli meremang bulu roma. 

Aqlan dan Zayyad ketawa serentak lalu mengangguk mengiyakan kata-kata Haff. Ujaran kata 'istimewa' yang terbit dari bibir Eshal menegakkan bulu di tubuh badan. Eshal mencebikkan wajahnya. Apa aku ada buat lawak ke apa? Eii...rasa macam nak tumbuk je tiga ekor ni.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now