HATI Eshal langsung tidak tenang. Lelaki itu duduk termenung sendirian di balkoni biliknya. Merdunya bunyi kicauan burung sudah bertukar sumbang pada telinga Eshal. Suasana hatinya benar-benar buruk ketika itu.
'Haihh..sudahlah tak dapat tengok isteri sendiri dekat hospital, sekarang ni kena tinggal sorang-sorang dekat rumah pulak? Apalah nasib aku ni?' Eshal merungut di dalam hati kecilnya.
Terleka seketika dia terkenangkan perbualannya di antara daddy nya di telefon beberapa minit tadi. Membuatkan hatinya hanyut di dalam kepiluan.
⇒ Beberapa minit sebelum itu...
"Assalamualakum daddy. Ada apa call Eshal ni?" Soal Eshal di dalam nada kehairanan. Dirinya yang sedang tekun menyiapkan tugas sekolah yang tergendala di ruang tamu seorang diri, tiba-tiba mendapat panggilan daripada Tengku Syafiq.
"Waalaikumussalam. Kamu ni kan Eshal. Betul-betul buat sekolah ni macam hotel ya?"
Eshal meletakkan pen di atas meja. Tergelak kecil mendengar sindiran ayahnya. "Apa daddy cakap ni? Eshal buat sekolah tu, macam sekolahlah. Kan Eshal dah suruh Asy bagi surat sakit dari Asya kan?"
"Kamu sendiri cakap. 'Surat sakit dari Asya.' Bukan surat sakit dari kamu. Apa pulak alasan kamu tak datang sekolah hari ni? Daddy tak kisah kalau kamu nak buat hal sendiri dekat sekolah. Tapi asalkan, datang sekolah. Ujian Khas 6 Bintang dah nak mula tak sampai sebulan lagi. Kamu sedar tak, Tengku Eshal Daniyal?"
Eshal tersenyum lebar. "Hai, daddy? Sejak bila perangai kuat berleter mummy dah berjangkit pada daddy ni?"
"Tak kisahlah. Apapun alasan yang kamu nak beri, bagi alasan yang kukuh untuk daddy dengar. Dan lagi satu, Asya macam mana? Dia sakit apa?"
"Alasan Eshal tak pergi sekolah sebab Eshal terlajak tidur lah daddy. Penat sangat semalam jaga Asya. Daddy mesti faham kan? Dan, Asya tak sakit teruk pun. Cuma demam sikit." Balas Eshal tenang.
"Haihh..kamu ni lah Eshal. Tak sampai sebulan kahwin, dah buat anak dara orang sakit ya? Memang anak daddy. Mertua kamu dah tahu belum?" Kedengaran keluhan lembut Tengku Syafiq di telefon.
Eshal diam. Termangu dia sekejap. "Uh, diorang dah tahu dah. Daddy jangan risau eh? Ma.. mana mummy? Rindu nak dengar suara mummy." Kata Eshal cuba mengalih topik pembicaraan.
"Ah, mummy kamu? Hhmm, macam biasalah. Pergi spa dengan kawan-kawan dia tu. Eshal ada nak cakap apa-apa ke?"
Eshal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak tanya ke tak eh?
"Ahh..daddy. Daddy..ada kenal tak seseorang bernama Asyna?"
Diam. Tiada balasan yang menjadi jawapan pertanyaan Eshal. Eshal melihat skrin telefonnya. Talian masing tersambung. Tapi mengapakah tiada renspon yang membalas?
"Daddy?"
"Ya. Daddy dengar. Asyna? Daddy tak pernah dengarlah, Eshal. Kenapa?"
Dahi Eshal berkerut. Nada suara daddy sudah berubah.
"Daddy...
...tipu Eshal, kan?"
Diam lagi. Tiada suara yang menyahut. Eshal senyum pahit.
"Ahh..betul lah daddy tahu. Tak apalah. Keep it, daddy. Jaga rahsia tu baik-baik. Jangan..sampai orang lain tahu." Seakan dapat memahami, Eshal tidak mahu menggali rahsia daripada ayahnya. Sejak ayahnya menipu tadi, dia sudah sedar, ada sesuatu yang cuba disembunyikan ayahnya.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...