TELEFON di dalam poket seluar Asy bergetar buat beberapa detik menandakan ada pesanan masuk ke dalam kotak mesej. Asy tidak menghiraukan pesan yang masuk dek kerana terlalu khusyuk menyalin nota Cikgu Kartina di papan hitam. Sekolah akan tamat di dalam beberapa minit lagi, dia tidak boleh ketinggalan nota penting itu.
Namun getaran yang sama berulang buat beberapa kali sehingga masuk satu minit. Asy tidak tahan lagi. Lantas dia meletakkan pen di atas meja dengan kasar.
'Siapa pulak yang kacau aku ni? Aku ni dahlah rajin tu sekali-sekala. Tetapi waktu nak jadi rajin tulah banyak pulak dugaan yang mengacau.' Desis Asy geram di dalam hati sambil memasukkan kata laluan di skrin utama telefon pintarnya.
ESHAL 😈
Lepas habis sekolah, terus datang ke KL Medicine Hospital.
Datang sorang.
Jangan bawak orang lain.
Ini arahan kakak kau.
Wajib datang!
Ini di antara hidup dan MATI!Asy tergamam membaca pesanan ringkas daripada Eshal. Hidup dan mati?
Jantung Asy berdegup kencang. Tidak pernah-pernah Eshal yang tidak pernah serius itu membicarakan soal hidup dan mati. Apa yang penting sangat ni?
Kepala mula terbayangkan Asya pula. 'Akak sakit tenat ke? Eh, tak mungkinlah. Akak selama ni selalu sihat je. Tapi, kenapa dia suruh aku pergi hospital? Entah-entah betul akak sakit tenat?' Fikiran Asy bercelaru. Dia tidak mahu mempercayai tekaan hati tetapi pesanan Eshal seperti mengiyakan tekaan nya tadi.
'Akak! Demi Asy, Asy nak akak terus sihat!'
.
.
.
"AKU dah hantar mesej dekat dia suruh datang sini. Lagi beberapa minit, dia sampailah tu." Ucap Eshal ke arah Asya.
Aku senyum nipis. "Thanks."
"Aku harap, kau sedialah nak tadah telinga dengan Asy nanti." Kata Eshal sambil ketawa kecil.
Tak dapat dibayangkan reaksi Asy apabila diberitahu tentang hal ini. Entah dia marah atau sedih yang posisinya sebagai pendamping Asya selama ini bakal direbut orang.
Bibirku mengulum senyum kelat. "Tak tahu nak cakap aku dah sedia atau tak. Aku harap, dia tak melenting sangatlah bila tahu nanti." Ujarku perlahan. Tangan masih menggenggam erat tapak tangan ibu.
Biar berkeringat banjir sekalipun. Mungkin ini adalah satu-satunya peluang aku menggenggam tangan ibu setelah sekian lama dipisahkan oleh jarak dan memori. Dan kali ini aku tidak akan pernah beranjak dari sisinya walau sekali cuma.
Asyad buat tidak dengar perbualan di antara suami isteri itu. Hatinya sebal melihat tingkah Asya yang masih berdegil hendak memberitahu Asy tentang hubungan dia dan ibu. Ia pasti akan merumitkan keadaan yang sedia rumit ini lagi!
"Qiqi? Ada benda tak puas hati?" Sesiapapun dapat lihat wajah tidak puas hati Asyad yang jelas terpamer pada wajah tampannya. Apa lagilah yang budak ni tak puas hati? Aku pun tak fahamlah!
Asyad mencebik bibir. "Kalau aku cakap aku memang tak puas hati, kau nak buat apa?" Soalnya memeluk tubuh dengan renungan garang ke arahku.
Aku senyum sinis. "Don't act like a child, can't you? Apa salahnya Asy tahu? Aku tak nampak apa-apa masalah pun kalau dia tahu. Apa yang kau risaukan sebenarnya ni Qiqi?"
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...