SEJAK balik dari sekolah, Asy langsung tidak menegur aku. Aku tak tahulah kalau dia marah atau kesal dengan apa yang berlaku hari ini. Telefon pintar di tanganku aku campak di atas katil. Aku masih lagi tidak membuka telefon pintar kala itu. Tidak sanggup membuka segala notifikasi yang terpampang di skrin utama telefonku.
Takut-takut itu kesemuanya adalah berita tentang Asy. Semakin teballah rasa bersalah aku bila Asy buat acuh tak acuh saja dengan aku. Aku tahu, dia terluka. Dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Pasti beribu-ribu kata cacian yang menghujani Instagram nya. Tetapi tak silap aku tiada siapa yang merakam kejadian pada waktu itu. Tak tahulah pulak ada tangan gatal yang nak mulakan gosip ni.
Bersalahnya aku pada kau Asy.. Tak pernah-pernah Asy palau aku sampai tak bertegur langsung. Mama dan papa pun hairan. Dia makan pun sikit je. Tak macam selalunya yang dia suka melantak tak ingat dunia. Suka rampas lauk dekat pinggang aku. Tapi malam ni, dia layan aku macam orang asing.
Aku tak dengar lagi bunyi ketawa dia yang menyakitkan hati. Senyuman nakalnya setiap kali mengusik aku turut lenyap. Asy..maafkan akak..
Nasib baiklah hari ni, aku tak ada banyak kerja sekolah. Boleh lah aku lawat bilik Asy sekejap. Biasanya malam-malam macam ni, dia suka terjah masuk bilik aku untuk kacau aku belajar. Tetapi kali ni, bilik aku sepi sangat.
"Ya Allah! Kenapa telefon aku ni tak berhenti bergetar? Banyak sangat ke notifikasi masuk? Sampai tak henti-henti?" Aku merungut perlahan. Aku sengaja membalikkan skrin telefon pintarku agar tidak tertoleh melihat notifikasi yang masuk. Bimbang benda yang aku tidak mahu lihat akan terlihat.
Tetapi yang aku hairan, telefon aku berbunyi getaran sejak tadi macam tak nak berhenti. Aku curiga. Ke ada orang telefon aku? Ishh..siapalah yang nak telefon kau malam-malam buta ni Asya? Tak ada kerja lain ke?
Akhirnya aku mengalah kala telefon aku masih tidak berhenti bergetar. Aku melihat skrin telefonku.
Gangster Sombong is calling you for 50 times..
Ya Allah! Apa yang mamat ni nak telefon aku sampai banyak kali ni? Ha..korang jangan tanya siapa 'Gangster Sombong' tu. Siapa lagi gangster paling sombong yang aku kenal? Satu-satunya manusia yang layak menyandang gelaran itu semestinya Tengku Eshal Daniyal! Semua benda dia nak sombong. Tak pernah sekalipun dia bertolak ansur dengan aku.
Even kalau pasal tempat duduk pun dia nak cari pasal dengan aku. Kau fikir? Mana aku tak naik angin? Ada je akal dia nak buat aku sakit hati. Dah tu, bila aku melawan nak ugut aku untuk bocorkan rahsia tu. Arghh! Dasar gangster tak guna!
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tengku Eshal Daniyal! Ni apa citer kau telefon aku sampai 50 kali? Dah tak ada kerja ke malam-malam buta ni telefon anak dara orang? Dah bosan sangat ke? Aku nak buat kerja pun tak senang tahu tak?" Hamburku bertalu-talu sebaik sahaja menjawab panggilan itu.
Aik? Kenapa dia tak jawab? Biasanya kalau aku tinggi suara sikit dekat dia, mesti dia ikut sama melenting. Tak nak kalah! Sekarang ni dia diam pulak? Dah kenapa? Sentap ke apa?
Hanya kedengaran deruan nafas kasar di hujung panggilan. Aku naik hairan. Dah bisu ke lelaki ni? Dah beerapa saat dia diam, tak pernah dia macam ni..
"Hei Eshal. Kau okey tak?" Soalku lembut. Yalah, takutnya dia marah aku bebel kat dia tadi. Dia ni bukan boleh agak sangat. Angin dia macam perempuan. Kalah aku. Kadang-kadang marah, lepastu tiba-tiba bertukar jadi romantis pulak? Otak dia tu macam ada wayar putus tahu tak?
"Aku..aku lega." Jawabnya.
"Lega? Lega kenapa?" Tanyaku bernada hairan. Asal suara mamat ni buat bulu roma aku meremang. Lemah je suara dia kali ini. Tak macam selalu.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...