PENUTUP TIRAI MD

194 16 13
                                    

Hola! Assalamualaikum!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana berikan saya kesempatan untuk menutup tirai cerita ini dengan tangan saya sendiri. Selepas mengambil masa lebih satu tahun, akhirnya dapat juga saya menamatkan kisah cinta ini.

Di sini selain nak berterima kasih kepada para reader yang tak putus-putus baca dan vote setiap satu bab, saya nak berkongsi pengajaran yang boleh dilihat dalam cerita ini.

First at all, jujur saya cakap yang ini kali pertama saya buat cerita bergenre romantik. Sebab sebelum ni saya biasanya menaip cerita bergenre remaja. Jadi kalau ada beberapa babak yang sepatutnya sweet tapi tak sweet, faham-faham jelah ya?

Second, tujuan utama saya menulis ni sebenarnya bukan nak mengetengahkan kisah cinta tetapi kisah gangguan mental. Dalam kisah ni, saya ada tunjukkan beberapa jenis gangguan mental iaitu Paranoid Personality Disorder (PPD) dan Skizofrenia. 

Bukan saja-saja tau saya masukkan babak Asya berkomunikasi dengan identiti yang dipercayai halusinasi yang hanya mampu dilihat oleh dirinya sahaja. Saya juga ada masukkan kesan-kesan trauma masa kecil yang mengakibatkan Asya, seorang pesakit gangguan mental menanggung pelbagai kesan negatif.

Kisah ini juga bertujuan untuk memberitahu awak semua yang bukan semua keputusan ibu dan ayah kita adalah keputusan yang tepat. Mungkin kita rasa ia adalah yang terbaik, tapi sekarang biar saya tanya awak semua.

"Gembira ke buat sesuatu yang bertentangan dengan kemahuan kita?"

Jiwa remaja memang mudah memberontak. Sebab itulah kewujudan ibu bapa amat diperlukan untuk menasihati dan mendidik. Tapi bukan untuk menentukan. Kita berhak memilih jalan kita sendiri. 

Saya bukan nak menyalahkan ibu bapa atau apa. Jangan salah anggap ya?

Maksud saya, sebelum buat apa-apa, tanyalah hati tu dulu.

"Sanggup ke?"

"Rela ke?"

Kadangkala, ibu ayah membuat keputusan untuk kita hanya sebab memikirkan yang terbaik untuk kita. Tapi mereka lupa memikirkan keadaan hati kita.

Kesimpulannya, jagalah diri dan mental elok-elok. Sebenarnya, kata-kata seseorang itu boleh jadi lebih tajam daripada pisau yang membunuh jutaan orang. Jangan biarkan 'dia' membunuh kita tanpa berlawan.

Kalau rasa berat, kita boleh luah pada DIA.

Kalau rasa tak tahan, kita boleh mengadu pada DIA.

DIA sentiasa untuk kita.

Saya pun nak tanya sikit ni. 👇👇


Dalam banyak-banyak babak dalam MD babak mana yang paling best bagi korang?

Dalam banyak-banyak babak dalam MD, babak mana yang paling deep dan terkesan?

Watak siapa yang korang paling suka dalam MD? Sebab?

Persoalan apa yang masih belum terjawab dalam fikiran korang tentang MD?

Dalam next season atau cerita saya yang lain nanti, nak saya bawa mental illness apa pulak?

Babak paling sedih dalam MD? I wanna know.

Kritikan untuk MD. Bolehlah saya betulkan lain kali. ^o^


Jawablah guyss...saya pun nak tahu juga apa yang bermain dalam fikiran pembaca saya ni. Tak adalah saya syok sendiri menaip cerita ni.

Baiklah, sampai situ sajalah saya untuk masa ni. Maka, tamatlah TGS Musim 1 dengan kehadiran 2 BAB KHAS yang sengaja saya buat untuk membantu anda semua berfikir. Merungkaikan persoalan sekali gus menambahkan persoalan di benak fikiran anda.

Jadi, saya ada satu soalan terakhir buat para pembaca sebelum saya nak mengakhiri TGS Musim 1 ini.

"Nak Tundukkan Gangster Sekolah / My Dear musim kedua tak?"

Haa...kalau nak, bolehlah vote dan taip komen 'NAK TGS/MD S2' di ruangan di bahagian komen. Insha-Allah, saya akan makbulkan permintaan korang. 

Saya pun tak kisah kalau ada yang nak mencadangkan jalan cerita untuk musim kedua tu nanti. Tu pun kalau ada lah, ya?

Tu pun kalau saya panjang umurlah. Heheheh...doakan saya ya?

Okaylah. Panjang sangat saya borak ni. Apapun, boleh komen ya sebarang permintaan!

Assalamualaikum.

Bye from your author,
AisyNana



𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now