KERUTAN di wajah keempat-empat gadis itu semakin bertambah melihat wajah lesu Asya menghampiri mereka. Mata Asya kuyu gaya seperti tidak cukup tidur. Wajah pun kelihatan agak pucat dan lemah tak bermaya.
"Eh, Asya. Kau ni kenapa? Pucat je muka kau aku tengok." Nuri menjadi orang yang pertama menegur sebaik sahaja Asya melabuhkan punggung di atas kerusi gadis itu.
Aku melirik ke arah Nuri. Wajah Mikhayla, Nisa dan Shasha aku lirik sekilas. "Ah..aku tak cukup tidur." Jawabku seraya meletakkan kepalaku di atas meja bersiap-siap hendak melangkah ke alam mimpi.
"Tak cukup tidur? Kau buat apa malam tadi sampai tak cukup tidur?" Soal Shasha tertanya-tanya.
Aku menguap buat kesekian kali. "Aku..aku jaga serigala malam tadi." Jawabku spontan terus mangatup rapat kelopak mataku seakan-akan enggan dibuka lagi. Ngantuk sangat rasanya sehingga membiarkan mereka ternganga seluas-luasnya.
"What? Serigala? Kau biar betul Asya? Hei! Asya!" Kejut Mikhayla menggoyangkan tubuhku perlahan. Namun sayang, langsung tidak mendatangkan apa-apa. Aku tetap sudah terlena dibuai mimpi. Mana mungkin dapat dikejutkan dengan sentuhan selembut itu.
Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha saling berpandangan dengan tatapan penuh tanda tanya. "Weih. Biar betul apa yang Asya cakap tadi? Takkanlah dia pelihara serigala kot?" Ucapan Nisa yang kedengaran dungu semakin mengundang tanda tanya di dalam fikiran keempat-empat gadis itu.
"Manalah aku tahu. Betul lah kot dah kalau Asya cakap macam tu." Selamba Nisa memberi ulasan walau terdengar seperti langsung tidak masuk akal.
"Kau gila ke apa? Aku tahulah Asya ni unik sikit tapi takkanlah unik sampai bela serigala? Tak masuk akal tahu tak!" Nuri yang lebih mempercayai logik dan akal cuba menyangkal ulasan Nisa dan mencari alasan yang lebih logik.
"Betul jugak. Eih, Asya ni. Sukalah buat kita risau. Semalam yang dia pengsan tu pun kita tak sempat nak tanya kenapa. Boleh dia tidur selamba macam ni?" Celoteh Mikhayla tergeleng-geleng kepala.
Nuri, Nisa dan Shasha mengangguk kepala setuju. Galau di hati mereka tentang kejadian cemas semalam masih segar bermain di kepala. Imej Eshal yang cemas mencimpung tubuh Asya tidak akan pernah hilang dari benak fikiran dan masih menjadi sebuah tanda tanya.
"Eh, kau perasan tak, semalam waktu Asya pengsan tu. Eshal panik bukan main tau. Padahal, Eshal duduk bukan main jauh dari tempat Asya pengsan. Tapi laju macam kilat dia lari bawak Asya ke Bilik Sakit." Ujar Shasha panjang lebar. Siap dengan riak wajahnya yang penuh curiga.
Mikhayla, Nisa dan Nuri mengangguk-angguk setuju. "Itu kau tak payah cakaplah. Satu sekolah perasan. Eshal tu cemas sangat macam Asya tu bini dia tahu tak. Lepastu, selamba pulak dia gendong Asya macam dah tak tahu halal, haram!" Balas Nisa pula.
Mikhayla diam. "Emm..korang tak rasa something ke?"
Nisa, Nuri dan Shasha memandang Mikhayla serentak. Hairan dengan pertanyaan yang diluah Mikhayla.
"Rasa something? Ha'ah memang aku rasa something sekarang ni. Aku rasa something sekarang ni sebab, kenapa cikgu tak masuk-masuk kelas kita sekarang? Dah tak nak mengajar kelas kita dah ke?" Balasan selamba Shasha mendapat sekehan padu dari Mikhayla lekat di kepalanya. Habis senget tudung macam orang tak betul.
"Bukan rasa something yang tulah! Ishh, kau ni Shasha. Dasar pembaris! Cuba lembab tu simpan sikit?" Sindir Nuri mentertawakan Shasha yang disekeh Mikhayla. Wajah Shasha cemberut sambil membetulkan tudungnya yang senget.
"Pembaris? Asal kata aku pembaris?" Soalnya polos sekali benar-benar membuatkan Mikhayla, Nuri dan Nisa menepuk dahi serentak.
"Pembaris tu lurus. Macam kaulah! Lurus!" Bidas Nisa selamba. Terus dia mengekek ketawa.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...