SEMUA orang di dalam dewan perhimpunan itu sudah teresak-esak menahan tangis selepas tamatnya babak akhir filem pendek 'Terselirat Rasa Kasih'. Sesungguhnya, lakonan Asya dan Asy benar-benar menyentuh hati. Air mata yang mengalir di pipi Asya di babak akhir tadi kelihatan begitu real tanpa menggunakan titisan air mata palsu.
"Uuu..aku tak tahu pulak yang Asya pandai berlakon. Ya Allah..kenapa air mata aku tak boleh berhenti mengalir ni?" Mikhayla masih lagi tidak mampu menahan air matanya daripada membasahi pipi. Sungguh filem pendek yang berdurasi 15 minit tadi telah membazirkan berbakul-bakul air mata para penonton 'Tersirat Rasa Kasih' tadi.
"Samalah weih. Mantap gilalah lakonan Asy dan Asya. Aku sampai nak meraung tadi. Sedih sangat!" Kata Nisa pula mengusap air matanya laju. Hairan hatinya mengapa air matanya tidak dapat berhenti keluar dari kolam mata daripada tadi. Masih dapat terbayang di ruang mata babak paling sedih di akhir filem pendek tersebut tadi.
"Hish! Bisinglah korang ni! Menangis macam budak kecik!" Komen Haff pedas tidak tahan mendengar esakan perlahan empat orang gadis yang duduk di hadapannya.
Mikhayla pantas memusingkan kepala dengan wajah masam. Bola matanya kelihatan merah kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata. Filem pendek bergenre sedih tadi memang dapat menjentik hati sensitifnya.
"Bisinglah kau! Macam aku tak nampak tadi yang kau pun nangis sama! Cakap orang!" Bidas Mikhayla tajam. Macamlah dia tidak sempat menjeling empat orang jejaka yang duduk di atas kerusi sebaris di belakangnya.
Bulat mata Haff mendengar kata-kata bidasan Mikhayla. Macam mana perempuan ni boleh nampak yang aku hampir nangis tadi?
"Ma..mana ada!" Pantas Haff menindakkan kebenaran memalukan yang cuba ditutupi. Macam manalah perempuan ni boleh perasan yang aku hampir menangis tadi? Bergolak perasaannya penuh dengan tanda tanya kerana tadi sewaktu dia hampir menitiskan air mata, dia sempat melilau ke kiri dan ke kanan agar tiada siapa yang melihat dia menyeka air mata. Perempuan ni ada mata tersembunyi ke dalam tundung dia?
"Boleh tak korang diam kejap? Macam anjing dan kucing! Pasal benda remeh ni pun nak bergaduh!" Aqlan menjadi orang tengah di antara Haff dan Mikhayla. Jika tak dhentikan, takutnya melarat sehingga habis majlis mereka bermasam muka.
Masing-masing menarik muka tidak puas hati ditegur.
Eshal diam sejak filem pendek tadi ditayangkan. Entah mengapa hatinya terasa dengan lakonan yang ditampilkan Asya dan Asy tadi. Seolah-olah mesej yang cuba disampaikan di dalam filem itu sampai kepadanya. Bagai mengetahui kocakan di hatinya.
"Ya..itulah filem pendek hasil kerjasama pelakon-pelakon yang terdiri daripada pelajar Sekolah High Star sendiri. Juga di atas bantuan Miss Layla yang banyak menyebar ilmu di dalam bidang lakonan. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya menjayakan filem pendek yang begitu menyentuh hati sekali." Kata Tengku Syafiq dengan nada yang agak tersekat-sekat turut terkesan dengan filem pendek yang ditayangkan tadi.
Gamat seketika dewan perhimpunan itu dengan bunyi tepukan tangan tanda mensetujui kata-kata Tengku Syafiq.
Aku tersenyum lebar memerhatikan segenap sudut dewan perhimpunan kala melihat ada sesetengah pelajar yang masih berlinang air mata. Tandanya, apa yang cuba kami sampaikan telah berjaya dirasai mereka. Syukurlah!
Aku menoleh memandang Asy. Kami sama-sama bertukar senyuman berkongsi rasa bahagia yang sama. Kemudian aku melihat pula ahli pelakon-pelakon lain yang duduk di kerusi barisan belakang kami. Sekejap aku menguntum senyum nipis.
Masing-masing sedang berpelukan memanjat kesyukuran. Aku faham mengapa mereka kelihatan begitu gembira. Maklumlah ini kali pertama mereka berlakon filem pendek. Karya pertama sudah diteri ramai cukup membuatkan hati mereka tertambat bahagia.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...