"ESHAL, stop playing around please!" Sampuk aku tidak sabar melihat Eshal masih ingin bergurau-gurau dan mengelirukan Asyad yang sudah diterpa bahang panas. Silap hari bulan, tak ke berbekas muka Eshal ditumbuk Asyad?
Asyad menoleh ke arah Asya. "What do yo mean by playing around, Qaqa?" Soal Asyad bernada serius dan dingin sekali. Benar-benar boleh buat seluruh tubuhku meremang tidak terkira. Air liur terasa kelat mengalahkan peria. Sebelum ni aku memang sedar yang Asyad ini memang dingin orangnya. Tetapi tidak pernah aku melihat sisi seramnya begini.
Melihat Asya yang kaku bagai disumpah batu, Eshal mengambil kesempatan mencelah. "For your information Asyad, I am your brother in law."
Asyad terkesima beberapa detik. Masa ibarat berhenti berputar rasanya. Kening berkerut tidak percaya. Dia memandang wajah Asya mengharapkan kepastian. "What? Is it true, Qaqa? That's just a joke isn't it?" Tergagap suara Asyad buat pertama kali dek terlalu tidak percaya.
Aku senyum tawar. "Unfortunately, it is true."
"Hey! What do you mean by the word 'unfortunately'? Is it unfortunate for you to marry me?"
"Shut up, Eshal. It would be unfortunate if you kept talking!" Sempat aku mengugut agar mulut lancang lelaki itu diam walau sekejap. Kalau dia tetap bercakap, aku tak dapat jamin Asyad dapat tetap tenang berdiri di sini.
"Fine.." Eshal beralah tidak mahu berbalah dengan Asya di dalam situasi getir itu.
"Qaqa, kau baru 17 tahun kan?"
Aku terkebil-kebil seketika. Soalan Asyad bila dia tengah bingung memang akan automatik jadi bangang? "Lah? Bukan umur kita sama ke? 17 tahunlah!" Jawabku hairan dengan soalannya.
"Then kenapa kau dah kahwin? Ke korang dah terlan--"
"Woi! Mulut tu jaga sikit boleh tak?" Tanpa amaran, kasar Eshal menampar bahu Asyad tidak semena-mena ucapan Asyad tergantung. Sebal hatinya mendengar tekaan Asyad yang jauh menyimpang dari kebenarannya.
Asyad mendengus geram dipukul tiba-tiba. Tak sempat dia nak mengelak. Baik, tutup kes perbalahan dia dengan Eshal sekejap, kes dia dan Asya lebih penting saat ini. Asyad mengalih pandang ke arah Asya semula. Tatapan matanya benar-benar mengharapkan apa yang dikatakan gadis itu tadi sekadar bohongan belaka.
"Bila? Dah lama ke?" Sedikit merendah suara Asyad bertanya kepadaku. Jelas wajahnya memaparkan riak kecewa, tetapi aku tidak tahu sebab apa.
Aku diam berkira-kira hari. "Erm..baru masuk seminggu rasanya. But, kau jangan nak fikir bukan-bukan. Kitorang kahwin sebab.." Kata-kataku terputus sekejap. Wayar-wayar di dalam otakku bagai sudah terputus semua. Lidahku kelu tidak semena-mena.
"Sebab apa?" Tenang suara garau Asyad bertanya, tetapi aku tahu di dalam dasar sudut matanya, penuh dengan rasa curiga.
Aku diam. Riak wajahku berubah keruh serta-merta. Hati aku cukup terusik apabila peristiwa pada malam itu dibangkitkan kembali. Malam hitam yang sedikit demi sedikit merobohkan benteng kepercayaan papa dan mama padaku. Menjadi punca utama aku terjebak di dalam alam rumah tangga di usia muda. Memangnya, ia wajar ke dibincangkan lagi?
Perasan akan perubahan riak wajah Asya yang seperti tidak senang kala ditanyakan tentang malam itu, lantas Eshal mencelah. "Boleh kau tanya benda ni lain kali tak? Asya baru bangun dari pengsan kan? Jangan push dia boleh?"
Asyad berpaling memandang Eshal dengan wajah tegang. "Aku nak tahu. Tak boleh ke aku nak tahu? Mesti sebab papa paksa kan?"
Aku tersentak. Tekaan Asyad memang tepat mengena. Kalau bukan disebabkan papa yang mendesak dan mengancam, aku tak akan kahwin. Tapi, aku tak salahkan sepenuhnya pada papa. Aku akui, salah aku juga sebab tak berjaga-jaga. Cuai. Memang patutlah papa tak percaya pada aku.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...