BAB 92 : Asing

144 21 4
                                    

"APA bukti yang Asy bukan adik kandung akak? Kalau Asy bukan adik kandung akak, Asy siapa?" Perlahan namun tegas suara Asy bertanya kepadaku. Kedua pasang bola matanya itu berlinang dengan butiran air mata jernih begitu mengusik hati sensitif aku.

"Kau tak percaya? Kita dekat hospital ni. Jomlah buat DNA kalau nak bukti sangat." Sampuk Asyad selamba. Sinis lirikan matanya membuang pandang ke arah wajah tampan Asy yang sudah dibasahi air mata. 

Melihat air mata lelaki itu yang gugur dengan mudah sekali, Asyad tidak mampu lagi meragui keeratan hubungan adik beradik di antara Asy dan Asya. Terasa berdosa pula dia kerana mempunyai niat ingin memisahkan adik-beradik itu. 

Aku menjeling tajam ke arah Asyad sambil membuat amaran 'diam'. Tak ada apa yang baik keluar dari mulut kembar aku ni. Nak menyakitkan hati orang sahaja kerjanya.

"Kita still adik beradik lah Asy.  Cuma..mama bukan ibu kandung akak." Jelasku tenang walau gelodak di hatiku sedang bergelora hebat.

Asy masih termangu bingung dengan situasi. Hatinya berbolak-balik sama ada mahu percaya atau tidak. Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya sehingga tidak terluah dengan kata-kata bibir. Sebahagian hatinya yakin yang kakaknya tidak bergurau, tetapi sebahagian hatinya lelaki diserang rasa keliru yang bertimpa-timpa.

Betahun-tahun mereka menghabiskan masa bersama, mana datangnya seorang abang kembar dan ibu kandung? Apa sebenarnya yang belum dia ketahui? Asy memalingkan pandangan ke arah Asyad pula. Dipandang lama wajah yang begitu mirip dengan Asya.

Tanpa DNA pun, orang asing juga mampu meneka yang Asya dan Asyad adalah kembar seiras dek rupa parasnya yang serupa. Mungkin bezanya hanya bulu mata dan Asyad mempunyai tahi lalat di hujung matanya. Asy tiada keberanian hendak menyangkal ketika itu.

"Can you tell me the whole stroy? Asyad asal ceruk mana? Turun dari langit? Kalau mama bukan mama kandung akak and wanita ni ibu kandung akak, how did it happen? You know what, kak? This is not Disney Chanel movie. I don't want to believe this damn story but.." 

Asy bangun dari duduk berteleku di atas lantai. Berdiri menghadapku dengan tatapannya yang penuh dengan selirat rasa. Tatapan yang penuh tanda tanya dan kesal. Tatapan yang penuh dengan rasa keliru. 

..I know you won't lie to me."

Aku senyum tawar. Rambutnya aku elus lembut. "You can believe me, Asy."

Kepala Asy mengangguk kecil. "I hope so.."

Maka di situlah permulaan saat, yang dia akan tahu segalanya. Tahu kisah gelap yang selama ini cuba membodohi kita. Kita adalah mangsa. Mangsa yang terjerut dengan natijah kesalahan orang lain. Kita berdiri di tengah-tengah setiap situasi. Itulah hakikat yang kita kena hadapi.

Orang yang paling kita percaya begitu tega mempermainkan kita bak boneka bernyawa.

Mereka berlagak seperti Tuhan yang mengatur segalanya. Sehingga kini, masih tegar membodohi kita. Mungkin mereka terlupa yang Tuhan ada bersama orang yang teraniaya. Tidak kiralah betapa mereka licik menyembunyikan yang sebenar, tidak perlu berterus-terang, takdir dah ditentukan.

Tiada yang boleh lari.

Tetapi apa yang aku pegang sehingga kini. DIA tak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan mereka. Tuhan tahu aku mampu dan disebabkan itu dia kirim suratan takdir yang haru-biru begini. Mungkin hendak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar?




.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now