BAB 59 : Berserabut

142 23 0
                                    

"KU ASY, Ku Eshal. Makanan tengahari saya dah siapkan. Nak saya hidang atau simpan dulu untuk makan dengan Ku Asya?" Soal Cik Munah seorang tukang masak terkenal di dalam Malaysia diupah oleh Tengku Zariq untuk memasakkan makanan tengahari di dalam rumah banglo itu.

Asy dan Eshal saling berpandangan. "Hidanglah, Cik Munah. Saya nak makan. Dah lapar." Balas Asy membalas senyum di bibir Cik Munah.

"Baik, Ku Asy." Terus Cik Munah berlalu pergi ke arah ruang dapur.

Asy menghela nafas kecil. Dia menoleh ke arah Eshal yang duduk di sisinya sedari pulang dari sekolah. Dengan baju yang belum diganti selamba sahaja menghenyak tubuh di atas sofa.

"Kau okey tak Eshal?"

Eshal tersedar dari lamunannya. Dia memandang wajah Asy tanpa kerdip. "Kenapa kau tanya? Nampak aku macam tak okey ke?" 

Asy mengangguk mengiyakan. Sejak dari insiden di dalam kelas tadi, Eshal tidak banyak cakap. Lebih banyak diam daripada biasanya. 

"Betul ke kau okey? Tegang semacam je muka. Kau gaduh dengan akak eh?"

Eshal diam. 'Gaduh? Hhmmp, aku mana ada kepentingan dalam hidup dia sampai nak bergaduh? Suka hati dialah nak buat apa. I don't care!' Gerutu Eshal di dalam hati kecilnya. Buku limanya digenggam erat menahan geram.

"Uh, by the way, mana kakak aku ni? Padahal, dia gerak dulu daripada aku tapi aku yang sampai dulu." Omel Asy memanjangkan leher melihat ke arah garaj kereta. Jangan katakan bayang dia, bayang kereta dia pun belum singgah lagi dalam garaj kereta tu.

Sekali lagi Eshal membisu. Omelan Asy yang kedengaran di telinganya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hatinya masih lagi bengkak dengan kata-kata Asya tadi. 

"Hei, Eshal. Kau tak kisah ke? Bini kau tu tak balik-balik lagi? Suami jenis apalah kau ni." 

Mata Eshal yang terpejam serta-merta terbuka luas. Kata-kata Asy benar-benar mencabar egonya dengan keadaan hatinya yang masih berdarah-darah dengan apa yang dikatakan Asya. Kau tak tahu ke apa yang kakak kau cakap dekat aku?

"Woi! Aku cakap dengan kau ni." Kuat Asy memekik tidak betah dipalau Eshal. Aku ni cakap dengan dia ke atau cakap dengan tunggul kayu?

"Iya..! Dengarlah. Aku ni belum pekak lagi.." Balas Eshal dengan wajah cemberut.

"Oh..belum pekak? Alhamdulillah..aku ingatkan kau dah pekak. Ataupun tiba-tiba dah transform jadi tunggul kayu. Aku rasa macam cakap dengan tunggul tahu tak!" Luah Asy mengerutkan wajah.

Eshal mengajuk kata-kata Asy gaya budak kecil. "Kau nak cakap apa? Aku penatlah.." Eshal menghempapkan kepalanya di atas bantal mini yang tersedia di atas sofa itu. Selamba kakinya dilunjurkan memenuhi ruang di sofa three seat.

Asy memandang abang iparnya dengan wajah menyampah. Macam dia sorang je yang pergi sekolah. Ponteng kelas pun penat ke? 

"Tadi, waktu aku bagi beg akak dekat suite room dia, dia langsung tak pandang aku tau."

"So? Kau nak aku buat apa?" Ucap Eshal memejam rapat kelopak mata.

Asy mengetap bibir geram. Hei...sabar jelah! "Tak! Aku cuma rasa pelik. Dia macam tak nak pandang aku langsung. Dia ada kata apa-apa tak dengan kau lepas dia bangun dari pengsan tu?" 

Eshal diam sekejap. Serta-merta peristiwa yang menjentik hatinya tadi menjelma di fikiran. Wajah Eshal bertambah tegang. "Aku bukannya sesiapa dalam hidup dia. Kenapa dia nak bagitahu apa-apa pada aku?" Balas Eshal sedikit emosi.

Terjongket sedikit kedua belah kening Asy. Lain macam cari Eshal bercakap pada waktu itu. "Apa maksud kau? Kalau dulu, bolehlah kau cakap yang kau bukan sesiapa dalam hidup akak tapi sekarang ni, kau kena sedar tau yang kau tu dah ada status suami. Kau jangan pandang rendah tau dengan status suami yang kau ada tu." Jelas Asy ke arah Eshal yang selamba memejamkan mata di atas sofa.

"Aku ada status suami atau tak, aku tak akan ada peluang jadi sebahagian dalam hidup dia Asy. I'm nothing in her life." Sedikit sayu nada suara Eshal kedengaran walau mata lelaki itu tetap terpejam rapat.

Bagai memahami isi hati lelaki itu, Asy menghembus nafas lembut. Redup pandangan matanya membuang pandang ke arah Eshal. "Aku tak rasa yang kau ni nothing dalam hidup dia. Kalau tak, takkanlah dia boleh setuju jadi isteri kau?"

Eshal membisu. "Itu sebab dia terpaksa. Ya, dia terpaksa. Dia tak nak dan tak ingin bersuamikan aku. Entah-entah, kahwin dengan aku macam mimpi ngeri buat dia."

Asy menyorok senyum sinisnya. "Tak sampai seminggu korang kahwin, takkan lah dah give-up?"

Eshal diam. Aku dah give-up ke Eshal? Cepatnya kau mengalah. Kau kata kau cintakan dia? Tapi kenapa cepat sangat kau mengalah? Cinta kau pada dia bersifat sementara ke?

"Eshal, aku tak tahu hati kau. Aku tak tahu sama ada kau cintakan kakak aku ataupun tidak. Tapi aku tahu hati kakak aku. Dia takkan terima seseorang tanpa kerelaan hatinya." Ujar Asy perlahan. Sedikit suram raut wajah lelaki.

Eshal berfikir sejenak. Cuba mengorek maksud kata-kata Asy tadi. "Maksud kau...Asya cintakan aku?" 

Bersinar-sinar bola mata Eshal mengutarakan tekaan hatinya. Segera pandangan ditumpu ke arah Asy mengharapkan jawapan daripada lelaki yang paling rapat dengan Asya selama ini.

Asy senyum nipis sebagai jawapan pada pertanyaan Eshal. Tidak membalas apa-apa lagi, Asy bingkas bangun dari sofa mengorak langkah menuju ke arah ruang meja makan. Dia melihat Cik Munah baru sahaja selesai menghidangkan makanan di atas meja makan. Sengaja dibiarkan Eshal termangu seorang diri. Biar lelaki itu fikirkan langkah seterusnya dengan rasa matang sedikit.

'Betul ke? Ishh! Tak percayalah aku kalau Asya cintakan aku. Selalu layan aku macam kawan je. Mana ada istimewa. Tapi...Asy tu adik Asya. Mestilah dia kenal hati Asya macam mana.' Hati Eshal berbelah bahagi dan berbolak-balik. Kata-kata Asy mengacaukan fikirannya yang sedia berserabut.

Tiba-tiba, telefon pintar Eshal berbunyi tanda ada mesej masuk. Eshal mengalihkan pandangan mata ke arah atas meja kayu jati berukir unik yang terdapat di tengah-tengah ruang tamu itu. Dengan malas Eshal mencapai telefon pintarnya dan melihat kotak mesej di skrin. 

MY DEAR
Eshal, aku singgah pergi kedai kejap.
Ada barang aku nak beli.
Kau makanlah tengahari dulu.
Jangan tunggu aku. ✔✔

Eshal menghembus nafas lembut. Terungkai sedikit keserabutan di kepala. Lirikan mata Eshal terarah ke ruang meja makan. Kelihatan Asy sudah mengambil tempat duduk di kerusi meja makan. Langsung tiada selera hendak mengisi perut, Eshal bangkit lalu mengatur langkah kaki ke arah tangga.

"Eh, Eshal. Kau tak nak makan?" Soal Asy melihat Eshal sudah memanjat tangga. 

Eshal berhenti melangkah. Kepalanya ditundukkan sedikit menatap wajah Asy dari kejauhan. Dia menggeleng kecil. "Kau makanlah. Aku tak ada selera. Ah, kakak kau pergi singgah kedai kejap. Lepas ni dia balik lah tu. Tak payah risau. Aku naik atas dulu." 

Asy memerhatikan Eshal dari ruang makan sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan mata. Asy menghela nafas bebas. 'Haih..macam-macamlah, laki bini sama je. Memang sesuai sangat jadi suami isteri.'

Bersambung.

Aku ada di sini. Sentiasa di sini. Selamanya di sini. Tapi kau tidak pernah nampak. Kerana kau buta hati.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now