BAB 23 : Sudah Terang

243 30 8
                                    

"APA?!!"

Gamat di dalam kantin itu dengan teriakan tidak percaya. Kesemuanya dengan mata terbutang menumpu ke arah skrin televisyen. Kelihatan Asya sedang ketawa kecil. Seperti sedang mengejek mereka.

"Terkejut? Ya! Saya, Tengku Asya Rizqa binti Tengku Zariq. Kakak kandung Tengku Asy Raziq bin Tengku Zariq! Tak percaya?"

Seluruh pelajar tergamam. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Langsung tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Macam Asya sedang menceritakan sebuah kisah dongeng yang sukar dipercayai kewujudannya!

"Jadi..beritahu saya. Apa kejadahnya saya ada 'HUBUNGAN SULIT' dengan adik kandung saya sendiri? Come on lah.. Kita semua ni pelajar sekolah elit. Masing-masing ada akal bijak tapi kenapa macam tak ada? Kamu semua tuduh saya dan Asy tanpa bukti kukuh! Apa tak belajar hukum dalam makhamah ke?"

Kesemua orang diam tak berkutik. Merelakan diri diherdik. Memang patut pun. Siapa suruh tuduh orang tanpa usul periksa? Memang kenalah!

Mikhyala, Nisa, Nuri dan Shasha masing-masing merenung Asy dengan renungan mematikan. Asy teguk air liur macam dia pula yang bersalah. Walhal, rancangan hendak merahsiakan benda ini adalah dari Asya. Kenapa aku pulak yang kena hadap renungan diorang ni?

"Anda semua boleh didenda dan dipenjara kerana melakukan satu jenahan fitnah Kanun Keseksaan. Anda semua akan dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Anda semua nak ke saya buat report di atas kesalahan memfitnah tanpa usul periksa dan mencemarkan reputasi seseorang?"

Kecut perut semua orang mendengar ujaran Asya yang panjang lebar. Hebat betul perempuan ni! Hukum makhamah pun dia boleh ingat dengan jelas? Apa ada cita-cita nak jadi peguam ke apa?

Asy menepuk dahi. Dah mulalah akak ni nak ceramah. Tapi akak bijak jugak. Guna nama hukum makhamah untuk takutkan diorang. Habis terdiam diorang semua. Padan muka!

"Kalaulah anda semua tak kisah tentang hukum makhamah, tak apa. Kita cakap pulak tentang hukum Islam. Hukuman menfitnah orang? Anda semua rasa apa hukumannya?"

Para pelajar Sekolah High Star bagai pesalah masing-masing menunduk memandang lantai. Mendengar butir bicara tegas Asya tanpa bantahan.

"Kalau diikutkan kitab yang saya baca, tiada namanya Syurga untuk sang penyebar fitnah. Kalau dah rasa tak ada namanya Syurga, dekat mana lagi tempat orang yang menyebar fitnah di akhirat kelak?"

"Saya tak nak banyak cakap. Anda semua manusia-manusia bertuah dikurniakan akal fikiran sihat dan mampu berfikir dengan baik. Terpulanglah nak gunakan akal itu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Saya di sini sekadar hendak membersihkan nama saya dan adik saya, Asy. Saya bukan nak buat ceramah percuma di sini. Nasihat saya, cepat-cepatlah bertaubat. Jalan taubat masih terbuka."

Eshal tersengih. Mak aih Asya. Sempat lagi kau menyindir ramai orang dekat sini? Dasyat betullah..

"Dan untuk Asy, akak mintak maaf. Sebab akak degil, kau yang kena tanggung semua ni. Tapi sekarang ni kau tahu kan..mana peminat yang betul-betul setia dan percaya pada kau serta mana yang tidak. Kau dah dapat bezakan mata 'kaca' dan 'permata' kan?"

Yang 'kaca' tersentap mendengar ujaran Asya. Jelas sangat yang Asya sedang menyindir diri mereka yang dahulunya bangga menggelarkan diri sebagai peminat setia Asy Raziq. Namun sekarang saat Asy dipijak publik, mereka juga turut tokok tambahkan. Itu ke namanya peminat setia?

Asy mengangguk. Terharunya rasa hatinya kini.

"Jadi, tolong berhenti menyebar video-video karut tu! Anda semua tahu apa sebab Asy bela saya sekarang kan? Baik berhenti menyebar video yang bukan-bukan kalau tak nak masuk perjara! Siapa yang masih tegar komen yang bukan-bukan di Instagram, saya akan pastikan kita berjumpa di makhamah. Jangan cabar saya! Assalamualaikum."

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now