KEESOKAN paginya, Eshal dengan malasnya yang tidak terhingga menyarung stoking hitam di dua belah kakinya. Terpisat-pisat kelopak matanya yang kuyu dek rasa lelahnya berjaga mengira bintang semalaman.
Hari itu, nak atau tidak dia kena juga memunculkan diri di sekolah. Kalau tidak, pasti papanya akan bising sampai telinga lelaki itu bengkak tidak dapat menahan penangan dasyatnya bebelan papa. Pasal bebelan dan pertanyaan bertalu-talu dari The HBoys dan kawan-kawan Asya belum diambil kira lagi. Aih, fikirkan aje dah buat pening dah.
Selesai memakai stoking, Eshal yang memang sejak azali malas bersarapan sekiranya tidak diajak lantas menghilangkan diri dari dalam rumah banglo itu menuju ke arah keretanya selepas selesai mengunci pintu utama rumah. Selang beberapa saat seusai enjin jereta dihidupkan, tanpa tunggu lama lagi Eshal terus memecut meninggalkan perkarangan rumah banglo luas tapi sepi itu.
'Hari ni Asy yang kena jaga Asya. Asyad pulak, entah datang ke tak dia ke sekolah tu? Ishh, lupa pulak nak cakap dengan dia. Ah, tak apalah. Dia pun penat urus jenazah arwah ibu malam semalam. Ponteng sehari lagi tak kan masuk dalam rekod hitam kan?'
Eshal berbisik sendiri di dalam hati sambil memandu keretanya melepasi lampu isyarat demi lampu isyarat lagi. Jalan ketika itu agak lenggang dan sepi. Yalah, mana tidak sepinya sebab baru pukul enam lebih. Eshal tergerak terlalu awal pagi tu.
'Asya..aku minta maaf sebab tak dapat nak tunggu kau bangun baru nak tanam jenazah arwah ibu. Kau mesti marah aku kan? Doktor cakap, kau tak akan bangun masa terdekat ni, jadi aku dan Asyad decide nak kuburkan jenazah arwah ibu pagi tadi jugak. Kau..tak kan marah aku kan?'
Riak wajah Eshal berubah murung teringatkan hal menyedihkan yang bakal diketahui Asya apbila dia sedar nanti. Fikirnya, mesti gadis itu akan kecewa tidak dapat menatap wajah arwah ibu buat kali terakhir sebelum dikuburkan.
Skretttt...!!
Tiba-tiba, Eshal mendadak memberhentikan keretanya di tepi jalan. Lelaki itu ganas menumbuk-numbuk stereng kereta mahalnya melepaskan rasa kesal yang meluap-luap. Entah kesal pada diri sendiri atau keadaan, dia pun tidak pasti. Yang dia tahu, dia tak boleh fokus memandu selagi rasa kesalnya tidak dilampiaskan.
"Arghhh!! Serabutnya aku! Sial betul lah!"
Alih-alih, stereng keretanya yang tidak bersalah pula menjadi mangsa pelampiasan amarah Eshal. Habis segala caci makian dilontarkan menggambarkan rasa pedih yang membelenggu jiwanya. Merah padam wajah Eshal menahan marah dan rasa sebal yang bersarang, tidak habis-habis mempersoalkan di atas kejadian yang malang yang tidak henti-henti menimpa orang tersayangnya.
Eshal dengan nafasnya yang termengah-mengah bagaikan baru selepas dilanda ombak besar, dia terus menyandarkan badannya ke belakang. Beban yang membebani fikirannya sudah sarat. Dan ya, dia sudah tidak larat.
Sejak malam semalam, dia tidak dapat melelapkan mata seminit pun. Dan akhirnya dia bangkit dari katil dengan wajah kelelahan.
Semuanya gara-gara tidak mampu melupakan insiden kemalangan Asya petang semalam. Seperti terngiang-ngiang bunyi derasnya hujan bersama bunyi tubuh Asya dilanggar. Setiap kali ia bermain di kepala, Eshal tidak mampu mengawal sebaknya. Hatinya ikutan terluka, rasa sakit yang dirasakan itu kian menyeksanya.
"Ahh....ke, kenapa? Kenapalah aku bodoh sangat tak boleh selamatkan dia waktu tu? Kenapa...? Kenapa aku biar dia kena langgar..? Kau memang tak gunalah, Eshal!" Sekali lagi, stereng kereta yang tidak bersalah menjadi mangsa hentaman Eshal, jejaka yang dahulunya ego dan bermuka tebal, akhirnya tewas kerana cinta.
Ego.., apa guna lagi dipertahankan sekiranya separuh hatinya sudah terbang entah ke mana? Apa gunanya lagi terus memasang muka sombong dan ketat sekiranya si buah mati masih dihanyutkan arus mimpi?
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...