BAB 74 : Rehat

149 20 3
                                    

"OKEY, aku dengan Nisa pergi belikan makanan korang. And, Ayla. Tolong pegangkan bekal aku ni Ayla." Pintaku seraya menghulurkan beg kertas itu kepada Mikhayla. Mikhayla menyambut huluranku dengan wajah bingung.

"Aik? Kau dah ada bekal, yang kau nak beli makanan lagi tu apahal?" Soal Mikhayla kehairanan.

Aku tersengih sumbing. "Ni bukan bekal aku. Ini aku buat special untuk korang." Ucapku disertai nada suara bangga.

Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha saling berpandangan. "Kau buat apa?" Tanya keempat-empat gadis itu serentak. 

"Alahai..tengoklah sendiri. Dah tak ada mata ke nak tengok?" Dalam keadaan itu, sempat lagi aku memerli.

Mikhayla tersengih kala diperli. Terus dia menjadi orang pertama menyeluk di dalam beg kertas itu. "Woah..! Seriously? Kek coklat? OMG, aku dah lama sangat tak makan kek coklat. Thanks Sya! Kau ke yang buat ni?" Mikhayla teruja menilik bekas lutsinar berisi beberapa potong kek coklat.

"Akulah yang buat. Tak mainlah beli dekat kedai." Ucapku riak.

"Kau buat? Hei, kau jangan nak kelentong. Sejak bila kau ada masa nak buat kek? Semalam kau pingsan, takkanlah bangun-bangun pingsan terus nak buat kek?" Sangkal Shasha penuh curiga. 

Aku tersenyum menampakkan gigi. Kalau bukan disebabkan Eshal yang merajuk serupa budak kecil tu, memang tak wujudnya kek coklat tu depan korang sekarang. Nak buat macam mana? Dah takdir kata aku dapat suami mengada-ngada macam tu, hadap jelah. Eh, aku mengutuk suami dalam hati ni, dosa kira tak? Ah, lantaklah!

"Betul lah. Aku buat. Kalau korang tak percaya, tak apa. Lain kali aku letak signature aku dekat atas kek tu." Gurau aku disambut tawa keempat-empat gadis itu.

"Ermm..nampak sedap. Tak sabar aku nak rasa." Renungan mata Nisa tidak lepas dari memerhatikan lelehan kek coklat yang cair di dalam bekas kaca lutsinar itu. Aku ketawa lucu.

"Ye, ye. Sabar. Teman aku beli makanan dulu, baru rasa. Okey?" Aku mesra merangkul bahu Nisa merapati tubuhku.

Nisa memaparkan wajah hampa. Haih..tekak dah teringin. Ada pulak orang halang. Apa nak buat? Sabar jelah. "Ermm..okeylah. Tapi korang tiga kena janji, selagi aku tak habis beli makanan lagi, jangan nak gatal-gatal makan kek tu. Deal?" Kata Nisa menghulurkan jari kelingkingnya tanda mahu berjanji.

Nuri mengukir senyuman nakal. "O..key!" Balas gadis itu dengan lirikan mata nakal.

Nisa mendengus kasar. "Ri! Kau jangan nak mengada eh. Aku cakap jangan makan, that's mean jangan makan! Faham Bahasa Melayu tak?" Bagai sudah dapat menghidu niat nakal Nuri yang suka mencari pasal, segera Nisa memberi amaran. Siap dihala jari telunjuk, macam garang sangat!

Mikhayla dan Shasha ketawa terkekek-kekek melihat wajah Nisa yang kerut memarahi Nuri. Nuri pulak lagak seperti burung belatuk. Terangguk-angguk faham dengan wajah nakal. Sengaja nak tambah bengang di hati Nisa.

"Sa..kau ni bising tahu tak? Hang pi jelah beli makanan. Hal tempat duduk dengan kek ni, biaq cek settle. Mu toksah risau. La ni, aku nak mu pi beli makanan. Pi sana. Shuh!" Sampuk Shasha. Siap buat tangan gaya menghalau kucing.

Aku spontan ketawa mendengar longhat utagha pekat Shasha. "Shasha, longhat utagha hang makin bagus lah. Tak nak ajar kami ka?" Balasku sengaja dipekatkan loghat utagha.

Shasha memasang wajah cemberut. "Ha tengoklah tu. Sempat lagi usik kami." 

"Ha, dah, dah! Sebelum semua orang dekat sini bertukar jadi orang Kedah, baik kita pergi beli sekarang. Ha, Nuri. Tangan kau jangan nak panjang-panjang tangan eh usik kek tu. Kalau aku tahu, siap kau aku kerjakan." Nisa membuat gaya mengelar leher dengan wajah garang.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now