BAB 13 : Spaghetti Bolognese

261 34 0
                                    

SEBAIK sahaja butang hijau di skrin telefon pintar aku tekan, terus terhenjut bahu aku mendengar satu suara bernada jerkahan muncul.

"TENGKU ASYA RIZQA! Akak pergi mana? Kenapa tak jawab call Asy? Sengaja nak buat Asy risau ke apa? Akak dekat mana sekarang ni? Kenapa tiba-tiba keluar petang-petang? Pergi mana? Kenapa tak bagitahu Asy? Berapa kali Asy nak cakap kalau nak pergi mana-mana bagitahu pada Asy? Kau sibuk sangat ke sampai tak sempat nak angkat call Asy? Kenapa suka buat Asy risau..?"

The HBoys semuanya terbelalak biji mata mendengar jerkahan bertalu-talu dari dalam telefon pintas Asya. Terus terdiam mulut tak berani bersuara. 

Mak aih..suara Asy macam tengah rap pun ada bila cakap tadi. Mulut Eshal, Haff, Aqlan dan Zayyad bagai digam tidak berani bersuara bila mendengar suara Asy yang sudah menyinga.

Terpejam-pejam mata aku kala jerkahan kuat Asy dari dalam telefon mengena gegendang telinga. Takut-takut aku membuka mulut membalas. 

Asy kalau dah marah, lagi teruk daripada aku. Kalau aku marah boleh terbalikkan kantin sekolah, Asy marah pulak boleh terbalikkan satu sekolah.

"Alololo Asy adikku sayang... Janganlah marah. Akak tak pergi mana pun. Akak dekat sekolah ni. Kau janganlah risau sangat.." Perlahan aku menutur suara. Rasa dapat terbayangkan wajah bengis Asy di hadapan mata.

"Agaknya kalau Asy tak call tadi, akak ingat Asy dah mati agaknya!"

"Asy! Mulut tu dah lama tak kena lumur cili kan? Jangan cakap benda bukan-bukan boleh tak?" Kini, suara aku pulak memetir. 

Cakap pasal mati ni sensitif sikit pada aku. Kematian adalah kehilangan yang paling memeritkan. Kehilangan tok ma di atas muka bumi ini masih kian terasa sehingga kini. Peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila aku merintih merindukan pada dia yang telah tiada.

"Aku dah cakapkan..kalau nak pergi mana bagitahu aku. Selagi kau belum bersuami, kau kena bagitahu aku mana-mana je kau nak pergi. Kau buat apa dekat sekolah? Jangan kata akak pergi perpustakaan. Asy tak akan percaya."

Aku tersengih. "Ha..adalah. Tak  boleh bagitahu." 

"Asal pulak? Betul ke kau dekat sekolah? Ke dekat mana? Jangan tipulah kak..." Meleret suara Asy.

Aku pandang Eshal, Haff, Aqlan dan Zayyad dengan tatapan cemas. "Cuba kau kira sampai 100."

"Kenapa aku kena kira sampai 100?"

"Kira jelah."

"Yelah. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebe---" Butang merah di telefon terus aku tekan. Maka terputuslah panggilan. Jelingan tajam aku suruh tertuju ke arah Eshal.

"Kau nampak tak apa yang jadi kalau aku angkat? Sebab tu lah aku tak nak angkat. Ermm..Eshal. Latihan kau dah habis kan? Aku balik dulu eh?" Pinta aku penuh pengharapan. 

Ekoran mata aku melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Mak aih..dah masuk pukul 6 petang weih.. Patutlah Asy marah sangat.

Eshal senyum sinis melihat wajah Asya yang amat berharap padanya. 

'Cutenya... Kalaulah setiap hari dia buat muka macam ni, boleh kena kencing manis aku. Manis sangat!'

.

.

.

MASAM sahaja raut wajah aku sambil mendengar butiran bicara Chef Devan di hadapan dapur. Ketika itu adalah masa pelajaran di dapur iaitu belajar memasak. Masa pelajaran itu harus duduk berdua dengan pasangan yang dipilih sendiri. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now