"JADI kau dah faham kan apa yang jadi?"
Tiada balasan kedengaran.
Aku menghembus nafas perlahan. Lega sikit rasa dapat beritahu segalanya pada Eshal. Dari A sampa Z aku cerita dekat dia. Tak tertinggal walau satu huruf pun. Semua aku ceritakan.
"Faham. Jadi, apa pelan kau lepas ni?"
Mendengar soalan Eshal membuatkan ilham itu tiba-tiba menerjah kotak fikiranku. Aku tersenyum lebar. Mungkin sudah sampai masanya. Sudah tiba masa yang sesuai untuk bongkarkan segalanya!
"Eshal! Aku dah buat keputusan!" Tanpa sengaja, aku terjerit lagi.
"Tak payah menjeritlah bengap!" Marah Eshal di hujung panggilan. Boleh pecah gegendang telinganya kalau setiap hari mendengar jeritan Asya yang menyakitkan telinga. Kalau nak cakap pun, cakap jelah pelan-pelan. Macamlah aku ni pekak..
Aku tersengih sikit. Suka-suka hati dia je panggil aku bengap. Habis dia tu apa? Geramnya! Sempat aku mengomel Eshal di dalam hati. Malas nak omel dia depan-depan. Nanti sampai esok pagi pun tak habis kitorang bergaduh. Lagi-lagi dengan mulut puaka Eshal yang tak ada lesen. Memang boleh buat orang sakit hati!
"Yalah. Yalah. Aku ada idea cara nak berhentikan semua ni. Dan aku yakin 200% ia akan berkesan!" Kataku teruja. Sudah dapat bayangkan reaksi orang ramai nanti. Mesti semua sudah jadi beruk kalau dapat tahu kebenaran nanti.
"Apa idea kau?" Soal Eshal tertarik hendak mengetahui idea Asya. Walaupun perangai Asya kadangkala macam budak-budak, otak dia ni bergeliga. Pintar tapi tak pandai guna. Hahaha! Sempat lagi kau mengutuk Asya ya Eshal? Kenapa tak sempat pulak kan?
Aku senyum nakal. "Aku akan bagitahu kau. Tapi..aku perlukan pertolongan kau."
"Ha? Kau nak aku tolong apa?"
"Nak tolong ke tidak?"
"Cakaplah dulu kau nak aku tolong apa.."
"Tak nak! Kau cakap dulu yang kau nak tolong baru aku bagitahu rancangan aku." Ujarku sengaja membuatkan dia mengalah dengan aku. Kau selalu sangat menanglah Eshal! Apa kata bagi peluang pula untuk aku menang kali ini?
Eshal menghembus nafas lemah. Nampaknya..dia kena mengalah dengan Asya kali ni. "Okey. Aku akan tolong kau."
"Ha! Kan senang.. Okey. Rancangan aku macam ni..."
Bermulalah rancangan yang hanya diketahui kami berdua. Dan aku yakin rancangan ini akan berjalan dengan jayanya. Aku akan pastika mereka semua terlopong besar sambil melutut meminta maaf kepada aku dan Asy. Ini Tengku Asya Rizqa! Tak ada apa yang tak boleh dilakukan kalau ada usaha dan izin-Nya.
.
.
.
SUASANA rehat pada tengahari itu seperti biasa. Pelajar-pelajar sekolah elit itu masing-masing sedang mengenyangkan perut masing-masing. Kawasan kantin sudah mula dipenuhi pelajar-pelajar.
Kelihatan Asy seorang diri duduk di bangku hujung kantin dengan wajah muram. Dia mendongakkan wajah. Ada yang membuat wajah jengkel saat bertentang mata dengannya. Ada juga yang cepat-cepat larikan diri dari Asy. Ya..kesemua peminat Asu sudah disapu bersih. Semuanya percaya pada video itu. Ini ke namanya peminat?
Sebenarnya Asy bukannya marah akan Asya. Tetapi dia cuma sudah kehilangan mood untuk bercakap dan bergurau seperti biasa. Dari semalam, telefonnya tidak habis-habis dihujani pelbagai komen dan kecaman kejam di Instagram.
Ada komen yang mempercayainya namun lebih banyak lagi komen yang memaki-hamunnya. Asy bagai ditimpa batu berkali-kali. Berat tubuhnya untuk berdiri lagi. Sebelum ini, dia pasti akan dikerumuni para peminat jika waktu rehat. Tidak pernah lagi dia makan keseorangan. Tetapi kali ini dia makan berseorangan tanpa Asya di sisi. Untuk pertama kali.
'Ya Allah..mana kau kak? Kenapa tak masuk kantin lagi?' Sedari tadi dia menntikan kelibat Asya memasuki perkarang kantin namun bayangnya pun belum singgah lagi ke kantin. Hatinya diburu resah gelisah. Takut ada apa-apa jadi pada Asya. Takut perkara semalam berulang lagi.
Biarlah peminat aku semua nak lari atau nak kecam aku sekalipun, tapi aku tak benarkan mereka sentuh tubuh kakak aku walau sejentik. Kakak terlalu berharga buat aku. Dia adalah segala-galanya bagi aku.
Punggung Asy sudah tidak duduk diam. Kejap ke kanan dan kejap ke kiri. Mana tidaknya, kelihatan kawasan kantin sekolah elit itu sudah pun dipenuhi semua pelajar. Tetapi bayang Asya masih lagi belum kelihatan di pandangan matanya.
Baru sahaja dia mahu bangkit dari kerusi kayu itu, kedengaan derap kaki menghampirinya laju. Asy menoleh. "Haff? Kenapa?"
Tanpa menjawab soalan Asy, Haff pantas menarik lengan Asy memasuki ke dalam ruangan kantin. Asy terkebil-kebil apabila ditarik. Apa dia ingat aku ni anak patung ke nak tarik ke mana-mana? Dan akhirnya Haff membawa Asy di meja kantin yang betul-betul berkedudukan di tengah-tengah kantin.
Asy masih lagi terkebil-kebil lihat Mikhayla, Nuri, Nisa, Shasha dan The HBoys turut duduk di meja yang bersamaan. "Kenapa tarik aku ke sini?" Soal Asy memandang Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha. Keempat-empat gadis itu menjongketkan bahu. Mereka juga diheret duduk di meja itu. Meja yang paling dekat dengan kipas dan televisyen. Memang tempat yang dikejar-kejar para pelajar elit itu setiap kali waktu rehat.
Tetapi tadi mereka tengok meja itu kosong sebelumlah The HBoys menarik mereka duduk di meja itu bersamaan.
Asy menoleh ke arah Eshal pula. Lelaki itu beriak selamba sambil meneguk air 100plus agak rakus. "Aku tanya ni, kenapa bawa aku ke sini?" Tanya Asy bengang kala The HBoys mengacuhkannya.
"Kau tak boleh duduk je ke Asy? Jangan banyak bunyi boleh tak?" Balas Aqlan sedari tadi berdiam diri. Orang nak merasa mee goreng panas ni pun tak senang.
Asy diam. Dia masih lagi tidak berkutik. Dia sebenarnya tidak tahu hendak bereaksi apa apabila dipaksa duduk di situ tanpa sebab. Otaknya ligat berproses mencari-cari punca yang boleh dijadikan sebab logik mengapa mereka mengheretnya ke sini.
"Woi Asy! Boleh tak kau duduk? Tak guna pun kau berdiri macam tunggul dekat situ. Masalah tak akan selesai pun." Ujar Eshal menyentakkan Asy.
Dahi Asy berkerut. "Masalah apa yang tak akan selesai?"
.
.
.
CEPAT-CEPAT aku berlari menuju ke Bilik Wartawan dan Hiburan. Kemudian aku mengukir senyuman lebar. Dan aku percaya, langkah aku kali ini tidak sia-sia..
Bersambung.
Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya dan melupakan kebaikan yang dibuat pada orang lain.
-Cik Pena AS-
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...