BAB 28 : Merayu

213 29 1
                                    

TERTUNGGU-TUNGGU aku akan ketibaan Eshal di hadapan muka pintu kelas. Pelajar 5 Canggih yang lain sudah memandang aku aneh kerana sedari tadi menjadi penunggu tak berbayar di depan pintu kelas. Kehadiran Eshal amat aku berharap sangat ketika itu. Aku tak kisah kalau dia nak kata apa nanti, yang penting apa yang aku nak mesti dapat.

Terasa otot sendiku sudah mulai lenguh kerana berdiri terlalu lama. Namun semangatku hendak menunjukkan betapa aku bersungguh-sungguh hendak merayu kepadanya tidak pernah pudar. Aku tahu yang Eshal tidak pernah makan akan rayuan. Jadi akan aku pastika rayuan aku kali ini menjadi. 

"Asya. Dah, dahlah tu tunggu si Eshal tu. Dah dekat 30 minit kau berdiri dekat luar kelas ni. Tak lenguh ke kaki kau?" Tegur Shasha sudah lama memerhatikan kawannya itu dari dalam kelas. Dia menjadi wakil Mikhayla, Nisa dan Nuri untuk bercakap dengan Asya.

Aku mengukir senyuman tawar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa skru di lututku sudah longgar. Bagai hendak terjatuh mencium lantai simen. Namun aku tabahkan hati ini buat sekian kali. "Tak adalah. Aku ada hal penting sangat nak bagitahu dia ni. Penting sangat. Jadi aku kena bagitahu dia hari ni jugak." Terangku mendatar.

Shasha menggeleng kecil. Degil betullah kawan aku ni. "Okeylah. Lantak kau lah kan? Kaki kau. Pandai-pandailah kau jaga. Tapi nanti kalau lenguh, jangan nak mengadu kat kitorang eh." Ujar Shasha sudah mengalah hendak memujuk Asya untuk masuk kelas. Seraya itu dia terus memasuki kelas duduk di tempatnya.

Aku buat tidak endah kata-kata Shasha. Matlamat yang aku tuju sudah semakin hampir. Tidak akan ku sia-siakan masa 30 minit yang aku bazirkan deminya. Biar dia tahu betapa bersungguh-sungguhnya aku.

"Akak! Sebelum aku angkat kau masuk, baik kau pergi duduk tempat kau sekarang." Nyaring suara Asy menyentuh gegendang telingaku.

Terkejut bukan kepalangku melihat Asy tiba-tiba sahaja berada di sisiku dengan wajah bengisnya. Ha..ini mesti kerja diorang berempat ni. Sengaja suruh Asy pujuk aku masuk kelas. Tahu je diorang ni yang aku tak boleh lawan sangat dengan Asy ni. Bibirku dicebikkan geram.

"Uwerkk! Kau tu budak. Manalah kuat nak angkat aku kan?" Ejekku selamba. Lidahku sengaja dijuihkan memarakkan lagi api kegeramannya. 

Asy berdiri mencekak pinggang. Besar kecil sahaja melihat wajah selamba kakaknya di hadapan mata. "Budak? Kau tak nampak ke bisep aku ni? Ke kau buta?" Ujarnya sambil menunjukkan ke arah otot lengannya yang berketul-ketul sasa sekali. Namun di mataku, itu hanya kelihatan seperti sekeping tulang sahaja.

Bibirku dijuihkan. "Tak. Celah mana bisep kau? Aku tak nampak pun. Yang aku nampak hanya sekeping tulang yang langsung tak berisi." Penuh keselambaan aku menutur kata.

Semakin berapi-rapilah kegeraman Asy apabila diejek Asya bertalu-talu. Cemberut wajahnya menahan kegeraman. "Oh..sekeping tulang eh? Sini aku tunjuk dekat kau." Asy sudah berura-ura hendak mencempung tubuh Asya memasuki kelas.

Nasib aku pantas berundur ke belakang. Tetapi tiba-tiba sahaja aku rasakan yang aku terlanggar di dinding keras. Aku menoleh ke belakang. Terus aku meneguk air liur pahit. "Err..Hai? Selamat pagi." Kataku cuba berbasa-basi menutup malu terlanggar dada bidang Eshal tadi. Belum sempat aku hendak menjauhi tubuh itu, Asy lebih pantas menarik aku mendekatinya. Wajahnya masam memandang Eshal dengan renungan tajam.

"Err..Asy. Kau masuk kelas dulu. Ada benda aku nak cakap dengan Eshal." Kataku pada Asy mengharapkan Asy mengerti. Namun lelaki itu tidak mengerti sama sekali. Tetap memasang wajah cemberut dan merenung tajam Eshal seperti memiliki sebuah dendam yang terselirat.

"NO! Aku tak akan biarkan kau bercakap berdua dengan jantan ni." Ucap Asy tidak lari matanya daripada merenung Eshal.

Eshal hairan apabila bola mata Asy tajam merenung ke arahnya. Aku ada buat salah ke apa? Yang budak ni pandang macam nak telan aku ni kenapa?

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now