BAB 76 : Mengamuk

155 21 5
                                    

DINGIN di wajah Asyad tetap tidak berubah. Sehinggakan gadis berwajah cantik seperti barbie di sebelahnya pun langsung tidak dihiraukan. Tatapan matanya lebih tertarik memerhati sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang duduk di sebuah pondok. 

'Apa yang mereka bincangkan? Siap ada Falah dan Farhat sekali pulak tu. Buatnya diorang salah cakap, habis semua nanti.' Desis hati Asyad tidak tenang.

"Asyad..you tengok apa tu sampai I duduk sebelah you ni pun you buat tak tahu je. You tengok apa?" Suara liung-lentok manja yang dibuat-buat Elizabeth sedikit pun tidak menganggu fokus Asyad.

Elizabeth mendengus kasar kala ucapannya tidak dihiraukan. Dia ikut memandang tempat yang sama dipandang Asyad, jejaka berwajah tampan namun dingin sekali. Seraut wajah tampan itu kosong tanpa reaksi. Namun sepasang mata tajam itu seakan sudah dipaku pada satu arah yang lain.

"You..you pandang Asya ke?" Soal Elizabeth tidak percaya. Ditekup mulut yang hampir ternganga besar.

Asyad pandang Elizabeth. "Why? What's wrong? Salah ke aku tengok dia?" Balas Asyad dingin. Terus mengalihkan pandanganya dari menghadap wajah bertepek bedak tebal Elizabeth.

Terbeliak biji mata Elizabeth mendengar jawapan selamba Asyad. "Buat apa you pandang dia? Cuba you tengok tu. Kiri dan kanan dia penuh dengan jantan. You tahu tak, disebabkan perempuan jalang tulah, bestfriend I, Rissa balik Paris. Kesian I."

"BAM!"

Buku lima Asyad kuat menghentak meja kantin itu. Terhenjut bahu si gadis. Merah menahan malu kala dia menjadi perhatian seisi kantin yang membisu serta-merta mendengar bunyi hentakan kuat itu. Tak berdarah ke tangan tu?

"Siapa yang kau panggil jalang?" Perlahan namun jelas suara Asyad menyapa gegendang telinga Elizabeth.

Gadis berambut blonde itu terkelu. Lidah bagai dipaku. Terketar-ketar bibir dibuatnya menatap wajah garang Asyad laksana singa. Elizabeth tidak tahan ditenung sebegitu lantas membela diri.

"You tanya I, siapa yang I panggil jalang? I panggil 'kembar' you jalang. Is there any problem with that?" Berani Elizabeth melawan kata Asyad dengan nada suara mengendur. Tidak mahu menjadi perhatian di kantin itu.

Asyad mengetap bibir menghadap keberanian gadis berkacukan itu yang sengaja menguji kesabaran nipisnya. "Baik kau balik balik kata-kata kau, sebelum kau menyesal, Elizabeth."

Elizabeth tersenyum sinis. Senyuman yang penuh menyindir. "Kalau I tak nak, you nak buat apa? Besides, apa yang I cakap, semuanya betul. Tak ada satu pun salah. You tengoklah, dia dengan berapa orang lelaki sekarang? Tak cukup ke nak cop dia sebagai perempuan...'murah'? Mana boleh dibandingkan dengan I."

Berketar buku lima Asyad menahan sabar. Terumbang-ambing nafas Asyad di jurang rasa sabar. Kalau diikutkan amarah yang bermaharajalela, sudah bersepai gigi gadis cantik itu dibuatnya.

"Elizabeth. Aku tak kisah kau nak mengata sesiapapun dengan mulut longkang kau tu. Tapi BUKAN Asya. Betul cakap kau. Dia memang tak boleh dibandingkan, dengan perangai annoyed kau. Cukup-cukuplah mendengki, Elizabeth. Aku cukup muak hadap orang macam kau."

Tidak mampu membelasah gadis itu, Asyad sengaja membakar hati Elizabeth dengan kata-kata beracunnya. Kala itu, Asyad memang sudah tidak mampu menapis bahasanya lagi. Segala tata krama dilanggarnya macam angin sahaja.

"What? That's nonsense. Dengki? Apa yang dia ada, tapi I tak ada? The reality is, I'm prettier than her. So, tak ada apa yang I perlu dengki dengan dia. Plus, I lebih kaya daripada dia. Tak cukup ke?" Ucap Elizabeth beriak bangga diri seraya memeluk tubuh memandang Asyad dengan renungan penuh agresif.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now