BAB 47 : Terperangkap

166 23 4
                                    

KERUTAN di dahi Eshal semakin jelas kelihatan di wajahnya. Walaupun suasana malam itu begitu dingin suhunya, namun dahinya sudah dibasahi peluh menitis-nitis. Laju kakinya berjalan menggunakan tangga dek tidak sabar menunggu lift yang melambatkan niatnya menemui Asya di bilik hotel tingkat 6.

"Ha..ha...ha.." Eshal tercungap-cungap mengambil nafas sebaik sahaja kakinya selamat melangkah di tingkat 6 bangunan hotel mewah itu. Terus dia mencari-cari nombor bilik 98 seperti yang dikatakan Asya di dalam mesej.

"Ha! Itu dia!" Semangat Eshal berjalan ke arah pintu bilik yang tertera nombor 98 di muka pintunya. Terus dilupakan lelah selepas memanjat tangga dari tingkat lobi ke tingkat 6. 

Baru sahaja tangannya hendak mengetuk muka pintu,

"BUKK!"

Serta-merta kepalanya terasa berpinar-pinar akibat diketuk dari belakang oleh seseorang. Eshal cuba menguatkan diri, namun dia tewas. Eshal akhirnya rebah mencium lantai.

.

.

.

KEPALA ku terasa begitu perit. Aku cuba menguatkan diri membuka kelopak mata. Sesaat..aku masih tidak kuat. Terasa ada tangan yang melarang aku membuka kelopak mata. Namun semakin kuat rasa pening di kepalaku, semakin aku tegar hendak membuka kelopak mata. Akhirnya, kelopak mataku yang tadi berasa berat, boleh dibuka juga.

Tiada silau. Membuatkan aku terpekik kecil serta-merta. "AHH!!" Pantas aku bangkit dari pembaringanku. Aku sedang membuka kelopak mata namun apa yang aku nampak hanya...aku tak nampak apa-apa! Gelap gelita! Wayar-wayar di kepala otakku bagai gagal berfungsi. Saat itu, aku benar-benar ketakutan. Semuanya gelap-gelita. 

"Asy! Asy! Tolong akak Asy! Asy---!" Kerongkongku bagai tersekat. Terlalu takut. Fobia gelapku mulai menyelubungi diri. Biasanya jikalau aku berada di dalam kegelapan, hanya nama Asy yang aku panggil untuk membantu aku keluar dari dalam kegelapan. Bibirku menggeletar hebat. Tubuhku bergetar kuat.

Di dalam kegelapan, aku dapat rasakan yang aku sedang di atas katil. Tapi...ini bukan katil aku! Katil aku penuh dengan anak-anak patung lembut yang aku letakkan sebagai hiasan di atas katilku. Namun katil ini, kosong! Malah aku seperti dapat rasakan katil yang aku duduki ini bergerak. Tetapi bukan aku yang bergerak!

"Si..siapa?"

Aku dapat rasakan seseorang turun dari katil lalu berjalan ke arah lain. Soalanku dibiar sepi. Fikiranku berubah kacau sekacau-kacaunya. Berbagai gambaran bermain di kepalaku seperti wajah-wajah seram lagi mengerikan hantu-hantu yang selalu terpapar di dalam filem seram menambahkan lagi ketar di tubuhku.

Kelopak mataku terpejam rapat bagai sudah dikunci. Takut jikalau aku membuka mata, jelmaan lain pula yang menjadi jamahan pandangan mata. 

"Woi! Bukalah mata tu!"

Terkejutku bukan kepalang kala satu suara yang begitu tidak asing denganku. Serta-merta kelopak mataku terbuka luas. Ah! Keadaan tidak gelap lagi. Sudah terang benderang jelas begitu kontra dengan keadaan yang gelap gelita seperti tadi. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Ini bukan bilik aku!

"E...Eshal. Aku dekat mana ni?" Soalku di dalam kebingungan memandang ke arah Eshal yang baru sahaja mengetik suis lampu di tepi pintu. Fikiranku dilanda kebingungan. Apa yang aku buat dekat sini? Dekat mana ni? Kenapa aku dengan Eshal boleh di ada di dalam ruangan yang sama? 

Aku melihat diri sendiri. Fuih..nasib baik baju kurungku masih tersarung kemas di tubuh. Tudung pun tidak lari dari atas kepala. Aku menghembus nafas lega. Pantas aku turun dari atas katil. Kelihatan Eshal tajam menatapku dengan sebuah renungan yang sukar aku rungkaikan.

"Hei! Kau dengar tak aku tanya apa ni?"

Keningku berkerut kehairanan. Kenapa Eshal pandang aku macam tu? Macam mana kitorang kita boleh di dalam satu bilik yang sama? Dan aku rasa kami sekarang berada di dalam sebuah bilik hotel! Macam mana aku boleh ada di sini? Bukankah tadi aku tengah nak letak sampah dekat bilik kebun mama? Dan kemudian aku..

"Kau ke yang pengsankan aku?" Jari telunjuk runcingku dihalakan ke arah Eshal. 

Sekadar serkap jarang walaupun aku tak berapa yakin Eshal yang buat aku macam ni. Sempat aku mengerling ke arah kaki kanannya, masih lagi berbalut. Dia sepatutnya masih lagi terlantar di atas katil saat ini. Ah! Kepala aku serabut! Macam-macam sedang bermain di kepalaku sekarang ni!

Eshal menjongketkan kening sebelahnya seperti kehairanan mendengar pertanyaan yang diajukan aku. "What? Jap, kau dipengsankan?"

Eh, eh amat ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik pulak. Tapi reaksi dia nampak sangat dia terkejut. Bukan dialah kan? Aku harap begitu. 

"Aku..aku tak berapa ingat. Tapi apa yang aku ingat, time aku nak buang sampah, ada orang pengsankan aku. Then, aku tak tahu apa-apa." Terangku sambil memicit dahi. Cuba mengingati memori lebih lagi.

Eshal diam. Dia meraba-raba poketnya. Tiada. Mana pergi telefon aku ni? Eshal meliarkan pandangan mata mencari-cari telefon pintarnya di segenap ruang bilik hotel yang luas itu. 

"Kau cari apa?" Soalku perasaan bola mata Eshal meliar seolah-olah sedang mencari sesuatu.

"Aku cari, telefon aku. Kau nampak?" Balasnya tidak memandangku.

"Manalah aku nampak. Kejap. Kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Macam mana aku boleh aku dekat sini? Dekat mana ni? Dan..bukan kau sepatutnya dekat rumah kau ke sekarang ni? Kaki kau tu belum baik sepenuhnya. Kalau makin teruk macam mana? Kau ni memang degil lah Eshal." Celotehku gaya emak-emak.

Eshal mencebik. 'Aku abaikan kaki aku sebab risaukan kau tahu tak! Jadi kalau kaki aku makin teruk, aku salahkan kau Asya!' Bisik hati Eshal menahan rasa.

"Nanti aku jawab semua soalan kau tu. Sekarang bukan masa kau jadi wartawan. Baik kau tolong aku cari telefon aku. Telefon kau ada tak?"

Mendengar pertanyaan lelaki itu, spontan aku menyeluk ke dalam poket baju kurungku. Keningku bertut rapat serta-merta. "Tak ada!" Balasku segera menyelongkar bawah bantal katil, bawah cadar katil sehinggakan di bawah katil pun aku lihat.

"Jumpa!" 

Aku memandang Eshal. Dia sedang tersenyum memegang dua telefon pintar yang pastinya salah satu darinya adalah telefon pintar milikku. Senyuman di bibirku makin lebar. Pantas aku mendekati lelaki itu.

"Mana kau jumpa?" Tanyaku menyambut huluran darinya.

Dia senyum nipis. "Aku carilah.. Soalan apalah kau ni."

Aku tersengih mendengar balasan loyar buruknya. Belum sempat bibirku hendak meluahkan kata balasan, ketukan pintu dari arah luar bilik yang kami duduki itu melumpuhkan lidahku. Aku pandang Eshal dan Eshal pandang aku. Pandangan kami saling bertembung. Bagai dapat merasakan satu benda yang buruk bagai berlaku sekiranya kami membuka pintu itu kala itu.

Eshal cuba meringankan tangannya memulas tombol pintu. Pintu pun akhirnya terbuka. Dan seterusnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu ketika itu aku mahu rebah ke lantai.

"Kami dari JAIZ. Kami mendapat laporan bahawa dua orang bukan mahram sedang berduaan di dalam sebuah bilik. Sila ikut kami ke balai."

APA?

Bersambung.

Jangan minta diringankan ujian, tetapi dikuatkan iman.

-AisyNana-

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now