BAB 93 : Anugerah Terindah

159 16 9
                                    

TANGAN Asy hinggap di atas bahuku. Sentuhannya terasa lembut dan dingin sekali. Aku berpaling menatapnya dengan sepasang pandangan mata yang redup. Wajah tenang Asy ketika itu kelihatan mendung dan kelam. Namun bibirnya masih setia mengukir senyum padaku.

"Tak apa. Asyad tak suka Asy dekat sini. Asy boleh balik. Tak ada apa yang perlu ditanyakan lagi. Semua dah jelas. Asy tak nak keruhkan keadaan. I will go." Ucap Asy seraya berdiri tegak lagak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku. Wajahnya tenang seakan air di sungai. Ketenangannya sehingga mampu menipuku dengan sekilas pandang.

"Are you okay, Asy?" Soalku menahan dia melangkah pergi.

Asy senyum nipis. "I'm okay. But how about you? Macam mana akak bila tahu semua ni? Akak..salahkan Asy?"

Aku senyum hambar. Rambutnya aku elus kasar. "Kenapa akak kena salahkan Asy? Sekarang ni bukan masanya untuk akak cari salah siapa atau angkara siapa. We're victims. Now, akak cuma nak tumpu pada ibu. Asy doakan ibu akak cepat bangun eh?" Ujarku menyimpul senyuman polos. Sedaya-upaya menyembunyikan gelora yang bergelodak di dadaku. 

Jangan biar Asy tahu. Cukup gelora ini ditanggung aku. Aku tak perlukan orang lain untuk berkongsi beban. Aku sudah puas menjadi beban. Jadi aku tak akan sesekali, biar diri aku sendiri memberi beban pada orang lain. 

Asy diam. Matanya melirik ke arah ibu yang masih belum sedarkan diri. "Asy tak sangka satu hari nanti kita akan ada ibu dan mama masing-masing. But..it's okay. Your mother, my mother too, right?" Ucap Asy di dalam nada tenang.

Hatiku sakit serta-merta. Kelopak mataku sudah banjir dipenuhi dengan butiran jernih. "Sure. Thanks Asy." Bisikku perlahan sambil mengesat air mata kasar.

Eshal mengukir senyum senget melihat senyuman manis yang tersimpul pada bibir Asya. Riak wajah itu jelas-jelas ingin menangis, tetapi bibir merah itu tetap degil tersenyum manis seolah-olah tiada apa yang berlaku.

'Asya, kadang-kadangkan, kau kena ada ruang untuk diri sendiri luahkan rasa apa yang kau rasa sebenarnya.'



.


.


.


SEHARIAN menghabiskan masa di hospital, langsung tak terasa olehku. Hidup aku pada hari itu seakan begitu suram. Berasa seperti menunggu saat dihukum gantung rasanya. Pandang kiri, nampak dinding. Begitu juga bila aku pandang kanan. Tak kira kanan atau kiri, aku telah dihadang oleh objek yang sama. Berasa begitu terpenjara.

Ibu macam tu juga. Masih tidak sedar. Tiada menunjukkan tanda seperti dia mahu bangun lagi. Melihat wajah tenang tetapi mendung itu bernafas, hatiku sakit meronta-ronta mengharapkan dia bangun lagi. Hanya rindu yang menjerat hatiku pada saat ini.

Eshal pulang ke rumah sekejap untuk mandi dan mengambil segala keperluan. Baik pula hati lelaki itu hendak membantu aku. Habis semua benda ni nanti, tahulah aku nak berterima kasih macam mana. 

Dia pun ada bagitahu aku yang mummy dan daddy tahu pasal benda ni. Diorang pun tak terlalu mendesak. Daripada cerita Eshal tadi, mummy dan daddy macam tak tahu apa-apa pasal ibu. Bijak betul papa dan mama sorokkan kewujudan ibu dan Asyad daripada aku dan media. Langsung tak terhidu sesiapa, nekad sungguh mereka ingin memisahkan kami.

Sanggup bawa aku jauh-jauh semata-mata nak aku terkubur dari dalam memori Asyad. Tidak tahu hendak marah atau kesal, dah tak guna pun membenci. Penyakit kanser ibu tak akan sembuh walaupun aku menangis air mata darah sekalipun. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now