TAJAM pandangan Eshal menusuk bola mataku. Meremang seluruh bulu tubuhku. Pantas aku melarikan lirikan mata daripada menjadi mangsa pandangan tajamnya.
Suasana di dalam Coffea Coffe tidak begitu riuh dek kerana jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Kelihatan Puan Elina sedang khusyuk memesan minuman di kaunter.
'Bila lah aunty nak habis order? Aku dah seram sangat berdua je dengan si Eshal ni..' Gumam aku di dalam hati.
Takut-takut hujung mataku melirik ke arah Eshal. Ah, lelaki itu masih setia merenung aku macam nak baham.
"Apa lagi yang kau sembunyikan?"
Kepala aku menoleh ke arahnya. Kelat rasanya senyuman yang terukir di bibirku. "Apa yang aku sembunyikan? Aku mana ada sembunyikan apa-apa." Balas aku cuba berdalih.
Jelas sangat yang aku cuba menutup kebenaran yang sudah terbongkar. Sekali lagi renungan tajam Eshal memanah kalbu ku.
"Lepas sorokkan yang kau dan Asy adik beradik, pasal kau Pelajar 6 Bintang pulak. Apa lagi benda yang masih kau sembunyikan?" Dingin nada suara Eshal kedengaran di telinga aku.
Bibir aku diketap menahan geram.
Tangan aku memeluk tubuh. Tubuh disandarkan pada kerusi. "Itu semua hak aku nak sembunyikan apapun. Sekarang ni aku cuma nak minta kerjasama kau dan kawan-kawan kau untuk simpan rahsia ni. Apa susah sangat?"
Terjegil biji mata Eshal mendengar balasan selamba daripada Asya. "Kalau aku tak nak?"
Pantas aku memalingkan wajah merenung bola mata indah Eshal. Wajahnya selamba sengaja memanaskan hati aku. Dia ni sengaja nak cabar aku ke apa? "Apa masalah kau sebenarnya Eshal? Aku tak kacau kau jadi kau tak payahlah kacau aku. Susah sangat ke nak tutup mulut?"
Lelaki itu kekal beriak tenang. Bibir merah lelaki itu menguntum senyuman sinis. Seolah-olah sengaja memarakkan lagi api kegeraman aku yang semakin menyala-nyala.
Merah tapak tangan aku akibat digenggam terlalu lama. Perasaan geram benar-benar membukit di dalam hatiku kini. Wajah sinis Eshal sungguh mencabar aku.
"Kau sengaja nak cabar aku kan?" Soalku dengan nada yang tertahan-tahan. Kalau aku tak tahan nada suara waktu itu, pasti dah kena tengking dah budak Eshal ni.
Hai..sabarlah wahai hati menghadap lelaki yang cuma ada rupa namun akal tak ada!
"Aku tak kata apa-apapun?" Balas Eshal sinis sambil mengangkat bahunya serentak.
Hanya Tuhan sahaja yang tau betapa aku nak sangat luku-luku kepala insan bernama Eshal ni. Kalau tak difikirkan yang dia ni anak orang, dah lama kena dah budak ni.
Nafas aku sudah menderu laju. Perlahan-lahan aku menghembus nafas sebelum membalas Eshal.
"Jadi aku mohon sangat pada kau Eshal. Tolong simpan rahsia ni. Sampai masa nanti, aku sendiri yang akan bongkarkan." Jelas aku perlahan. Kini, nada suara aku tidak lagi meninggi. Lebih kepada nada merayu meminta.
Aku benar-benar mengharapkan rahsia ini akan dijaga sehingga tiba pada masanya nanti. Tidak dapat aku bayangkan apa yang bakal berlaku jikalau rahsia ini terbongkar. Silap-silap, wajah aku akan terpampang di dalam bilik mesyuarat Hiburan dan Berita sebagai berita sensasi.
Eshal masih lagi memasang senyuman lebar. Geli hatinya melihat wajah Asya yang bersungguh-sungguh merayu kepadanya. Terusik juga hati dia melihat Asya yang kelihatan benar-benar berharap kepadanya.
'Alahai..comelnya perempuan ni bila merayu pada aku. Tak macam selalu. Menyinga je muka dia bila cakap dengan aku.'
Kening aku sudah berkerut-kerut kehairanan melihat wajah Eshal yang tersenyum-senyum. Berangan ke apa budak ni? Ishh..aku bukan main cakap berjela merayu memohon dekat dia, dia boleh berangan? Sabar jelah!
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...