"KAU pergi."
"Aku yang suruh kau pergi dulu, kau nak suruh aku pergi pulak?"
"Aku cakap kau pergi, Eshal."
"Aku cakap, aku tak nak."
"E..Eshal--!"
Asyad sudah kehilangan kata-kata melawan Eshal yang keras kepala. Semakin pening kepalanya berhadapan dengan lelaki bermulut racun itu. Ada sahaja idea dan cara Eshal untuk menyakitkan hatinya. Dia sungguh tidak tahan dengan perangai manusia seorang ini!
"Kenapa? Dah habis modal?" Cabar Eshal sengaja membakar api amarah Asyad berganda-ganda lagi. Suka benar melihat jejaka berwajah persis Asya itu merah akibat manahan marah terhadapnya!
"Eshal, berhenti jadi budak-budak. Biar aku je yang jaga Qaqa malam ni!" Tegas Asyad enggan beralah, bertetap teguh pada keputusannya tidak mahu berganjak.
"Ah tak ada, tak ada. Qaqa kau tu isteri aku. Biar akulah yang jaga. Kau dah dua hari ponteng sekolah. Apa ingat sekolah tu hotel? Boleh masuk dan pergi sesuka hati?" Bidas Eshal lagi sambil menayangkan senyuman sinisnya.
Api amarah Asyad membara-bara panasnya. Sehinggakan dirinya sendiri terasa bahang hangatnya. Besar kecil sahaja ditenung wajah penuh selamba Eshal mengarahkan dirinya.
"Ah..Asyad. Apa kata kau dengar je kata Eshal tu? Bagilah dia peluang untuk jaga isteri dia pulak. Kalau asyik kau je yang jaga, buat apa diorang kahwin?" Celah Asy cuba mententeramkan keadaan, meredakan api amarah Asyad sekaligus menyelamatkan diri sendirinya juga.
Asyad sekadar menjeling. Wajahnya yang dingin bertambah masam.
"Ha, yang tu aku tak soal lagi. Macam mana diorang dua ni boleh kahwin? Jangan cakap sebab kena tangkap basah. Kena korang dua ekor ni karang." Ujar Asyad serius sambil menyilang tangannya ke dada gaya penuh mendominasi.
Tatapan mata helangnya sudah mula beraksi.
Eshal dan Asy memandang sesama sendiri. Masing-masing memainkan isyarat mata yang hanya mereka sendiri fahami.
"Kenapa diam?" Soal Asyad melihat Eshal dan Asy langsung tidak bereaksi menjawab pertanyaannya tadi. Hatinya kian makin curiga, rasa ingin tahu kian makin bertimpa-timpa.
Eshal diam menggigit bibir. Asy bersiul kecil melarikan anak mata. Masing-masing tidak mahu mengaku yang telahan Asyad itu tepat mengena!
.
.
.
2 : 2 3 A . M .
ERAT Eshal menggenggam tangan Asya seakan-akan tidak mahu lepas walau sesaat. Nafas jejaka itu berburu kencang serta keringat yang mengalir di dahinya dibiarkan jatuh ke lantai.
Menggigil-gigil tubuhnya bukan kerana kesejukan dek dinginnya malam itu tetapi akibat ngerinya mimpi yang baru dialaminya tadi.
"Asya... Apa kau dah buat dekat aku? Apa yang kau dah buat sampai aku takut sangat kehilangan kau?" Bergetar suara Eshal merintih seperti anak kecil meminta pertolongan.
Genggaman tangannya semakin erat sehingga tangan Asya naik berkeringat.
"Hei..sampai bila kau nak tidur?" Sambung Eshal lagi. Soalannya dibalas dengan bunyi mesin pendetak jantung yang masih lagi bernyala.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...