BAB 88 : Benci

162 23 1
                                    

"PLEASE memorize all the formulas that I taught you before I ask you back. I gave you all 30 minutes. It starts now."

Arahan Sir Ghani dilakukan dengan patuh. Tiada seorang pun yang berani membantah dan membangkang. Silap hari bulan, pasti akan di senarai hitam dalam catatan sekolah.

Seketika kelas 5 Canggih sunyi memandangkan kesemua pelajar begitu tekun mematuhi arahan Sir Ghani berkepala botak itu. Shasha memandang ke arah Sir Ghani bagi memastikan sesi gosipnya tidak akan ketahui. Selepas mendapat lampu hijau, sepantas kilat di langit terus berdas-das soalan keluar dari mulutnya ke arah Asy.

"Weih Asy. Apahal akak kau tak datang? Asya sakit ke? Sakit apa? Ada sesiapa jaga dia tak? Teruk ke dia sakit? Kenapa kau tak jaga dia?"

Nasib tidak tercampak pen dari tangan. Asy hanya mampu membeliakkan biji matanya mendengar soalan bertimpa-timpa daripada Si Ratu Gosip. 

Mikhayla yang mendengar pun seperti mahu cekik sahaja leher si cantik itu apatah lagi Asy yang terasa mahu luku-luku kepada kawan kepada kakaknya itu.

"Ishh, mulut kau ni memang tak makan saman kan? Baru beberapa saat cikgu bagi arahan, kau dah buat ragam kau eh? Dah hafal ke belum formula yang cikgu suruh hafal tu?" Berkerut-kerut dahi Asy menempelak si gadis. Pen di tangan dilayangkan ke udara ke sana dan ke sini.

Shasha membuat rolling eyes. Kata-kata Asy ibarat mencurah air pada daun keladi sahaja. "Tak pernah lagi aku dengar ada syarikat saman untuk mulut. Ah, tu tolak tepi. Sekarang ni aku nak tahu, Asya sakit apa sampai doktor bagi MC? Kau adik dia, takkan tak tahu?"

"Dah aku cakap, aku tak tahu. Aku tak tahulah!" Dengus Asy geram dengan perangai keras kepala Shasha. Memang padan sangat gelaran Ratu Gosip itu padanya. 

"Temberang. Takkanlah kau tak tahu kakak kau sendiri sakit apa?" Ucap Shasha masih tidak berputus asa menggali khabar si kawan baik. 

Buat sekian kali Asy menghembus nafas panjang. "Aku tak tahu. Okey? Kalau kau nak tahu sangat, tanyalah dia sendiri." Balas Asy bernada kesal. 

Hatinya sedikit berkecil hati mengapa Asya tidak mengejutkannya tengah malam tadi untuk membawa dia ke klinik. Sekurang-kurangnya, bagitahulah dia. Ini tidak, pagi-pagi bangun sahaja lihat sepasang suami isteri itu sudah tiada di rumah. 

Eshal pula balik ke rumah semata-mata nak ambil baju dan serah surat MC kakaknya yang sakit.

Saat itu, hatinya agak remuk. Selama ini, Asya selalu mengandalkan pertolongannya di dalam apa jua bentuk situasi. Tetapi kini apabila dia sudah bersuami, Asy tak dapat menipu diri sendiri yang dia berasa dipinggirkan serta-merta. Semua perhatian Asya ditumpukan pada Eshal.

Hanya Tuhan sahaja tahu pedih hatinya melihat kesungguhan Asya berulang kali membuat adunan kek coklat semata-mata untuk Eshal yang merajuk. Sedangkan dia?

"Kau okey Asy?" Soal Mikhayla perasan akan perubahan riak wajah Asy yang mengendur perlahan-lahan. Raut wajah tenang itu berubah keruh.

Asy pandang Mikhayla yang duduk selang satu meja darinya. Dia mengangguk perlahan. "Aku okey. Cuma rasa..sakit sikit je." Tutur Asy perlahan. Hanya dia yang dengar. Kerana hatinya sahaja yang merasainya.




.



.



.



𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now