ASYAD menutup pintu biliknya rapat. Malam itu terasa begitu dingin sehingga memaksanya memakai sweater sebagai pengawal suhu badan. Tanpa ragu-ragu, terus dimatikan suis air-corn yang menambahkan lagi dingin suhu di dalam biliknya.
Satu keluhan lemah dilepaskan bebas. Asyad mencampakkan majalah fesyennya di tepi katil. Kepalanya direbahkan di atas bantal empuk. Fikirannya mula menerawang teringatkan perbualannya dengan seseorang yang menggugat misinya.
Flashback~
Langkah Asyad terhenti serta-merta apabila susuk wanita berbaju kurung menghalang jalannya menuju ke belakang blok sekolah. Terus mati rasa bengangnya yang baru bertengkar dengan Elizabeth. Bibirnya seakan-akan dihempap batu bertan-tan beratnya, dia tidak mampu meletuskan sebarang kata.
Wanita itu juga sama. Kelihatan kelu dan terkejut melihat Asyad di hadapan mata. Sesungguhnya, ia adalah sebuah perjumpaan yang langsung tidak disangka-sangka!
"Te..Tengku Asyad?" Ucap wanita itu meminta kepastian dari perasaan kelirunya.
Asyad tidak tersenyum walau sekejap. Menjawab soalan wanita itu seperti sama sahaja menggagalkan misinya. Namun dia sudah tidak boleh elak. Terlalu jelas saat ini. Mana ada alasan yang boleh menutup kebenarannya saat ini.
Kepala Asyad mengangguk sekali.
Anggukan Asyad membuat wanita itu terperanjat sehingga spontan dia beristigfar. "Astagrullah! Asyad? Tak--tak mungkin. Macam mana Asyad boleh ada dekat sini? Mak long ingat kamu..." Sharifah Asyrina terus mati kata. Wajah dingin di hadapannya benar-benar berbeza dengan wajah polos 12 tahun lalu!
Asyad mengukir senyum sinis. "Apa yang tak mungkin? Terkejut? Terkejut yang saya ada dekat sini? Puan Sharifah Asyrina?" Soal Asyad di dalam nada memerli. Panas hatinya melihat reaksi wanita itu. Hatinya terasa bagai dikoyak-koyakkan kala teringat memori hitam itu.
Sharifah Asyrina kelu! Tengku Asyad yang dia kenal sudah lama terkubur!
"Kamu... Asya dah tahu?" Soalnya teragak-agak.
Asyad diam. "Belum. Tapi dia bakal tahu."
"Jangan Asyad! Jangan kamu lupa perjanjian di antara papa kamu dan ibu kamu! Buruk padahnya nanti. Baik kamu cepat-cepat pergi jauh dari sini sebelum papa kamu balik dari Mekah. Mak long tak yakin apa yang bakal terjadi lepas ni." Terang Sharifah Asyrina bersungguh-sungguh. Dia tidak akan benarkan ketakutan terbesarnya terjadi.
Asyad mengetap bibir geram. "Itu, bukan urusan puan. Kalau nyawa saya jadi galang ganti sekalipun, saya rela. Asalkan dia tak dibodohkan lagi oleh papa dan MAMA dia tu. Rasanya dah cukup tempoh 12 tahun ni. Saya sendiri akan tamatkan segala drama ni." Tentang Asyad di dalam nada nekad.
"Kamu jangan sekali-kali berani Asyad. Jangan fikirkan ego kamu seorang je. Orang lain akan terima tempias disebabkan kamu. Mak long tak nak semua tu terjadi, Asyad. Tolonglah. Pergi. Pergi jauh dari sini dan jangan pernah muncul lagi." Suara Sharifah Asyrina sudah mula bertegas. Budak ini nampak begitu nekad! Ia bermakna, tragedi akan berlaku lepas ni.
Senyuman sinis Asyad terus mati. Nafasnya berderu laju serta-merta.
"Ego saya? Puan patut cakap benda ni pada adik kesayangan puan! Bukan dengan saya. Persetankan semua perjanjian tu. Saya dah datang sini. Saya tak akan pergi selagi saya tak dapat apa yang saya nak." Tutur Asyad tegas.
Nafas Sharifah Asyrina terasa sesak. Keputusan yang dibuat Asyad benar-benar di luar batasan. Ia mungkin akan mendatangkan keretakan di dalam hidup gadis tanpa dosa itu. Biarlah semuanya ditutup dan tidak pernah diselongkar kembali. Namun kedatangan lelaki ini sama sahaja seperti menyelongkarkan segala apa yang cuba ditutup selama ini.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...