BAB 31 : Tidak Lupa

214 27 0
                                    

KESEMUA orang yang ada di dalam dewan perhimpunan itu menjadi pemerhati di antara Asya dan Dato' Sri Hafiey, seorang artis lagenda yang terkenal dengan mulutnya yang pedas berlada. Yang menjadi sebab Asya tidak mahu menyanyi di atas pentas lagi. Kata-katanya yang tajam adalah sebabnya membuatkan semangat Asya merundum jatuh ke tanah.

"Ya? Dato' Sri panggil saya?" Ucapku seolah-olah tidak mengerti tatapan matanya yang tajam bagai sedang cuba mengecam diriku. Terus mataku dan dia saling bertatapan seolah-olah sedang menyampaikan sesuatu yang tidak kesampaian.

Dato' Sri Hafiey menguntum senyuman sinis mendengar ucapan yang lahir dri bibir Asya. "Tengku Asya. Peserta yang menarik diri di minggu ketiga bukan?"

Masakan dia lupa tentang budak yang pernah ditengking, dikritik dan disindir pedas di hadapan orang ramai. Patutlah sewaktu pertama kali menjamah wajah gadis itu, tampak begitu tidak asing lagi. Dia masih sama dan langsung tidak berubah walaupun 7 tahun telah pun berlalu. Cuma dia nampak sangat matang, tidak seperti ketika dia berumur 10 tahun dulu.

"Haa? Asya pernah jumpa Dato' P tu? Seriously?" Ujar Nuri tidak percaya siap ditampar pipinya perlahan-lahan. Bola matanya terbutang bulat dek bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Macam mana Asya boleh kenal dengan artis bermulut pedas seperti Dato' Sri Hafiey atau lebih digelar sebagai Dato' P bermaksud pedas.

Mikhayla sudah tergaru-garu kepala kehairanan. Nisa pula masih lagi diam tidak berkutik seakan-akan cuba menghadam segala kejadian yang berlaku di hadapan mata. Shasha sudah bagai orang mamai yang tidak tahu apa tertoleh ke kiri dan ke kanan mengharapkan seseorang menjelaskan apa yang sedang berlaku kepadanya.

"What? Can someone explain to me what's going on? Apa jadi ni? Macam mana Asya boleh kenal dengan Dato' P?" Ucap Zayyad meramas rambutnya kasar. Terbeliak biji matanya memandang Asya dan Dato' Sri Hafiey secara silih berganti. Kedua-dua orang itu saling embalas pandangan dengan suatu tatapan yang sukar ditafsirkan. Apa yang sedang berlaku?

Eshal duduk berpeluk tubuh. Keningnya berkerut rapat. Asya memang penuh dengan kejutan. Selepas licik merahsiakan hubungannya dengan Asy, kemudian menyorokkan pula bilangan bintangnya yang sebenar dan kini..? Agaknya, apakah kejutan yang kau akan berikan kepadaku buat selanjutnya?

Haff dan Aqlan mengangguk membenarkan kata-kata Zayyad. Terlalu rumit kisah ini dan mereka pasti, peristiwa pasti hari ini pasti akan menjadi carian panas nombor satu di media sosial!

"Kamu tak kenal saya Tengku Asya?" Soal Dato' Sri Hafiey sinis langsung tidak mempedulikan mata-mata flash Iphone yang merakam kata-katanya. 

Aku terketar-ketar sedikit. "Saya..saya tak faham apa yang Dato' Sri cuba cakapkan. Kita pernah berjumpa ke?" Kataku cuba berdalih. Rasa risau sudah mula menerpa diriku takut-takut kalau mulut pedas Dato' Sri Hafiey menyelongkar kembali peristiwa memalukan 7 tahun lepas. Peristiwa yang sudah aku cuba kambuskan ke dalam tanah namun kini bagai dikorek kembali.

"Oh? Jadi dialah Tengku Asya 7 tahun lalu kan? Patutlah kami rasa begitu tidak asing dengan namanya. Saya tidak sangka kita mempunyai kesempatan untuk bertemu lagi selepas kamu menghilangkan diri sebaik sahaja mengundurkan diri pada minggu ketiga." Kata Luqman Khaliss tersenyum lebar. Mana pernah dia lupa Asya, peserta yang mengudurkan diri di minggu ketiga dan telah mencetuskan kontrovosi hangat sejak kehilangannya.

Kala itu, aku hampir sahaja menepuk dahi tidak mampu berkata-kata. Sekarang ni, aku benar-benar mahu menyorokkan wajahku ke dalam tanah! Mengapa mereka perlu mengorek kisah yang hampir mendorong aku ke lembah derita? Tidak tahukah mereka yang aku merana selepas peristiwa itu berlaku?

Bibirku terasa lumpuh. Mahu tersenyum namun senyumanku terasa kelat. Adakah mereka mahu semua orang tahu kisah memalukan aku? Hatiku bagai disiat-siat tajam. 

"Sabar kak. Aku tahu kau kuat." Bisik Asy perlahan di telingaku membuatkan semangatku yang pudar kembali bercahaya. Amboi. Bukan tu lirik lagu Takkan Terlerai ke? Hehehe..tolong abaikan. Aku mengangguk tidak mahu menghampakan harapan Asy yang percayakan aku dari dulu lagi.

Asy senyum memberi semangat buat kakaknya. Dia tidak mahu kakaknya kembali terjurumus di dalam sarang derita lagi. Dia tidak mahu melihat kakaknya menderita lagi. Lagi?

Dato' Sri Hafiey kekal tajam merenung wajah bisu Asya. Kulit wajah gadis itu kelihatan begitu pucat tanpa secalit senyuman yang menjadi penyeri. Mengapa gadis ini tidak membalas?

"Apakah kamu sudah berputus asa di dalam bidang muzik? Saya rasa itu keputusan yang paling terbaik kamu buat di dalam hidup kamu. Baik kamu mengundurkan diri awal-awal jika tidak mahu ditendang keluar oleh kecaman netizen. Tak gitu Tengku Asya?"

Semua orang di dalam dewan perhimpunan itu tercengang mendengar luncuran kata-kata pedas dari mulut artis lagenda itu, Dato' Sri Hafiey. Apakah dia tidak takut dikecam netizen? Masakan tidak? Ada banyak mata-mata telefon pintar yang asyik merakam kata-katanya dari tadi. 

Hatiku bagai ditekan kuat. Kerongkong suaraku bagai tersekat dengan batu besar. Otot saraf lututku seperti gagal berfungsi. Aku hampir-hampir mahu rebah ke lantai. Nafasku berderu laju tidak teratur. Kata-kata sindiran Dato' Sri Hafiey begitu tajam melapah-lapah sekeping hatiku. Adakah dia tidak punya hati? Kenapa dia masih sama seperti dahulu? Bercakap tanpa memikirkan hati orang lain?

"Benar. Terima kasih Dato' Sri kerana sedarkan saya. Kata-kata Dato Sri telah menyedarkan saya dari lena yang begitu panjang. Disebabkan kata-kata Dato' Sri dahulu, saya buat keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia muzik. Benar kata Dato' Sri. Dunia muzik bukan dunia saya." Sayu nada suaraku berkata-kata.

"Ah! Sayangnya! Suara kamu boleh pergi jauh Tengku Asya. Cuma perlukan latihan vokal dengan jurulatih yang sesuai saja. Janganlah berputus asa." Sampuk Yana Johana tiba-tiba. Keningnya dikerutkan seakan-akan cuba memujuk Asya dengan kata-katanya memberikan semangat.

Aku senyum tawar. "Saya tak rasa begitu. Betul tak Dato' Sri?" Aku memutarkan pandanganku ke arah Dato' Dari Hafiey. Lelaki itu memandangku tajam sambil mengeluarkan satu aura yang menyeramkan. Kenapa dia macam..marah? Hatiku sudah berdesis tidak tentu arah. Tatapan tajam Dato' Sri Hafiey kelihatan penuh dengan amarah.

"Jangan jadi dungu Tengku Asya. Saya tak sampaikan kata-kata tu untuk menolak kamu keluar dari dunia muzik! Itu adalah kata-kata cabaran dari saya untuk kamu. Kenapa kamu menganggapnya serius?" Sedikit tinggi suara Dato' Sri Hafiey kedengaran di speaker.

Aku tergamam apabila dijerkah garang. Wajah Dato' Sri Hafiey berkerut garang menatap aku atas bawah. Aku menggeletar satu tubuh. Kata-kata cabaran? Benarkah? Kata-kata cabaran ke sekiranya itu mengundang kecaman-kecaman pedas para netizen ke arah ku? Dan akhirnya membawa aku ke sebuah daerah yang paling kelam aku pernah kunjungi? Kata-kata cabaran ke?

Bersambung.

Kadang, diam adalah sebuah kata-kata kesakitan yang lebih mudah difahami daripada terus berbicara sesuatu yang tidak akan mereka faham.

-Cik Pena AS-




𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now