LANGSUNG aku tidak pedulikan panggilan Eshal tadi. Aku biarkan sepi. Aku sudah tidak peduli dia mahu tengking atau marah aku. Kepalaku kembali menunduk memandang rumput hijau. Sebelum aku merasakan tubuhku melayang di udara.
Aku terkebil-kebil memerhatikan wajah bengis Eshal yang begitu dekat denganku.
"Eh, Eshal! Kau buat apa dengan kakak aku?" Kalut Asy melihat Asy mencimpung tubuh kecil Asya berjalan menuju ke kereta.
"Macam ni caranya nak layan orang degil!" Balas Eshal dengan nada kesal lantas membuka pintu kereta di tempat sebelah pemandu lalu meletakkan tubuh Asya kasar di atas seat kusyen kereta itu.
Aku tidak beraksi biar Eshal melakukanku kasar. Tiada mood mahu bergaduh ketika itu. Aku duduk tegak memandang ke hadapan. Memangnya dia rasa apa yang aku rasa sekarang ni?
Tidak! Dia tak rasakan sakit apa yang aku tanggung saat ini. Betapa sakitnya dihentam oleh semua orang di dunia.
"Eh, Eshal! Kau ni elok-eloklah sikit letak Asya tu. Dia tu anak orang tau. Bukan anak kucing yang kau boleh lempar-lempar. Anak kucing pun kau kena letak elok-elok. Ini kan pulak orang?" Tegur Haff tidak senang dengan kelakuan kasar Eshal terhadap Asya.
Gadis itu pula seperti mayat hidup tidak membalas apa-apa.
Mata Eshal mencerlung tajam terarah ke arah Haff. "Kau diam. Aku nak korang bertiga keluar kejap. Bagi aku cakap berdua dengan budak degil ni." Arah Eshal sambil matanya menjeling menatap wajah Asya yang masih keruh.
Haff, Aqlan dan Zayyad terpinga-pinga mendengar arahan Eshal. Wajah garang Eshal dan Asya dipandang mereka secara silih berganti. Niat mereka hendak membangkang namun apabila renungan tajam Eshal sekali lagi menjamah mata.
Cepat-cepat mereka bertiga berebut-rebut menghilangkan diri dari pandangan Eshal. Terus pintu kereta itu dihempas.
Eshal menghembus nafas melepaskan beban yang terbuku di dadanya. Dia melabuhkan punggungnya di tempat pemandu. Asya seperti objek pegun duduk tegak di sisinya. Eshal menggertak giginya geram dengan kebisuan yang ditonjolkan Asya.
"Boleh tak kau jangan jadi tunggul kayu?" Akhirnya Eshal beralah setelah hampir lemas di dalam kesepian yang dicipta Asya.
Dia jadi rimas duduk di sebelah orang bisu. Eh, bukan orang bisu. Tapi 'macam' orang bisu!
Aku tidak menjawab. Bibirku lemah tiada daya hendak mengeluarkan suara. Sedari tadi Eshal memperlakukan aku secara kasar pun sedikit pun aku tidak terkesan. Benar-benar macam mayat hidup yang tidak punya perasaan. Perasaanku bagai sudah mati dibawa insiden dahulu.
Eshal menggigit bibir bawahnya menahan rasa geram. Pertanyaannya dibalas dengan angin lalu sahaja. Eii..pantang betul dirinya apabila soalannya tidak berjawab. Eshal memalingkan kepalanya hendak menghadap wajah Asya.
Baru feel hendak menjerkah gadis itu agar bersuara. Biasanya Asya memang jenis tak boleh duduk diam apabila dijerkah. Eshal seperti sudah kenal sangat dengan Asya.
Tetapi baru sahaja terpandangkan raut wajah Asya yang suram buat sesaat, terus Eshal mati kata. Wajah pucat Asya kelihatan benar-benar seperti mayat hidup. Bola mata gadis itu tampak kosong dan langsung tidak mempunyai apa-apa yang terselirat di dalam dasar bola mata coklat itu.
Eshal akhirnya menghembus nafas bebas. Dia tahu masa itu, tiada guna pun sekiranya dia jerkah ataupun tengking gadis itu sampai terkeluar anak tekak sekalipun, Asya pasti tidak akan hiraukannya. Maka, dia perlu bertindak rasional dengan keadaan Asya yang tidak begitu menentu.
Kedengaran satu hembusan halus terletus dari bibir lelaki itu. Aku kekal membisu.
"Aku..aku tak tahu apa yang kau rasa. Aku pun tak ahu apa yang kau lalui selama ni." Eshal melembutkan nada bicaranya mahu mengambil hati gadis itu.
Aku terpegun seketika. Jarang sekali Eshal berbicara denganku dengan nada begitu lembut. Tiada terselit nada kekasaran. Sesekali bulu romaku berdiri tegak. Meremang mendengar perubahan nada bicara Eshal yang tiba-tiba.
"Tetapi aku tahu kau cukup kuat untuk melalui semua ini. Buktinya, kau dapat bertahan sampai ke hari ni. Kau tak rasa ke yang Tuhan tu nak tunjukkan sesuatu pada kau? Sesuatu yang tak dapat kau jangka. Kau tak rasa begitu?"
Aku diam. Kata-kata Eshal perlahan-lahan mengetuk pintu hatiku. Benarkah?
"Hujan akan turun bila tiba masanya. Daun pun akan gugur apabila dah layu daunnya. Bunga akan mekar bila sampai musimnya. Dan..bahagia akan datang jika sudah tepat waktunya nanti. Yang tu, kau kena ingat sampai kau mati."
Aku masih diam. Walaupun luarannya aku nampak tidak peduli, fikiranku brselirat memikirkan kata-kata yang diluah Eshal tadi. Aku mahu membalas namun suaraku gagal dikeluarkan.
Benarkah yang bahagia itu akan datang apabila sudah tiba waktunya nanti? Kenapa ia tidak kunjung tiba sehingga kini?
Eshal diam. Hatinya sudah tidak tahan bercakap sendirian dari tadi. Bercakap dengan tunggul lebih baik rasanya! "Ishh! Asya! Aku dah tak tahanlah cakap sorang-sorang dari tadi. Aku ni rasa macam cakap dengan stereng kereta ni tahu tak? Stress tahu tak!" Luah Eshal akhirnya sambil menghentak-hentak stereng keretanya menggambarkan perasaan yang dirasakan kini.
Tanpa aku sedar, bibirku tersenyum nipis. Akhirnya Eshal mengalah juga dengan perasaan lelaki itu yang tidak suka berbicara seorang diri.
.
"WEIH..aku risaulah dengan keadaan kakak aku berdua dengan Eshal tu. Buatnya Eshal lepuk kepala kakak aku tu nanti..macam mana?" Kata Asy tidak tenteram duduk di luar kereta bersama-sama dengan Haff, Aqlan dan Zayyad yang turut dihalau keluar dari dalam kereta itu.
Haff, Zayyad dan Aqlan saling berpandangan.
"Ishh kau ni Asy. Fikir bukan-bukanlah! Eshal tu tak akan pernah naik tangan dekat perempuan tau! Kitorang kenal dia. Setakat sekeh atau tunjal kepala tu, tak ada masalah lah." Bela Haff menyedapkan hatinya sendiri.
Hatinya turut tidak sedap melihat Eshal ganas menghentak-hentak stereng kereta. Nanti kang..kepala Asya pula yang dihentak-hentak.
Aqlan dan Zayyad mengangguk-angguk membenarkan kata-kata Haff. Mereka yakin Eshal masih punya fikiran yang waras dan tidak akan memukul anak dara orang sesuka hati. Segangster-gangster lelaki itu, dia tetap mempunyai hati.
.
"TERIMA kasih."
Spontan Eshal memalingkan kepalanya memandang Asya sebaik sahaja suara lembut itu menyentuh telinganya. Ha! Bercakap pun! Ingatkan suara dah hilang diambil perempuan sihir mana!
"Sebab?"
"Jadi pakar motivasi untuk aku hari ni?"
Eshal ketawa galak. Sejak bila pulak aku jadi pakar motivasi ni? Namun balasan kata-kata Asya menggeletek hati kecilnya. Aik? Dah hilang ke sendu di hati gadis ni? Cepatnya pergi? Macam air pasang surut. Ada pasang dan surutnya.
"Kalau kau nak aku jadi pakar motivasi kau buat selama-lamanya pun boleh." Kata Eshal dengan nada bergurau.
Aku terpana sekejap. Seketika aku tidak mampu mengeluarkan suara. Senyuman nakal yang terukir di bibir merah Eshal mencuit hatiku. Justeru aku ketawa kecil sehingga menampakkan sebaris gigiku yang kemas tersusun.
Hilang sudah mendung di hatiku tadi. Terlalu sekejap hanya dengan bersama dengan lelaki ini.
"Betul? Kang aku tuntut kata-kata kau tadi baru tahu.." Balasku bersahaja tidak mengambil serius kata-kata Eshal tadi. Aku terus ketawa ceria.
Seperti tiada isu yang baru berlaku tadi. Biarkan itu berlalu seperti angin yang hanya tumpang lalu. Tiada kepentingan pun jika diingat semula.
Eshal senyum nipis memerhatikan Asya ketawa di sisinya. Dia memusingkan kepalanya sekilas mengukir senyuman tawar.
'Ah, nampaknya aku betul-betul akan jadi pakar motivasi dia lepas ni..'
Bersambung.
Hanya orang yang paling mencintaimu,
yang mampu membunuhmu.-Bernard Batubara-
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...