BAB 4 : Kelas 5 Canggih

327 36 1
                                    

SESAMPAI sahaja aku ke hadapan kelas 5 Canggih, aku mengetuk pintu kelas itu. Gugup sedikit rasa hati melihat semua pandangan pelajar di dalam kelas itu tertumpu kepada aku. Namun aku buat tidak endah sahaja tatapan pelajar lain. Mata aku mencari kelibat guru di dalam kelas itu.

"Assalamualaikum."

Seorang cikgu muda tersenyum memandang aku. Dia berjalan mendekati aku. "Waalaikumussalam. ¿Hay algo en lo que pueda ayudar? (Ada apa yang saya boleh bantu?)"

Aku cuba mengawal riak terkejut aku. Mak aih..baru nak masuk kelas dah kena cakap Bahasa Spanish. Nasib baiklah aku ni faham sikit-sikit kalau tak...tak ke malu? 

"Soy un estudiante nuevo en esta clase. Esta carta es del Sr. Syafiq. (Saya pelajar baru dalam kelas ini. Surat ini dari Tuan Syafiq.)" Jawab aku sambil menghulurkan kertas yang dari tadi di dalam genggaman aku.

Cikgu itu menjongketkan kening kirinya. "¿Estudiante nuevo? (Pelajar baru?)"

Aku mengangguk. Cikgu itu membaca butiran yang ditulis Tengku Syafiq di atas kertas itu. Sementara cikgu itu membaca, aku melihat ke dalam kelas. Senyuman aku tiba-tiba terukir membalas senyuman Mikhayla. Alahai..sama kelas rupanya. Mikhayla kelihatan begitu teruja melihat aku.

"Kamu boleh cakap Bahasa Spanish?" Tanya cikgu itu meminta kepastian.

Aku mengangguk lagi. "Sikit-sikit." Balasku tersengih.

Cikgu itu mengangguk faham sebelum tersenyum. "Vamos a entrar en el aula (Mari masuk ke kelas.)" Ajak cikgu itu.

Aku mengekori langkah cikgu itu masuk ke dalam kelas. "Atención a todos. Este es un estudiante nuevo en nuestra clase. ¿Puedes presentarte? (Perhatian semua. Ini pelajar baru dalam kelas kita. Boleh awak perkenalkan diri awak?)"

Cikgu itu memandang aku.

Aku diam tidak bereaksi dek terlalu khusyuk memerhati dekorasi di dinding kelas itu yang benar-benar unik. Aku berdiri tegak memandang seisi kelas. Ada sekelompok perempuan yang sedang tersenyum sinis memandang aku. 

Kenapa senyuman dia orang ni nampak sangat sinis? Macam mengejek aku.

"Asya?"

Aku tersentak. Aku memandang cikgu itu dengan tatapan malu. Malu tak beri sepenuhnya perhatian pada kata-kata cikgu itu tadi. Baru sahaja aku mahu membuka mulut, satu suara sinis mengejek aku. 

"Ala cikgu. Dia kan budak baru. Manalah dia faham cikgu cakap apa tadi. Kan?" Seorang perempuan berambut lepas dengan nada sinis mengejek aku. 

Darah aku menggelegak. Amboi. Selambanya dia mengutuk orang.

"Diam Rissa! Saya tak suruh awak bercakap." Marah cikgu itu pada perempuan tadi.

Perempuan itu langsung tidak kisah dimarahi. Dia masih lagi dengan tatapan penuh dengan ejekan menatap aku. Ingin sekali kala itu penumbuk di tangan aku melayang ke wajahnya. Geramnya rasa hati ini!

"Asya, preséntate. (Perkenalkan diri awak.)" Ulang cikgu itu.

Aku mengangguk setelah faham soalan yang ditanyakan cikgu itu. Aku menoleh memandang seisi kelas. Dengan senyuman penuh keyakinan, aku memperkenalkan diri aku seperti yang disuruh cikgu itu.

"Hola. Assalamualaikum. Mi nombre es Tengku Asya Rizqa. Llámame Asya. Vengo de Johor. Espero que podamos ser amigos. (Hai. Assalamualaikum. Nama saya Tengku Asya Rizqa. Panggil saya Asya. Saya berasal dari Johor. Saya harap kita dapat berkawan.)"

Dapat aku lihat, kesemua orang dalam kelas itu seperti tergamam mendengar aku berbicara dalam Bahasa Spanish dengan lancar. Mata mereka membulat memandang aku dari atas sehingga bawah. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now