BAHANG cemburu Eshal sudah mencapai had nya. Sungguh hatinya tidak boleh bertahan lama melihat Asya dan Asyad bergurau senda sesama. Terasa ada tali serat bersaiz tebal menjerut lehernya. Punggungnya duduk terasa serba tidak kena.
Eshal cuba bersabar untuk kali terakhir. Dia cuba tidak memandang sepasang kembar itu bergurau sesama sendiri. Membayangkannya sahaja sudah cukup buat Eshal sakit hati tidak terperi. Apatah lagi nak tatap lama-lama?
Mata Eshal menatap wajah si ibu mertua yang tenang walau kedua kelopak matanya terpejam rapat. Eshal senyum senget tanpa sedar. Wajah ibu benar-benar mirip seperti Asya. Barulah dia tahu di mana datangnya wajah rupawan Asya.
Rupa-rupanya gadis itu berdarah campuran Arab. Tidak hairanlah mengapa Asya dikurniakan wajah begitu cantik menawan.
Apa yang paling ketara menonjolkan keindahan paras Asya adalah pada sepasang matanya. Gadis itu mempunyai mata yang begitu besar dan bercahaya. Dengan warna bola mata yang coklat bercampur hitam. Ditambah lagi dengan bulu mata tebal melekuk indah.
Benar-benar sebuah paras gadis yang sempurna!
Sedang Eshal mengelamun menyamakan kecantikan ibu mertuanya dengan Asya, dia tiba-tiba dilanda kejutan mendadak. Dengan jelas Eshal melihat kelopak mata ibu bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri. Eshal terkedu seketika.
"Asya, ibu!" Lantas Eshal memberitahu Asya. Dia pasti gadis itu akan menjadi orang paling bahagia saat itu. Itulah saat yang dinantikan lama.
Aku berhenti menggeletek tubuh Asyad. Segera aku mengangkat muka ke arah Eshal. "Why? Kenapa dengan ibu?" Aku bangun dari atas sofa berlari anak ke arah ibu.
"Kau rasa?"
Aku menggigit bibir geram. Aku tanya dia dulu, kenapa dia tanya aku balik? "Malaslah nak tanya kau lagi. Kenapa dengan ibu--" Kata-kataku terbantut serta-merta. Di depan mataku, aku melihat kelopak mata ibu bergerak-gerak. Aku menekup mulut tidak percaya.
Aku pandang Asyad dengan pandangan tidak percaya bercampur teruja. Eshal sekadar melemparkan senyum simpul. Tenang hatinya menatap senyuman manis Asya.
"Ibu? Ibu? Ibu dah bangun kan? Ibu!" Dadaku kembali sebak. Tubuh ibu aku dakap erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Tolonglah kali ini, ibu! Bangun! Bangun untuk Qaqa, ibu!
Deraian air mataku kembali mengalir perlahan-lahan. Tiada lagi susuk kuat yang selama ini aku cuba pertahankan. Persetankanlah ego aku sekarang ni. Yang aku tahu sekarang, aku nak ibu bangun. Pandang aku. Tolong..
Asyad tergamam melihat Asya kembali tersedu-sedan. Walhal baru beberapa saat tadi mereka bergelak ketawa. Jelas ketika itu yang Asya harapkan hanya kesedaran wanita yang bergelar ibu itu sahaja.
"Qaqa dah lah tu. Sesak ibu nanti. Kau sabar sikit eh? Lambat-laun, ibu bangun jugak tu. Insya-Allah." Pujuk Asyad menarik bahu Asya daripada terus-terusan memeluk tubuh kaku ibu. Takutnya wanita itu sesak pernafasannya akibat dipeluk begitu erat.
Aku tidak beranjak walau seinci. Kasar aku menepis tangan Asyad. "Tak nak! Aku nak tunggu ibu bangun." Kataku tetap memeluk erat tubuh ibu yang terbaring.
Asyad diam. Tidak mahu mendesak lagi. Dia hanya mampu melihat adik kembarnya menangis meratapi ibu yang masih belum sedarkan diri. Walhal baru tadi kami bertiga nampak kelopak mata ibu bergerak-gerak seakan-akan sudah sedar.
Tetapi nampaknya, kami sudah dihampakan dengan harapan palsu semata-mata.
Eshal mengusap lembut rambut Asya mengharapkan gadis itu bertenang. Terlalu banyak menangis tidak baik untuk dirinya. Bukan dia tidak sedih perihal apa yang menimpa ibu mertuanya, tetapi jika dia turut menangis, siapa yang nak memujuk?
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...