KEESOKAN paginya, aku dan Asy tiba awal di sekolah. Seawal pukul 6:13 pagi lagi aku dan Asy sudah terpacak di hadapan pagar Sekolah High Star. Sekolah masih kelihatan sunyi sepi. Kebanyakan pelajar masih lagi berada di asrama. Dekat mana asrama tu pun aku tak tahu sebab semalam Mikhayla, Nuri, Nisa, Shasha tak bawa pun aku keliling sekolah di atas sebab insiden aku bergaduh dengan Eshal semalam.
"Asy, akak masuk sekolah dulu tau. Kau tunggu kejap. Nanti bila akak dah jalan jauh baru kau masuk. Nanti kalau ada orang nampak, mati aku kena kecam dengan peminat kau." Sengaja aku memberi peringatan kepada Asy.
Asy membuat muka sebal. Bingit telinganya asyik diingatkan tentang perkara yang sama.
Aku terus memasuki ke dalam kawasan perkarangan Sekolah High Star sambil diperhaikan dari jauh oleh Asy. Bayu dingin pagi itu menyapa tubuh aku lembut. Udara pagi itu sangat segar dihirup. Kaki aku diatur melangkah menuju ke blok 'Bintang 5'.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam sebaik sahaja melangkah memasuki ke dalam kelas 5 Canggih. Aku tersenyum kecil melihat Mikhayla, Nuri, Shasha dan Nisa yang sudah tiba di dalam kelas. Awal dia orang datang. Mesti tengah adakan group gosip.
"Waalaikumussalam. Pagi, Asya!" Tegur Mikhayla senyum.
Aku menghampiri ke tempat meja aku lalu melabuhkan punggungku di atas kerusi. "So, buat apa ni? Gosip?" Ujar aku dengan nada bergurau.
Mereka ketawa kecil. "Apa je yang boleh kami buat pagi-pagi ni selain gosip? Lagi-lagi kalau berkumpul dengan Shasha ni, si ratu gosip." Usik Nisa sambil ketawa.
"Semua gosip Shasha tahu tau. Sampai gosip dekat Antartika pun dia tahu." Tokok Nuri pula. Mereka semua ketawa melihat wajah Shasha sudah cemberut.
"Ada-ada jelah korang ni. Dah korang yang ajak aku gosip. Aku join lah sekaki." Shasha meluahkan ketidakuashatiaannya.
Kami ketawa hingga kering gusi. Wajah Shasha memang tampak sangat comel dengan pipinya yang agak tembam. "Korang gosip pasal apa?" Tanya aku walaupun aku tidak beberapa minat dengan gosip. Tetapi jika hendak bergaul dengan dunia luar, nak atau tak nak kita kena juga biasakan diri dengan apa yang disukai orang luar.
"Pasal kau lah."
"Pasal aku? Kenapa dengan aku?" Soal aku hairan dengan kenyataan yang dilontarkan Nuri.
Mereka berbalas senyum. "Kau couple eh dengan Asy? Baik kau mengaku."
Mendengar kata-kata Mikhayla, barulah aku faham apa maksud mereka gosip pasal aku. Bibir aku mengukir senyum. Tatkala itu, ingin sahaja aku melepaskan ketawa. Aku faham yang mereka masih lagi dilanda tanda tanya. Tetapi aku tidak akan bongkarkan kebenaran selagi belum tiba masa yang sesuai. Lagipun, aku tidak mahu senang-senang meletakkan kepercayaan besar pada orang baru dikenali.
"Tak ada apa-apalah. Korang ni pun.. Jangan fikir yang merepek boleh tak? Aku tak akan couple dengan Asy tu. Lagipun, dia bukan taste aku." Sempat aku mengutuk sang adik. Aku ketawa kecil menyatakan perkara itu.
"Yelah tu. Tapi aku musykil lah. Kenapa Asy beria-ria back-up kau semalam waktu kau bergaduh dengan si Eshal tu?" Tanya Shasha pula. Masih tidak putus asa mengorek rahsia.
Aku senyum. 'Sebab aku kakak dia lah ngok.' Mahu sahaja aku jawab macam tu. Namun aku simpan je di dalam hati.
"Entah. Manalah aku tahu." Jawab aku bersahaja.
Di dalam kelas 5 Canggih masih lagi tiada pelajar lain yang hadir selain aku, Mikhayla, Nuri, Shasha dan Nisa. Jadi kami bebas bersembang kuat sekalipun. Sesekali kedengaran gelak tawa kami menghiburkan hati di suasana pagi yang dingin. Tiba-tiba hatiku diketuk kehairanan.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...