BAB 6 : Cari Pasal

300 36 3
                                    

"ADA apa-apa? Ada apa?" Aku berpura-pura tidak mengerti. Kening aku sengaja dijongketkan agar nampak lebih asli aku kehairanan.

"Kau orang couple eh?"

Aku dan Asy saling berpandangan. Soalan Mikhayla bermain-main di fikiran kami. Setelah beberapa detik tidak membalas, aku dan Asy tiba-tiba melepaskan tawa serentak. Galak kami ketawa geli hati dengan soalan dari Mikhayla tadi.

"Couple? Hahaha! Merepek betul lah kau orang ni. Ada cita-cita nak jadi badut sarkas tak?" Aku dan Asy terus-terusan ketawa. Sungguh. Ia adalah soalan yang paling lawak aku pernah dengar. Bagi aku, Asy selama-lamanya budak kecil. Even dia bukan adik aku sekalipun, Asy tetap akan jadi seorang adik di mata aku.

Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha memandang kami hairan. "Apa yang pelik sangat?" Soal Shasha tidak memahami situasi. 

"Tak ada apalah. Cuma rasa soalan tadi tu lawak. Okeylah. Jom kita pergi rehat sekarang. Hahaha..couple dengan Asy.. Lawak betul!" Aku ketawa lagi. Aku berjalan meninggalkan Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha masih lagi terpinga-pinga kehairanan.

"Asya! Tunggulah!" Jerit Nuri mengekori langkah Asya. Diikuti juga dengan Mikhayla, Nisa dan Shasha.

Asy mengukir senyum menampakkan sebaris giginya tersusun rapi. Couple dengan kakak sendiri? Nak tempah tiket ke neraka ke? Sedang Asy leka menyambung kembali nota yang dicatit, kedengaran bunyi bising dari luar kelasnya. Pantas dia mendongak memandang ke arah muka pintu.

Kala itu, dia beristigfar beberapa kali. Ada segerombolan perempuan yang berkumpul di depan muka pintu kelasnya. Mereka semua tersengih-sengih memandang Asy. Mahu sahaja waktu itu Asy menghalau kesemua perempuan-perempuan itu. Namun tidak mahu imejnya tercalar, dia kekal menghadiahkan senyuman tawar buat peminat-peminatnya.

"AHH!! Asy senyum pada aku lah!!"

"Mana ada! Dia senyum pada akulah!"

"Perasan! Jelas-jelas dia tengah pandang aku sekarang ni!"

Asy sekadar menggeleng mendengar pertelingkahan kecil di antara para peminatnya. Menjadi seorang yang terkenal ni bukan mudah. Di mana-mana pun imej kena jaga. Tak boleh salah sikit. Pasti akan dikecam dan diboikot habis!

.

.

.

AKU melihat kawasan kantin yang bersaiz sangat besar. Memang sesuai betul dengan status sekolah elit! Pelbagai menu yang dijual. Aku jadi rambang mata. Haruman makanan itu semerbak menerjah lubang hidung aku.

"Korang. Aku pergi beli makanan dulu eh. Perut aku dah berkeroncong teruk ni!" Kata aku pada Mikhayla, Nisa, Nuri dan Shasha yang sedang mencari tempat duduk untuk kami makan. Mereka mangangguk.

Dengan senang hati aku berjalan melintasi ratusan pelajar yang leka berborak sambil makan di meja kantin. Apabila aku sudah sampai di barisan di kaunter kantin, aku terus setia beratur dan menunggu giliran aku untuk membeli pula. Aku mengambil kesempatan ketika beratur itu untuk memerhati setiap sudut di kantin.

'Kemas. Cantik. Bersih.' Itulah tiga kata yang sesuai menggambar kantin Sekolah High Star.

Tiba-tiba aku perasan yang pelajar yang beatur di hadapan saya sudah melangkah ke hadapan, lekas kaki aku melangkah memenuhi temat kosong di barisan itu. Aku sungguh tidak sabar-sabar hendak membeli dan menjamu selera juadah yang dijual di kantin itu. Waktu aku tidak sadar yang dibelakang aku ada monster besar sedang berdiri, aku secara tidak sengaja 'tersiku' orang dibelakang aku.

"Aduh!" 

Satu suara kuat mengaduh di belakang aku serentak setelah aku membuat regangan otot tangan. Aku tergamam. Pantas aku menoleh kepala ke belakang. "Ma..maaf. Saya tak senga--" Aku terdiam.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now