KALAU salah injak, memang dah lama kaki Eshal bengkak akibat dipijak Asy. Masakan tidak, Asy keluar dari dalam bilik Asya dengan gaya menghentak-hentak kaki gaya mahu menghancurkan lantai tingkat dua itu.
Belum sempat hendak menegur, Asy sudah terlebih dahulu berjalan melepasinya kemudian pergi ke bilik sendiri. Eshal menghembus nafas halus.
'Haihh..apahal pula budak seekor ni? Tadi dia yang telefon kita suruh balik. Ni bila dah balik, dia buat de' pulak? Memang nak kena dia ni. Tunggu jelah nanti!'
Tanpa berfikir panjang, Eshal menolak daun pintu bilik Asya. Sempat dibetulkan riak wajah agar kelihatan garang. Dia masih belum melupakan momen terakhir kali dengan Asya petang tadi. Dia tak boleh mengaku kalah sekarang.
"KELUAR!"
Eshal kaget bukan kepalang. Mati terus langkahnya tatkala sebuah bantal entah berisi batu atau besi terkena tepat di wajahnya. Jejaka itu terkesima buat seketika.
"Asya--!"
Bibir Eshal lumpuh tidak semena-mena. Riak wajah yang berkerut masam itu dipandang dengan penuh tanda tanya. Rambut gadis itu serabai, bawah kantung mata indah itu sudah berubah gelap.
Sebuah keluhan kecil terletus di bibir lelaki itu. Diraup wajah yang serabut. Keadaan menjadi sunyi seketika. Masing-masing saling berlawan tatapan mata, bagaikan wujudnya isyarat mata di antara mereka.
"Gaduh dengan Asy?" Eshal memulakan perbualan. Kakinya berjalan menghampiri katil.
Aku diam sahaja. Malas sungguh nak menjawab soalan dia. Dahlah baru marah orang, sekarang ada hati nak kita layan dia bercakap? Kirim salamlah!
"Tak nak cakap?"
"Bukan kita tengah gaduh ke?"
Eshal sorok senyum simpulnya. Tahu rupanya!
"Memang pun. Tapi awak gaduh dengan Tengku Eshal. Bukannya dengan saya." Kata Eshal dengan senyum nakal terukir di bibirnya.
Aku menjeling sinis. "Habis awak tu bukan Tengku Eshal? Suka sangat cakap merepek." Sindir aku selamba, memalingkan wajah ke tempat lain.
"Nope. Sekarang saya bukan Tengku Eshal. But your motivational expert."
Aku diam. Apa mamat sewel ni cakap?
"So.. Mrs. Eshal, can I know your problem?" Eshal memaparkan raut wajah tenang. Pintar betul dia memainkan peran pentas tanpa skrip.
"What? Pakar motivasi? Awak nak saya gila ke?" Boleh lagi dia bergurau waktu ni, memang nak kena lelaki ni!
"Well..., izinkan saya jadi gila dulu sebelum awak?"
Aku terpana. Kelu lidahku hendak berkata-kata. Ayat dia ni kedengaran pelik, tapi kenapa aku rasa berbunga-bunga ni? Ahh! Damn..
"Haa..awak melalutlah lagi. Saya rasa awak lupa yang tangan kanan saya ni still boleh pakai. Ada yang berbekas muka awak tu nanti. Saya tengah marah ni." Balasku cepat-cepat menepis rasa ingin dibuai manisnya kata-kata lelaki itu.
Eshal senyum menampakkan gigi putihnya. Ahh..dia tak terkena.
"Asya, saya tak tahu apa yang jadi antara awak dengan budak Asy tu. Tapi saya yakin.., Asy tak buat awak marah pun. Cuma awak yang naik angin tiba-tiba kan?" Teka Eshal sambil tangannya ralit membetulkan huraian rambut serabai Asya.
Aku tersentap. "Apa? Saya naik angin tiba-tiba? Awak ingat saya gila ke nak naik angin tiba-tiba tanpa alasan?" Tidak sedar, aku melenting serta-merta. Menggelegak api amarahku mendengar tekaan Eshal yang pada aku langsung tidak munasabah.
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...