BAB 63 : Ada Salah

151 24 1
                                    

TANGANKU mengelap kasar peluh yang mengalir deras di dahi licinku. Nafasku berderu laju seolah-olah baru sahaja menghabiskan satu pusingan maraton. Hatiku berbunga-bunga di dalam masa yang sama tidak percaya aku berjaya sampai di tahap ini. Sungguh adalah sebuah pencapaian yang paling besar aku buat di dalam hidup.

Bibirku tidak pudar dari melebarkan senyum sehingga ke telinga. Bersinar-sinar bola mataku tidak alih dari menatap ke arah lain.

Tanganku sedikit menggeletar memegang sudu disuakan ke mulutku. Tatkala rasa manis itu sudah terasa di hujung lidahku, mataku terpejam menikmati kemanisan yang menari-nari di mulutku. 

"Ya Allah...sedapnya.." Bisikku sampai terpejam-pejam mata. Macamlah sedap sangat. Sempat lagi memuji diri sendiri walaupun memang itu hakikatnya.

Seketika apabila rasa itu sudah hilang ditelan tekak, aku membuka luas kelopak mata. Tersengih-sengih aku melihat potongan kek coklat moist dengan coklat cair yang meleleh di tepi. Ditabur pula dengan coklat rise sebagai hiasan. Memang menggiurkan!

"Ah, sabar, sabar. Kalau aku makan lagi sesudu, mesti tak sempat Eshal nak rasa. Silap-silap, semua kek ni habis dalam perut aku je." Gumam Asya sendirian menolak piring yang berisi sepotong kek coklat itu jauh dariku.

Aku memandang jam di dinding. Bola mataku terbutang serta-merta. "What? Impossible! Aku habiskan 3 jam dekat sini, semata-mata untuk siapkan sebuah kek ni?" Aku ternganga tidak percaya. Mataku silih berganti memandang jam dan kek yang sudah siap dibuat. Berbaloikah?

'Ah, lantaklah! Baik aku kemas dapur ni cepat. Lepas solat Asar, aku kena masak makan malam pula.' Tergopoh-gapahku menyimpan kek coklat itu ke dalam bekas kaca sebelum ia aku letakkan di dalam peti sejuk. 

Aku melangkah pula menuju ke singki yang dipenuhi dengan peralatan-peralatan membuat kek yang aku gunakan tadi. Setelah beberapa minit menghabiskan masa mengemas di dalam singki, aku beralih pula mengelap di atas meja di tengah-tengah dapur yang berselerak dengan serbuk koko dan ada pula tumpahan minyak jagung yang menambah lagi keselerakan.

Aku senyum nipis memandang keselerakan di hadapan mata. 'Aku rasa macam bodoh pun ada buat dapur selerak sampai macam ni sekali.. Asya..Asya..' Aku mentertawakan diri sendiri di dalam hati.

.

.

.

TEGANG raut wajah Eshal memandang muka pintu bilik yang tertutup rapat. Sedari tadi dia menunggu kehadiran susuk itu melepasi pintu itu. Tetapi akhirnya hanya kehampaan yang dia rasai.

'Haih..lamanya dia dekat luar tu. Dia buat apa? Nak tengok dia buat apa dekat luar tu tapi kerja sekolah ni makin menggunung pulak. Hish...geram betul lah..'

Eshal bingkas bangkit dari atas katil yang sudah berselerak dilanyak dari tengahari tadi. Tidak dihiraukan perutnya yang berkeroncong kuat. Bengkak di hatinya makin menjadi-jadi melihat kedatangan Asya yang ditunggunya tidak kunjung tiba sedari tadi. 

'Tak terdetik langsung ke dekat hati dia untuk pujuk aku? Ke memang aku ni langsung tak ada nilai dekat mata dia? Atau dia memang lupa yang aku ni suami dia? Suami sendiri merajuk pun tak reti nak pujuk?'

Bermacam-macam soalan berbunyi kekesalan berbisik di dalam hati kecilnya. Kakinya melangkah perlahan ke arah balkoni. Langit gelap yang mulai beranjak ke senja menjadi santapan mata. Kelihatan begitu suram langit senja ketika itu sama sahaja seperti suasana hatinya.

"Asya...perkahwinan ni sebuah kesalahan ke?" 

Lagak macam orang yang baru putus cinta, Eshal mengira burung-burung yang mengerbangkan sayap mereka bebas di langit tidak berpenghujung. Dan kesudahannya memang tiada jawapannya. 

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now