TETAP setia Eshal menanti jawapan dariku. Sedangkan aku? Kelu tidak mampu berkata apa-apa. Terkebil-kebil kelopak mataku menatapnya. Fikiranku ligat mencari alasan untuk mendalih topik perbualan, tetapi renungan tajam Eshal menujah tajam bola mataku membuatkan niat aku terbantut serta-merta.
"Boleh tak kau jangan ingatkan aku balik pasal apa yang aku cakap dengan Asyad? Aku tak nak ingat langsung pasal tu. Can't you just forget about it?" Wajahku mulai berkerut.
Aku sedaya upaya tak nak ingat lagi pasal tu tapi kenapa dia sengaja bangkitkan? Takkanlah aku nak bagitahu yang Asy bukan adik kandung aku? Aku pun tak boleh nak percaya apatah lagi dia?
"But why? Aku cuma nak tahu apa yang Asyad cakap sampai buat kau tertekan. Sampai buat kau pengsan. Salah ke aku nak tahu?" Desak Eshal semakin buat fikiranku sesak dihimpit.
Kepalaku menggeleng perlahan. "Just..forget it! Aku tak nak ingat atau ia akan buat aku makin tertekan. Tolonglah!"
Kepalaku mulai terasa berdenyut-denyut kala suara Asyad kembali terngiang-ngiang di telinga. Mataku terpejam rapat cuba menghalang suara itu dari mengusai fikiranku. Kalau Asy bukan adik kandung aku, maksudnya apa? Apa yang Asyad cuba sampaikan? Fikirkan sahaja cukup buat aku rasa nak pengsan lagi tahu tak!
Eshal termempan. Kepalanya menunduk memandang bawah. Nafas dihembus perlahan. "Okey.. I get it now."
Aku membuka kelopak mata menatap wajahnya yang menunduk. "You get it what?"
Eshal angkat kepala melihatku. Pandangannya yang redup namun tersembunyi luka yang dalam. Aku menanti kata-katanya. Tetapi, tanpa menjawab soalanku, dia lantas turun dari atas katil lalu mengatur langkah ke arah bilik air.
"I'm nothing in your life. And 'cause of that..kau tak nak bagitahu aku. I'm get it. Kau percayakan aku. Tapi at last, I'm still nothing in your life. I'm enough."
Akhirnya, bayang lelaki itu hilang di dalam bilik air. Hatiku tersentap serta-merta.
'Siapa kau dalam hidup aku..benda tu sangat penting ke untuk kau tahu?'
Aku memandang permukaan pintu bilik air dari kejauhan. Dadaku dihimpit rasa bersalah. Dia masih tertanya-tanya...dan aku tiada jawapan untuk setiap soalan yang diutara.
'Siapa kau dalam hidup aku?'
Ah! Aku tak ada jawapan untuk itu. Tapi apa yang aku pasti..
'You're not nothing in my life, Eshal.'
.
.
.
PINTU bilik Asy aku ketuk beberapa kali. Selang beberapa saat menunggu, pintu pun dibuka. Wajah Asy yang mamai terjengul keluar.
"Nak apa?' Soalnya di dalam keadaan mamai.
"Kau baru bangun tidur ke? Mentang-mentanglah mama dan papa tak ada, suka hati kau je nak tidur petang. Aku report dekat mama baru tahu." Sempat lagi aku mengugut.
Asy membuat wajah jelek. Rambutnya yang serabai bak sarang burung aku pandang sekilas. Haih..kalaulah fans dia nampak ni, confirm auto keluar dari group fans.
"Kau nak makan malam tak? Ke nak makan makanan tengahari tadi? Banyak lagi baki makanan. Bazir pulak kalau buang." Ujarku kepadanya.
Asy menggeleng kepala. "Tak apalah. Aku nak jaga badan. Mana boleh makan malam-malam." Balas Asy lagi.
Aku memandangnya jengkel. "Yalah tu. Cakap jelah kau nak sambung tidur. Apa susahnya?" Sindirku meletuskan ketawa kecil.
Asy tersengih saja. "Oh, ya. How about your cake? Jadi tak?"
YOU ARE READING
𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫
Romance[ K A R Y A P E R T A M A ] { C O M P L E TE } Start : 16/3/2021 End : 24/3/2022 Also known as Tundukkan Gangster Sekolah ───────── 『 S I N O P S I S 』 ───────── 🔓˚₊· ͟͟͞͞➳❥ 𝐒𝐊𝐈𝐙𝐎𝐅𝐑𝐄𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐬𝐲𝐚 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐥 ...