*Yoongi Pov*"Aku tau kau tak ada niat nak ceraikan dia"aku bersuara..
Taehyung.. Aku kenal dia.
Mesti ada sebab dia buat macam ni."Aku banyak salah kat dia.Aku tak cukup baik untuk dia"balas taehyung sambil menitiskan air mata.
Aku perlahan duduk disisinya.
"Kau yakin kau tak cukup baik untuk dia? "Soalku sambil menepuk bahunya..
Taehyung teresak-esak menganggukkan kepala nya.
"Seokjin.. Aku tau dia suka dirah.Aku baru sedar selama ni seokjin selalu ada disisi dirah bila aku tak ada.Bila aku dengar.... "Ucapan taehyung terhenti tatkala namjoon dengan tiba-tiba menerjah wad itu.
"Puas hati kau???!! Puas??! "Bentak namjoon ..
"Namjoon sabar jangan marah-marah macam ni.. "Pujuk ku.
"Macam mana aku tak marah.. Kalau perangai dia ni tak pernah berubah.Aku tak nak lah ada adik macam kau ni.. Menyusahkan.. Baik kau pergi ikut lisa tu mati!!!!! "Jeritnya kepada taehyung.
Aku terbangun melihat namjoon..
Taehyung hanya diam tidak mampu berkata-kata lagi..
"Kau....."baru sahaja aku nak membebel namjoon sudah pun keluar.
Aku melihat kearah taehyung..
Dia seakan terkejut..
Air mata nya kembali menitis."Abaikan apa yang namjoon cakap, kau tunggu sini. Biar aku cari dia"ujarku lalu keluar mencari keberadaan namjoon.
Namjoon tak sepatutnya berkata begitu.
Aku kembali teringat akan kata-kata taehyung akan seokjin.
Kelibat namjoon duduk di taman terus ku terjah..
"Kau.... Kau tak patut cakap macam tu dekat dia.Dia baru je sedar joon"marahku..
Namjoon seolah-olah tidak dengar akan omongan ku.
"Kau tak terfikir ke,yg kata-kata kau tu buat dia sedih. "Smbungku lagi.
"Habis dia buat bini dia tu boleh pulak "balasnya sambil menjeling aku.
"Jangan guna kemarahan kau.. Guna otak..Dia tu masih tak sihat. "Keluhku.
"Aku tau taehyung tak nak buat keputusan tu.. Dia tak fikir dengan betul. Dia sayangkan dirah, sebab tu dia nak dirah bahagia dengan orang lain..Dia rasa dia tak layak untuk bahgiakan dirah lagi.."kataku sambil memandang namjoon.
"Kau sebagai Abg dia,Slowtalk dgn dia. Kawan-kawan kita semua dah benci tae.. Kau pun senang-senang je cakap macam tu.. Dia tak ada siapa lagi nak luahkan perasaan namjoon.. Tolong lah fikir."sambungku lagi.
"Tapi dirah.. Macam mana dengan dia.. "Namjoon memandang ku sedih..
Aku menepuk bahunya..
"Bincang elok-elok dengan taehyung. Aku rasa dia akan dengar cakap kau."ujarku yakin.
"Hmmm baiklah "setuju namjoon.
.................................................................
*Dirah Pov*
Otak ku asyik mengingat kembali apa yang taehyung katakan tadi..
Apa dia sudah tidak sayangkan aku?
Hatiku sakit untuk sekian kalinya.
"Dirah... "Panggil seokjin perlahan..
Yang muncul bersama nadia ,yumi dan Hana..