BAB 60

11 0 0
                                    


*Seminggu Kemudian*

*Seokjin Pov*

Aku termenung memandang yoongi dan ho seok yang sibuk melayan customer..

Sambil itu aku meminum hot coklat buatan yoongi perlahan..

Tenang rasanya.. Tapi tak setenang hati aku.

Aku tak tenang.

"Pecah cermin tingkap aku kalau kau tenung lama-lama "bersuara yoongi di hadapan ku..

Aku menjeling dia..

Setakat cermin tingkap ni je pun, aku mampu lah beli lah..

"Tak payah nak mengutuk aku"ujar yoongi lagi.

"Ehh mana ada.. Kau ni suka tuduh aku"balasku..

Yoongi memandang aku sinis.

"Aku kenal kau bukan semalam.. Dah bertahun. Luar dalam diri kau semua aku tahu"ujarnya..

"Whatever.. Aku malas nak bergaduh dengan kau"jeling ku lalu menyambung kegiatan ku memandng suasana luar cafe yoongi..

"Nanti yang lain datang,jadi jangan nak termenung je."pesan yoongi..

Aku mengeluh...

Aku tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa sekarang..

"Aku cakap bukan nak pandang pun.. Aku tahu ar aku tak handsome macam kau.. Atleast hargai lah aku"ujar yoongi seakan merajuk dengan ku.

Aku memandang mukanya..

Tahu pun aku handsome..

"Muka kau hodoh tak ada masa aku nak pandang "ujar ku..

Terus yoongi berlalu meninggalkan meja ini..

Merajuk lah tu..

Ingat aku ada masa nak pujuk...

Baik aku layan perasaan aku..

Setitik demi setitik air hujan turun..

Hmmmmmm..

'I miss you'

.................................................................

*Ho seok Pov*

"Dah kenapa tu.. Tak habis lagi ke? "Soalku ke yoongi sambil memandang seokjin yang sedang termenung di hujung cafe ini..

"Entah.. Menyakitkan hati aku je.Makin lama makin geram aku dengan dia tu"keluh yoongi..

"Kau kena faham...lama-lama nanti dia okay lah tu"pujukku

"Ye aku faham, bukan dia seorang je.. Kita semua.hmmm.. "Sedih yoongi..

"Wassup.. Asal sedih-sedih ni.. "Muncul namjoon, jungkook dan jimin.

"Tu cuba tengok....tu dh macam hilang bini.. "Tunjuk jimin kepada namjoon.

"Adik kesayangan kau mana? "Tanya yoongi tiba-tiba..

Riak muka namjoon terus berubah..

"Macam biasa.... "Keluh namjoon

Haihh.. Apa nak jadi dengan mereka semua ni..

"Jom.. Kita pergi meja dia.. Kesian pula tengok"ajak jungkook berlalu ke meja seokjin..

Kami berempat terus mengikuti jungkook..

Tanpa melihat kehadiran kami seokjin telah pun menghalau kami semua..

"Bla.. Aku tak ada mood. "Ujarnya yang masih termenung memandang tingkap..

Namjoon terus duduk disisi seokjin..

Our Love Story [COMPLETED]Where stories live. Discover now