2

198 17 0
                                    

"Hai tuan putera. Belum bangun lagi?" suara bingit Zarith Kashfee mengganggu lena Arfan Hakim. Dia mencelikkan mata, silau akibat langsir yang diselak oleh Zarith mengganggu mimpi indahnya. Mata ditenyeh berkali-kali, menghilangkan rasa mengantuk yang masih berbaki.

"Dah pukul berapa sekarang?" Soal Arfan masih mamai. Dia berbaring mengiring menghadap Zarith yang masih berdiri di sisi tingkap.

"Pukul 10 pagi. Kau pesan suruh aku kejutkan masa ni kan."

Arfan teringat pesannya kepada Zarith usai menunaikan solat subuh tadi. Dia bercadang untuk ke kedai buku hari ini untuk mencari beberapa buah buku. Memang hobinya mengumpul berbagai jenis buku. Kalau dah nama ulat buku, memang bukulah yang dicari.

"Hmm... Kau nak gi mana?" Soalnya apabila melihat Zarith yang berpakaian kemas.

"Aku nak balik rumah umi. Kakak aku baru balik dari UK. Aku tidur sana kot malam ni."

Arfan terangguk-angguk. Bergegas dia bangun daripada pembaringan dan mencapai tuala lalu ke bilik mandi. Zarith segera keluar daripada bilik Arfan.

Usai mandi, dia menuju pula ke almari pakaian. T-shirt hitam kosong diambilnya bersama seluar slack berwarna coklat. Disembur sedikit wangian pada tubuhnya sebelum mencapai sikat dan menyikat rambutnya supaya nampak kemas. 

***

"I love you, Aryana." Luah Arash Thaqef dengan suara yang bergetar.

Aryana memandang kosong wajah lelaki di depannya. Arash Thaqef, orangnya ada rupa, muka comel-comel macam artis Thailand yang terkenal, Jirayu apa ntah dah lupa, tapi dia memakai kaca mata. Rambutnya yang kemas tersisir menambahkan kecomelan yang sedia ada, tapi sayang. Aryana langsung tak tertarik dengan lelaki di depannya.

"You ajak I keluar lunch semata-mata nak bagitau ni aje ke?"

Thaqef menunduk. Dia dapat melihat reaksi tidak senang di wajah Aryana. Ternyata gosip yang didengarinya tentang Aryana benar.

"I tak minta jawapannya sekarang. You boleh ambil sebanyak mana masa yang you nak. But, please. Jangan tolak I mentah-mentah macam ni." Rayu Thaqef penuh berharap. Dia betul-betul menyukai Aryana dan berkeinginan untuk menjadikan gadis itu suri hidupnya.

"Sorry, Thaqef. I tak pernah anggap you lebih daripada rakan sekerja. And I can't love you."

Thaqef kelihatan kecewa. Berkecai hatinya apabila cintanya ditolak mentah-mentah oleh Aryana. "Tak bolehkah you buka ruang untuk I dalam hati you?"

Aryana menggeleng. Sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta lelaki itu. Baginya, cinta itu dusta. Ungkapan cinta yang terzahir untuknya hanyalah palsu semata-mata. Lelaki hanya meminatinya kerana paras rupa yang sempurna. Itu tanggapannya yang selalu disimpul kemas dalam kepalanya.

"Maaf. I tak suka bagi harapan untuk sesuatu yang tak pasti. Harap you boleh lupakan apa yang berlaku antara kita," Aryana bangun setelah mengucapkan ayat itu. Dia tahu lelaki itu terluka kerananya, tapi biarlah. Dia masih belum bersedia untuk bercinta dengan mana-mana insan yang bergelar lelaki. Lebih baik dia berterus terang sekarang sebelum terjadi sesuatu yang akan menjeratnya ke dunia percintaan.

Aryana mengatur langkah meninggalkan Arash Thaqef sendirian di situ. Rasa bersalah selalu menghantui hidupnya. Gara-gara hatinya yang keras, dia telah melukakan hati ramai lelaki yang mengungkap kata cinta untuknya. Langkah kaki ditujukan ke sebuah kedai buku yang selalu dikunjunginya. Nasib baik Arash Thaqef memilih restoran yang berdekatan dengan AKIRA BOOKS STORE. Jadi, dapatlah dia meluangkan masa disini sebelum masuk ke pejabat. Waktu lunch masih berbaki setengah jam, memandangkan dia tidak lapar, jadi dia akan ke kedai buku sahaja.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now