5

142 11 3
                                    

Arfan menapak ke dalam rumah walidnya. Sudah agak lama dia tidak bertandang ke rumah walid sejak dia berpindah rumah.

"Assalamualaikum walid." Matanya meliar mencari susuk tubuh walid. Aik, mana pulak semua orang pergi ni?

"Waalaikumsalam." Muncul seorang lelaki dari arah dapur menghampiri Arfan.

"Abang Akif" Serunya perlahan pada abang keduanya.

"Kau dari mana ni Kim? Lama betul tak balik sini." Akif menegur adiknya. Memang jarang sekali Arfan datang melawat mereka.

"Kim nak jumpa walid."

"Walid takde. Dia pergi masjid. Nanti lepas isyak baru balik." Beritahu Akif lagi.

Arfan mengangguk cuma. Dia duduk di sofa ruang tamu lalu remote control dicapainya. Tangannya menekan-nekan remote untuk mencari saluran yang menarik perhatiannya. Menyedari tidak ada satu pun yang menarik, dia kembali mematikan televisyen itu.

Akif hanya melihat kelakuan adiknya. Dihampiri Arfan lalu dia turut duduk di sisi adiknya.

"Boleh abang tanya?"

Arfan mengangguk lagi. Wajah abangnya yang kegusaran itu dipandang. Dia tahu, abangnya masih menyimpan rasa bersalah terhadapnya tentang peristiwa 16 tahun yang lalu. Memang bukan salah abangnya dan dia juga tak pernah menyimpan perasaan dendam apatah membenci abangnya. Sampai sekarang kedua-dua abangnya masih belum berkahwin, dan semestinya kerana bimbang akan dirinya. 

"Siapa perempuan yang datang rumah sewa Kim minggu lepas?"

Arfan tergamam seketika. Ni mesti Zarith yang bagitahu. Dah agak dah mamat tu mesti bagitahu walid.

"Zarith bagitahu?" Duganya padahal sudah dapat diagak.

Akif tidak mengangguk dan tidak jugak menggeleng. Dia hanya diam menanti jawapan adiknya.

"Kenapa abang nak tau?"

"Abang cuma nak tahu. Kalau betul Kim boleh sembuh, walid cakap nak pinangkan perempuan tu untuk Kim."

Arfan tersentak. Pinangkan Aryana untuknya? Tidak mungkin!

"Kim dengan dia tak ada hubungan apa-apa. Jangan pandai-pandai nak ambil tindakan macam tu."

"Kim tak kesiankan walid? Hari-hari walid berdoa semoga hati Kim tak keras untuk buka hati untuk seorang wanita. Walid nak sangat tengok Kim sembuh. Walid selalu salahkan diri dia yang menyebabkan terjadinya kejadian tu."

"Abang, boleh berhenti cakap benda lepas? Kim dah tak nak ingat lagi dah. Cukup menyakitkan dan menyeksa mental dan fizikal Kim." Arfan mula bangun. Dia segera berlalu dari ruang tamu itu dan mendaki anak tangga ke tingkat atas.

Akif hanya menghantar langkah adiknya dengan ekor mata. Keluhan berat dilepaskannya. Peristiwa 16 tahun yang lalu kembali menerpa mindanya yang sedang kusut.

***

"Kim nak ikut." Arfan menarik-narik baju abangnya, Akif yang sedang memakai kasut sukan di muka pintu. Saat itu dia baru berumur 10 tahun manakala abangnya berumur 13 tahun.

"Mana boleh ikut abang. Abang nak pergi latihan sukan dekat sekolah. Kalau Kim ikut, takde siapa nak jaga Kim dekat sana."

"Nak ikut. Nak ikut. Kim tak nak duduk rumah dengan Mama Ika. Nanti dia dera Kim." Rayu Arfan lagi apabila melihat abangnya tidak mempedulikannya.

"Kim, abang betul-betul tak boleh bawa Kim. Kim duduk rumah je eh? Boleh teman Amelia main." Sesekali Akif mengerling jam tangannya. Bukan dia tidak mahu membawa Arfan, memikirkan larangan walid yang memarahinya sewaktu dia membawa Arfan ke sekolah minggu lalu menyebabkan dia tidak berani melanggarnya lagi.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now