Ringgggg!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu berehat telah bermula. Aryana menarik nafas lega. Tamat sudah pengajaran bagi matapelajaran Geografi, subjek yang paling dia tidak gemar antara subjek yang diambilnya. Namun, apakan daya dia tidak boleh membuang subjek tersebut. Puan Marsya sudah keluar dari kelas. Rakan-rakan sekelasnya juga masing-masing ke kantin demi mengisi perut yang sudah bergendang minta diisi. Ada segelintir rakan sekelasnya yang membawa bekal.
"Aryn, jom la rehat. Aku dah lapar ni," sergah Amira kepada Aryana yang masih termenung.
Aryana segera menyimpan alat tulis dan buku yang digunakan tadi. Dia bangkit membetulkan baju kurung yang dipakainya. Terdapat sedikit kedutan yang terhasil di hujung bajunya. Lengannya ditarik Amira keluar dari kelas. Dia hanya mampu menuruti langkah Amira sehingga tiba di kantin.
"Emm... hari ni kita makan nasi nak tak?" soal Amira yang sudah tersengih-sengih.
Aryana memutar bebola matanya. Sudah mengetahui tujuan Amira mengajaknya makan nasi. Bukan sahaja hari ini, malah sejak seminggu yang lalu sewaktu rehat mereka selalu makan nasi. Puncanya adalah kerana penjual nasi yang baru bekerja sejak minggu lalu seorang yang muda dan memiliki rupa paras yang boleh tahan. Senang cerita, idola para gadis la katakan. Tidak ketinggalan sahabatnya seorang ini. Datang kantin asyik nak usha abang jual nasi aje. Nasib baik nasi yang dibeli itu habis dimakan, kalau tidak membazir sahaja.
"Tak nak. Kalau kau nak makan nasi juga, kau makan sorang. Aku nak makan kue tiau kungfu pulak," ujar Aryana menolak ajakan Amira.
"Alaa, kau ni. Malu la aku pergi beli nasi tu sorang-sorang. Abang tu dah curi hati aku ni. Macam mana aku nak berdepan dengan dia? Kalau ada kau takpe, boleh buat-buat berani. Nak jeling-jeling dia pun tak kantoi." Amira sudah bermain-main dengan jarinya. Acah-acah malu la tu.
"Takdenya dia nak layan kau. Dia sibuk nak layan pelanggan. Dah, aku nak pergi beratur dulu. Kau pergilah cepat. Nanti menangis karang tak dapat usha pujaan hati kau," perli Aryana sebelum berlalu untuk beratur membeli kue tiau kungfu. Amira yang masih menggigit jari ditinggalnya sendiri. Dalam pada itu, sempat dia mengerling seketika ke arah abang jual nasi tadi. Emm, boleh tahan. Tapi dia tak berminat.
Usai membeli kue tiau yang diidamkannya, Aryana mengambil tempat yang sudah dijaganya tadi. Kemudian, datang Amira dengan sengihan seperti kerang busuk duduk di hadapannya. Sepinggan nasi yang dibeli tadi diletakkan ke meja bersama sekotak susu coklat dutch lady.
"Mira, makanlah cepat! Waktu rehat dah nak habis ni," tegur Aryana yang masih melihat nasi dipinggan Amira yang masih belum terusik.
"Ye-ye. Aku nak makan la ni." Amira memulakan suapan, namun matanya langsung tidak dilarikan dari terus menatap wajah pujaan hatinya.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomansaCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...