"Awak tak perlu ikut pun tak apa sebenarnya. Saya boleh ajak cousin saya teman saya datang sini," suara Khayla sewaktu Zarith datang menjemputnya pagi itu. Hari ini mereka akan ke butik pengantin dan mencari cincin untuk perkahwinan yang bakal berlangsung sebulan daripada sekarang. Kalau diikutkan hatinya, mahu dibuat cincai-cincai sahaja perkahwinan ini. Tapi apakan daya, hasrat mamanya lebih besar dari yang dijangkakan.
Zarith mengeluh. Memang dia tak mau datang pun, cuma uminya yang beria memaksa. Hendak tak hendak diturutkan sahaja permintaan itu.
"Saya tak bercadang nak teman awak hari ni. Awak faham-faham macam mana umi saya tu," keluh Zarith lagi. Kini, mereka sudah tiba di hadapan butik. Zarith terus melangkah masuk ke dalam butik pengantin itu diikuti Khayla dari belakang.
Khayla tenang mendengar. Ayat Zarith tidak meninggalkan sebarang bekas di hatinya. Semoga hatinya tidak terbuka untuk lelaki ini. Aamiin.
"Selamat datang Cik, Encik..." sapa pekerja butik itu mesra. Senyuman manis turut disertakannya.
Khayla dan Zarith sama-sama tersenyum kepada pekerja itu. Suasana agak kekok seketika. Mereka berdua sama-sama berpandangan sebelum Zarith menghantar isyarat mata supaya Khayla bersuara.
"Boleh saya tengok koleksi baju pengantin?" tutur Khayla sambil tersenyum manis. Ya Allah, sesungguhnya situasi ketika ini tersangatlah kekok. Kalau dia tahu akan jadi macam ni, serius dia ajak sepupunya awal-awal.
"Sila ikut saya, Cik," tutur pekerja itu lembut dan penuh sopan. Khayla segera membuntuti langkah pekerja itu.
Sementara Zarith melabuhkan duduk di sofa di ruang yang disediakan. Kebetulan ketika dia baru membuka telefonnya, satu panggilan daripada Arfan masuk. Mamat ni macam tau-tau aje aku tengah bosan, gumam Zarith perlahan lantas menjawab panggilan tersebut.
"Waalaikumsalam. Kenapa kau call aku?" Sebaik sahaja salam dijawab dia menerjah Arfan dengan soalan tersebut.
"Laa, nak telefon pun dah tak boleh eh sekarang?"
"Bukan tak boleh. Cuma terharu la sikit. Rupanya nama aku masih ada lagi dalam hati kau walaupun dah terisi penuh dengan nama Aryana," sindiran bercampur gurauan itu memang sengaja diluahkannya. Dia bercadang mahu meluahkan segala yang terpendam kepada Arfan, namun rasanya di sini bukan tempat yang sesuai. Tambahan pula, kini Arfan masih berada di Kedah.
"Kau jangan nak berlagak jadi scandal gelap aku. Dengar dek Aryana, nanti salah faham nanti. By the way, macam mana hubungan kau dengan Khayla? Ada kemajuan?" soal Arfan yang nadanya sudah berubah serius. Soal masa depan, mestilah kena serius.
"Bila pulak aku cakap aku nak jalinkan hubungan dengan dia?" soal Zarith malas.
"Dah tu kau kahwin dengan dia, tapi tak jalinkan hubungan. Kenapa? Serius aku tak faham."
"Sulit untuk aku jelaskan sekarang. Buat masa sekarang aku rasa tak sesuai kalau kita nak bercakap lebih lanjut soal ni melalui telefon. Bila kau balik dari honeymoon?" soal Zarith lagi. Serasa tidak sabar mahu bercerita kepada Arfan.
"Lagi 3 hari baru aku balik sana. Nanti aku bagitahu kau balik? Aku nak keluar dengan Aryana ni."
Talian diputuskan setelah diakhiri dengan salam. Zarith mengeluh lagi. Dia memerhati ke sekeliling butik apabila bosan menunggu. Rasa macam tengah buang masa free-free aje. Sedang matanya melilau-lilau sekeliling, Khayla keluar dari satu arah dengan lengkap mengenakan gaun pengantin. Zarith memaku seketika pandangannya ke arah Khayla.
Hmm, boleh tahan, puji Zarith namun di dalam hati sahaja.
"So, macam mana dengan baju ni? Okey tak?" soal Khayla sambil membetulkan sedikit gaun yang dipakai. Dia selesa memakai gaun ini, tidak terlalu ketat dan sedap mata memandang. Hiasannya juga tidak keterlaluan dan ringan namun tetap nampak elegant. Sesuai benar dengan citarasanya.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...