"Hai..." Sapa Aryana apabila melihat Arfan sedang ralit membasuh kereta di halaman rumah. Sempat dia memerhati sekeliling rumah sewa Arfan dan Zarith. Hmm, bersih. Boleh buat calon suami ni.
Arfan tersentak. Dia yang baru hendak menyembur pancuran air ke arah kereta berpaling ke arah pagar yang hanya berapa cm sahaja terletak dari tempatnya berdiri. Pancuran air itu mengenai Aryana yang sedang berdiri di situ.
Aryana menjerit kerana terkena air dingin itu. Habis basah baju dan tudung yang dipakainya.
Arfan tahan gelak. Padan muka, sape suruh datang sangat. Orang kalau niat tak baik memang cepat aje dapat balasan. Kutuknya dalam hati.
"Padan muka!" Spontan perkataan itu keluar dari bibirnya.
Aryana mendecit geram. Bajunya yang basah dikibas-kibas sedikit. Makin geram apabila melihat Arfan yang ketawa jahat sebelum menyambung kembali aktivitinya yang tergendala tadi. Langsung tidak bertanya keadaan dirinya okey ke tidak. Jahat betul! Macam mana nak pikat hati dia kalau macam ni.
Arfan mengerling sekilas Aryana yang terkumat-kamit mengomel sesuatu. Tak lain tak bukan tengah kutuk aku la tu. Ade aku kesah?
"Boleh I pinjam tuala?" Pinta Aryana apabila baju yang basah melekat di badannya. Tidak selesa dalam keadaan begitu. Apatah lagi apabila dirinya menjadi tatapan mata-mata nakal lelaki yang lalu lalang di situ.
Arfan yang menyedari keadaan diri Aryana segera berlalu ke dalam rumah. Kemudian, dia keluar kembali dengan sehelai tuala di tangan.
"Nah, sambut." Ujar Arfan serentak melempar tuala itu pada Aryana yang sedang berdiri tegak di sisi keretanya.
Aryana yang tidak bersedia jatuh terduduk bersama tuala yang disambutnya. Nasib baik sempat, kalau tak dah cium jalan bertar. Aryana meringis kesakitan. Tangan kirinya yang digunakan untuk menahan tubuhnya terluka akibat terkena batu yang agak tajam.
Arfan yang melihat wajah berkerut Aryana segera menghampiri pagar. Matanya menangkap tapak tangan kiri Aryana yang terluka. Dia membuka pagar, lalu Aryana dihampirinya. Namun, kedudukannya masih berjarak satu meter dari gadis itu.
"Awak okey?" Tanyanya sambil terjenguk-jenguk untuk melihat luka di tangan Aryana.
"You nampak I okey ke?!" Marah Aryana apabila Arfan hanya berdiri tanpa membantunya. Seketika dia terlupa akan fobia lelaki itu.
Arfan mula diburu resah. Pucat wajahnya ketika itu. Dipandang Aryana yang dari tadi sedang meniup luka di tangannya. Aduh, nak tolong macam mana kalau nak dekat pun tak boleh. Dah la Zarith takde kat rumah.
"Sampai hati you kan? Sampai bila nak biarkan fobia terus menguasai diri you?"
Arfan serba salah. Bukan tak kesian melihat keadaan gadis itu, tapi keadaan sekarang memaksanya untuk tetap kaku. Kalau dia dekat dengan Aryana, takut nanti dia pulak pengsan dekat situ. Tak ke naya. Dua-dua sakit.
Arfan mengambil langkah berani mati. Dengan lafaz bismillah dia mendekati Aryana dan menarik tangan gadis itu ke kerusi kayu yang terletak berdekatan garaj kereta. Takkan nak bawah masuk rumah pulak, tak ke free-free je dia jadi suami orang. Mukanya usah dikata, pucat lesi. Pertama kali dia menyentuh perempuan setelah peristiwa itu.
Arfan masuk kembali ke dalam rumah mencari peti kecemasan bersama kemeja lengan panjangnya untuk menggantikan pakaian Aryana yang basah kuyup. Kemudian, dihampiri semula Aryana yang berada di kerusi kayu itu.
"Nah." Dihulur peti kecemasan itu kepada Aryana dan disambut gadis itu. Dirinya masih dijarakkan daripada mendekati gadis itu. Sungguh sekarang dia rasa lemah lutut. Bila-bila masa sahaja dia akan tumbang ditambah dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Masalah! Dia rasa macam nak pengsan.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...