Tiga bulan berlalu, masing-masing sibuk menguruskan projek baru. Hubungan Aryana dan Arfan sudah tidak sedingin dulu. Ada ketikanya mereka melancarkan perang dingin, namun tidak berlangsung berhari-hari seperti dulu. Walau ada ketikanya Arfan mencari peluang melarikan diri.
Aryana mengintai dari dapur Arfan yang sedang menonton Tv di ruang tamu. Melihat Arfan yang begitu ralit membuatkan dia bertekad menjayakan plannya. Sebiji piring kaca yang sudah disiapkan sebagai korban dicapainya.
Haih, demi suami tercinta. Piring comel macam ni pun rela ku korbankan, gumam Aryana perlahan. Bersama mata yang terpejam, piring itu sengaja dilepaskannya. Berderai bunyi piring itu berjatuhan di lantai. Malang tidak berbau, kerana tidak berhati-hati kakinya turut terpijak serpihan kaca dibelakangnya. Aryana menggigit bibir apabila kakinya mula terasa pedih. Dia menunduk cuba mengutip beberapa serpihan kaca yang sederhana besar. Dalam hatinya sudah berbakul-bakul memarahi diri sendiri kerana bertindak bodoh.
Arfan segera berlari ke dapur apabila mendengar bunyi dari arah dapur. Membulat matanya melihat Aryana yang sedang mengutip serpihan kaca. Makin terkejut apabila matanya menangkap kaki kanan dan jari tangan Aryana turut terluka.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Arfan bernada bimbang. Sedikit tinggi suaranya diikuti riak wajah yang serius.
"Sa-saya..." Aryana tidak menjawab sebaliknya dia menangis. Dia ingatkan Arfan akan merawat lukanya, tetapi lain pula yang terjadi. Riak wajah Arfan menunjukkan bahawa sekejap lagi dia akan dimarahi lelaki itu.
Arfan bertambah kaget apabila melihat Aryana yang mula menangis tersedu-sedan. Tanpa membuang masa dia mencempung tubuh Aryana lalu dibawa ke ruang tamu.
Aryana mendongakkan wajah apabila melihat wajah Arfan yang begitu dekat dengannya. Dalam masa yang sama, Arfan turut menunduk. Tak semena-mena, tangannya yang merangkul Aryana terlepas.
"Ouch!" tangis Aryana sambil menggosok pinggangnya. Nasib baik badannya jatuh di atas sofa. Kalau jatuh ke lantai tadi, mahunya patah pinggang.
"Ops... sorry."
Setelah kata maaf diucapkan, Arfan segera berlalu. Beberapa minit kemudian dia datang semula bersama kotak kecemasan. Dia duduk sedikit berjarak dari Aryana. Kaki kanan Aryana ditariknya perlahan. Ubat pencuci luka dikeluarkan dan dititiskan ke atas kapas kecil.
"Aduh, kasarnya awak ni! Perlahan la sikit," jerit Aryana sedikit kuat. Air matanya yang masih mahu mengalir di pipi disapu. Lahai, manja betul dia. Padahal kena kaca aje pun.
"Ye, sorry."
"Awak ni tak suka betul dekat saya kan? Tadi campak saya, ni menjahili luka dekat kaki saya pulak. Sakit tau tak?" tangis Aryana perlahan. Pedih akibat luka dan pedih di hati bercampur menjadi satu.
Arfan hanya mendengar luahan Aryana. Apa dia boleh buat, kenalah tadah telinga. Nanti makin kuat pula Aryana menangis.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?" tanya Aryana sambil mencubit sedikit bahu Arfan.
"Ye, dengar..." jawab Arfan. Dia yang tadinya fokus mencuci luka Aryana kini telah memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Aryana.
"Ada apa-apa lagi yang awak nak luah, hmm? Silakan... saya sudi tadah telinga nak dengar ni." Senyuman manis turut diberikan untuk Aryana.
"Err... ta-takde."
Giliran Aryana pula yang tergagap kali ini. Terpaku dia melihat senyuman Arfan tadi. Terasa tekanan darahnya mendadak tinggi.
"Laa, kenapa diam? Bukan selalunya awak banyak mulut ke? Kalah burung murai dekat kampung kalau lawan bercakap dengan awak," perli Arfan selamba.
Tangannya kembali menyambung tugasnya yang tertunggak tadi. Luka di kaki Aryana dibalutnya kemas. Kemudian, dia mencapai pula tangan Aryana. Perbuatan yang sama diulang lagi.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...