"Assalamualaikum Tok Abah, Tok Nek," suara Khalis lantang memberi salam. Mereka bertiga masih berdiri di luar rumah kerana pintu masih berkunci.
"Macam takde orang aje ni. Cuba kau pergi jenguk dekat pintu belakang kejap," suruh Arfan kepada Khalis yang asyik terjenguk-jenguk dari tadi.
"Kenapa aku pulak?" protes Khalis.
"Sebab kau takde benda nak buat." Selamba balasan daripada Arfan.
Khalis menjeling namun dituruti juga arahan Arfan itu. Haih, nasib badan. Dah la 'kerush' kena kebas, kereta pulak buat hal. Takde siapa sayang dia. Hmm...
"Tok Nek! Tok Abah! Fafan datang ni," laung Khalis apabila tiba di pintu belakang. Terkunci jugak. Haih, mana Tok Nek ngan Tok Abah ni? Tertutup aje semua pintu ni. Kemudian, dia kembali ke halaman depan semula.
"Takde jugak la, Kim. Aku rasa Tok Nek dan Tok Abah ke masjid kot. Cuba kau call Tok Abah," cadang Khalis sambil duduk di tangga. Menghilangkan lenguh perjalanan. Macam dia pulak yang bawak kereta.
"Sejak bila Tok Abah ada nombor telefon?"
"Ha, itulah kau. Sibuk sangat bercinta sampaikan Tok Abah dan Tok Nek pun kau lupa. Tok Abah tu lagi celik teknologi daripada kau," perli Khalis selamba. Kaki disilangkan sambil tangan ditongkatkan di atas pahanya. Wah, nyamannya dekat kampung ni. Tenang je jika nak dibandingkan dekat KL tu.
"Takde kaitan. Dah kalau kau tahu Tok Abah ada telefon, kau cubalah call Tok Abah. Tanya dekat mana."
"Ish, yelah-yelah. Nak call la ni," jawab Khalis seraya menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor Tok Abah dicari. Telefon dilekapkan ke telinga menanti panggilannya disambut.
"Assalamualaikum, Tok Abah. Ha, kami dah sampai. Haah, tak boleh naik la Tok Abah. Fafan letih baru lepas drive tadi. Hah, kunci dekat bawah pasu bunga? Oh, nampak-nampak. Okey Tok Abah. Balik cepat tau. Fafan rindu Tok Abah dan Tok Nek. Iya, waalaikumsalam."
Kunci rumah yang terletak di bawah pasu bunga dicapai lalu pintu tang terkunci segera dibuka. Kini, pintu sudah terbuka luas. Bolehlah dia rehat-rehatkan badan sampai maghrib nanti.
"Jemput masuk, buat macam rumah sendiri." Khalis berdiri di sisi pintu seraya menjemput Arfan dan Aryana masuk. Acah jadi tuan rumah pulak. Biasalah tu, kurang kasih sayang kan.
"Hai, jadi penyambut tetamu pulak. Tadi bukan cakap letih ke baru lepas drive?" sindir Arfan memulangkan paku buah keras.
Khalis hanya tersengih menampakkan gigi. Takpelah tak dapat Aryana pun, dapat kembali bergurau dengan Arfan pun dah cukup bagi dia. Alhamdulillah.
"Letih la ni. Aku masuk bilik dulu, nak mandi, solat apa semua. Kalau Tok Nek dan Tok Abah dah balik kejut aku." Khalis cepat-cepat berlari ke tingkat atas. Sebelum Arfan tendang dia, baik dia angkat kaki awal-awal.
Aryana berpaling memandang suaminya di sisi. Pipi Arfan disentuhnya lembut dan diusap-usap perlahan. Kasihan juga dia melihat wajah keletihan suaminya itu.
"Letih?" soal Aryana prihatin.
"Letih tu adalah sikit. Tapi bila sampai aje dekat kampung tengok suasana damai dekat sini, hilang letih abang." Arfan senyum segaris.
Aryana membalas senyuman suaminya. "Jomlah abang, kita ke bilik. Lepas solat, abang boleh la rehat kejap."
Arfan mengangguk. Beg bajunya dan Aryana turut diangkat. Tiba di bilik dia terus ke bilik air. Letih macam mana sekalipun dia, kewajipan pada yang Esa tetap tidak boleh dilengahkan. Usai mengambil wuduk, dia membentangkan sejadah untuk dirinya dan Aryana.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...