"Telefon saya bila sampai sana nanti." Sempat Arfan berpesan kepada Aryana sebelum mereka berangkat ke pejabat masing-masing.
"Ye awak. Dah lebih 40 kali awak pesan benda yang sama. Saya dah boleh ingat dah."
"Saya pesan sebab saya risau. Dengarlah baik-baik sayang." Awning tudung bawal yang dipakai Aryana dibetulkannya.
"Iya. Saya janji, sampai aje dekat mall saya terus call awak." Tangan kanan diangkatnya.
Arfan tersenyum sebelum menyentuh kepala Aryana. Setelah itu, dia menghadiahkan sebuah kucupan mesra di dahi Aryana.
"Jaga diri," pesannya lagi.
"Aip-aip captain."
Arfan menunggu kereta yang dipandu Aryana hilang dari pandangan kemudian barulah dia memulakan pemanduannya. Hari ini dia akan keluar dengan Arfina untuk mencari hadiah sempena hari lahir isteri tercintanya. Kemudian, malam nanti dia akan memberi kejutan untuk Aryana. Segala persiapan sudah dirancang bersama abang-abang serta kedua abang iparnya. Mereka berempat sudi menawarkan diri membantu mempersiapkan segala kelengkapan. Siulan kecil turut keluar dari mulutnya, menandakan hatinya yang sedang bahagia. Stereng kereta diketuk-ketuk dengan jari telunjuk mengikut rentak siulannya.
***
Aryana mengerling Yasmin yang sudah tersenyum dari tadi sebaik sahaja mendengar nada dering dari telefon bimbitnya. Mana tidaknya, masuk kali ini sudah kali ketiga Arfan menelefonnya.
"Jawablah, Aryn oii. Kesian dekat cik abang. Kang tak boleh nak fokus buat kerja risaukan kau," ujar Yasmin bersama ketawa dihujung katanya.
"Nak jawablah ni. Percayalah cakap aku after 15 minutes nanti dia akan call balik." Aryana bersuara pasrah. Panggilan Arfan dijawabnya.
"Ye awak. Saya okey aje ni. Haah. Tengah jalan-jalan dengan Min ni. Eh, takpe-takpe! Saya boleh jaga diri. Min pun ada tolong tengokkan saya ni haa..." jawab Aryana. Matanya dilirikkan lagi ke arah Yasmin yang sedang menekup mulut menahan tawa.
"Bagi telefon awak dekat Yasmin kejap," arah Arfan di hujung talian.
"Awak nak buat apa?"
"Nak bagi amanah kejap. Bagilah cepat sayang oii."
Aryana menghulurkan telefonnya kepada Yasmin. Yasmin menyambutnya dengan penuh tanda tanya. Kemudian, telefon itu dilekapkan ke telinganya.
"Tolong jaga isteri saya baik-baik. Jangan bagi dia makan makanan pedas, masin, berminyak, berlemak dan seangkatan dengannya. Lepastu jangan lupa pesan salad sayur untuk dia. Awak cakap dekat dia saya yang suruh. Kalau nampak dia penat, suruh dia berhenti rehat kejap. Lepastu kalau jadi apa-apa terus call saya. Kalau dia degil tak ikut apa yang saya arahkan, awak bagitahu dia balik nanti Hakim nak bagi hadiah. Boleh?" Panjang lebar pesanan yang diberikan oleh Arfan.
"Baik. Saya akan ingat. Caring betul awak dekat Aryana ya." Yasmin memandang Aryana sambil tersengih. Sesekali dia mengangguk apabila Arfan menyambung pesannya. Dalam hatinya, dia memuji betapa beruntung Aryana mendapat lelaki seperti Arfan. Aryana yang memandangnya dengan riak ingin tahu tidak dipedulikan sebaliknya dia mengenyitkan mata. Yasmin menghulur kembali telefon itu ke tangan Aryana setelah panggilan ditamatkan.
"Suami aku cakap apa?" soal Aryana ingin tahu.
"Aku rasa macam bahu aku kena hempap batu. Suami kau bagi aku amanah berat," Yasmin tergeleng-geleng sambil menepuk-nepuk bahu Aryana.
YOU ARE READING
Pencuri Hati Mr. Gynophobia
RomanceCINTA. Satu perkataan yang senang diungkapkan. Tapi, sejauhmanakah ketulusan yang terzahir oleh pengucapnya? Cinta itu buta. Sering membuat seseorang hilang kewarasan kerananya. Bagi Aryana Qistina, sukar untuk dia mempercayai ungkapan cinta yang t...