24

115 16 0
                                    

"Rith, aku perlukan kemahiran kau." Tanpa salam, rumah sewa yang dihuni bersama Zarith diterjahnya.

"Wowowo... aku ingat perompak mana yang datang nak merompak tadi," perli Zarith yang terkejut melihat Arfan yang sudah berdiri di hadapannya kini. Wajah gelisah Arfan diperhatinya.

"Aku perlukan kau... err, maksud aku... aku perlukan kemahiran kau."

"Kenapa? Apa yang berlaku?" Penuh tanda tanya Zarith menyoal. Melihat wajah gelisah bercampur serius Arfan, dia tahu ada benda buruk sudah terjadi.

"Aryana lari."

Dua patah perkataan yang meluncur keluar dari mulut Arfan membuatkan mata Zarith membulat.

"Lari macam mana? Kau main kejar-kejar dengan dia ke apa?" seloroh Zarith.

Arfan yang kegeraman terus menyepak kaki Zarith perlahan. Masa-masa macam ni sempat lagi Zarith bergurau. Dah la dia tengah risau sekarang ni.

"Sakitlah! Cuba sabar sikit. Aku gurau nak bagi kau tenang-tenang sikit. Alih-alih kena tendang pulak. Tak menghargai jasa betul kau ni," bebel Zarith sambil membuat muka. Niat dia baik kot, sekali dapat hadiah. Padu betul!

"Kita tak ada masa nak bincang pasal nilai murni menghargai jasa yang kau belajar masa buat ulasan darjah 5 dulu. Sekarang kita ada masalah yang lagi besar. Boleh tak kau tadah telinga dengar apa yang aku nak cakap ni?" marah Arfan, geram.

"Yelah-yelah. Lupakan tentang nilai murni tu. Cakap la apa yang kau nak cakap. Aku dah lama tadah telinga ni."

Arfan menarik nafas sebelum mula berbicara. Semua yang berlaku diterangkannya kepada Zarith yang mula mempamerkan riak wajah serius. Sesekali lelaki itu terangguk-angguk mendengar penerangannya.

"Kau nak aku buat apa?"

"Aku nak kau serlahkan balik bakat terpendam kau jadi hacker tak diiktiraf dulu. Hack location Aryana untuk aku. Aku betul-betul desperate sekarang ni."

Zarith membatu seketika. Kata-kata Arfan cuba dicerna otaknya.

"Aku dah insaf dah Kim oii. Tak buat dah kerja-kerja haram macam tu."

"Instead of kau suruh aku hack Aryana punya location, takkan lah tak terlintas langsung dalam fikiran kau ke mana Aryana pergi? Macam tempat special kau dengan dia ke? Something like that la," soal Zarith kemudiannya.

Arfan berfikir sejenak. Ada betulnya juga usulan Zarith itu. Tetapi, masalah sekarang ni dia langsung tak dapat nak agak ke mana Aryana membawa diri. Tiada cara lain yang dapat difikirkannya kecuali meminta pertolongan Zarith.

"Macam ni la, Kim. Aku tahu kau tengah risau sekarang. I think malam ni better kau rest dulu. Mana tahu kau teringat sesuatu, kan? Aku bukan tak nak tolong kau. Aku takut bila aku start benda ni, aku takut jadi makin seronok pulak. You know what I mean, right?"

"Maksud kau... kau takut kau terhack crush tak kesampaian kau dulu, kan?" tebak Arfan selamba. Dia tahu perangai Zarith dahulu. Namun, alhamdulillah sekarang sahabatnya itu sudah berubah ke jalan yang benar.

Zarith angguk sedikit. Mujurlah Arfan jenis yang memahami. Dia bersyukur dipertemukan dengan Arfan, satu-satunya sahabat dunia akhirat yang berjaya mengubahnya menjadi seperti sekarang. Panjang ceritanya, banyak liku-liku menyakitkan yang terpaksa dihadapinya dahulu. Kalau hendak bercerita satu hari pun tidak akan habis.

"Kau tidur sinilah malam ni," cadang Zarith tiba-tiba.

"Tak boleh. Aku risau takut Aryana balik nanti, kesian pula dia kalau aku tak ada." Jauh sahaja bunyi nada suara Arfan. Walaupun dia dapat mengagak Aryana tidak akan pulang malam ini. Kedua-dua abangnya dan abang-abang iparnya turut sama gelisah menjejaki Aryana. Apatah lagi dirinya.

Pencuri Hati Mr. GynophobiaWhere stories live. Discover now